Panduan Potong Kuku Secara Tertib Mengikut Sunnah


Sebagai umat Islam, kita pasti terarah untuk melakukan rutin penjagaan diri mengikut cara Rasulullah saw termasuklah potong kuku mengikut sunnah.
Tambahan pula, memotong kuku termasuk dalam salah satu sunnah fitrah. Perkara ini jelas dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257))
Hadis ini juga menjadi bukti bahawa Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan cara memotong kuku.
Persoalannya, adakah hari khusus buat umat Islam dan cara sunnah untuk memotong kuku?
Adakah Hari Khusus Potong Kuku Ikut Sunnah? Mengenai cara memotong kuku atau hari tertentu untuk melakukannya, sebenarnya tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaannya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menunjukkan mereka memiliki kebiasaan memotong kuku pada hari Jumaat.
Antaranya :
Ibnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244) Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65) Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197) Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, jelaslah bahawa perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.
Tambahan pula, hari Jumaat merupakan hari bagi kaum muslimin untuk berkumpul di masjid.
Oleh sebab itulah sebahagian sahabat Rasulullah saw dan sebahagian tabi’in memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 8/104)
Namun, sekiranya seseorang tidak sempat, seseorang boleh melakukannya pada bila-bila masa lapang. Akan tetapi, ia hendaklah tidak dibiarkan sehingga melebihi 40 hari.
Perkara ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik r.a :
وُقِّتَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَّ الشَّارِبِ ، وَتَقْلِيمَ الأَظْفَارِ ، وَحَلْقَ الْعَانَةِ ، وَنَتْفَ الْإِبْطِ ، لاَ يُتْرَكُ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)
Hal ini dilakukan agar tiada kotoran terperangkap di bawahnya dan supaya tiada apa-apa kotoran atau sesuatu yang menghalang masuknya air ketika berwudhuk dan mandi.
Cara Potong Kuku Mengikut Pendapat Para Ulama Terdapat beberapa cara memotong kuku yang lazim dilakukan oleh para ulama yang boleh diikuti.
Ayuh kita semaknya bersama-sama.
Menurut Imam Nawawi, mulakan dengan tangan kanan dari jari telunjuk sampai jari kelingking. Kemudian, barulah potong kuku jari ibu. Untuk tangan kiri, mulakan dari jari kelingking sampai jari ibu.
Sumber : Facebook QuranHour Menurut Imam al-Ghazali, pada tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking.
Kemudian, sambung pada jari kelingking tangan kiri sehingga ke jari ibu tangan kiri dan diakhiri dengan jari ibu tangan kanan.
Untuk jari kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan akhiri dengan jari kelingking kaki kiri.
Sumber : Facebook Ustazah Asma’ Harun Cara ini bukan sahaja afdal untuk diikuti kerana menjadi amalan para ulama, malah ia turut bersesuaian dengan rutin Rasulullah saw yang suka memulai sesuatu dengan sebelah kanan.
Daripada hadis oleh hadis oleh Aisyah r.a:
“Dahulu Rasulullah saw sangat senang mendahulukan sisi yang kanan dalam memakai selipar, bersikat, bersuci dan dalam semua urusannya (yang baik).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memotong kuku secara teratur seperti yang diamalkan para sahabat dan ulama terdahulu mencerminkan keindahan Islam yang menitikberatkan kebersihan, kesempurnaan adab, dan ketaatan dalam perkara-perkara kecil sekalipun.
Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa tiada hari yang khusus untuk memotong kuku. Namun, adalah sangat digalakkan untuk melakukannya pada hari Jumaat.
Sumber : Portal Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Facebook Ustazah Asma’ Harun, Kosmo!, Facebook QuranHour
Baca Juga : Amalan Sunat Hari Jumaat – Infografik JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/potong-kuku-ikut-sunnah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=potong-kuku-ikut-sunnah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Beli Mainan Sembarangan Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda

Elak Beli Mainan Sembarangan Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 205 hits
Baru lahir pun nak main mainan ke Bukan ke dia tidur je sepanjang masa Ha ramai sangat ibu bapa yang masih terlepas pandang tentang hal ini Walaupun bayi baru lahir nampak macam hanya makan tidur dan menangis otak mereka sebenarnya sedang b...
Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perodua Alza di Jala...
Tak Tahu Dia Rushing Nak Pergi Mana Saksi Dakwa Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Bawa Laju Amp Potong Double Line

Tak Tahu Dia Rushing Nak Pergi Mana Saksi Dakwa Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Bawa Laju Amp Potong Double Line

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 364 hits
Hari ini Malaysia dikejutkan dengan khabar berita sedih mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan sebuah kereta MPV jenis Perodua Alza Difahamkan bas berkenaan dalam perjal...
Critics Are Now Calling Anwar S Regime The Kuku Besi Regime

Critics Are Now Calling Anwar S Regime The Kuku Besi Regime

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 882 hits
MALAYSIAN authorities are cracking down on online critics of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s administration with politicians and citizens facing police questioning or charges Former economy minister Datuk Seri Rafizi Ramli voiced ...
Sebekas Buah Potong Campur

Sebekas Buah Potong Campur

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 188 hits
Selepas check out hotel pergi IPR Hospital Kuala Lumpur dulu melawat mak Mak masih belum boleh keluar wad lagi Jika tidak boleh juga bawa balik sekali Mak pesan nak buah potong je Kami pun mencari merata buah potong sampai ke Keramat pergin...
Cagu Kuku Boleh Jadi Serius Jika Tidak Dirawat Ambil Tahu Sekarang

Cagu Kuku Boleh Jadi Serius Jika Tidak Dirawat Ambil Tahu Sekarang

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 299 hits
Cagu kuku mungkin kelihatan seperti masalah kecil tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan kesakitan teruk jangkitan dan menyukarkan pergerakan harian Masalah ini berlaku apabila tepi kuku tumbuh masuk ke dalam kulit di seke...
Lirik Lagu Sunnah Berjuang Nada Murni

Lirik Lagu Sunnah Berjuang Nada Murni

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 219 hits
Lirik Lagu Sunnah Berjuang Nada MurniBerjuang menempah susahMenanggung derita menongkah fitnahItulah gelombang hidup samudera dukaSeorang mujahid memburu syahidDibuang dia berkelanaDipenjara dia uzlah dibunuh syahidNamun jiwa tetap mara men...
Sunnah Puasa 9 10 Muharram

Sunnah Puasa 9 10 Muharram

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 343 hits
SUNNAH PUASA 9 10 MUHARRAM1 Puasa Hari Asyura Rasulullah SAW bersabda Maksudnya Puasa Hari Asyura itu kuharap kepada Allah agar ia menjadi penghapus dosa setahun sebelumnya 2 Puasa Hari Tasu a Abdullah bin Abbas RA huma meriwayatkan Maksudn...
Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 436 hits
Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat ke Tak Pernah tak rasa orang yang lahir bulan sama perangainya lebih kurang je Ramai percaya bulan lahir boleh pengaruhi sifat dan personaliti seseorang Jom tengok ringkasan perangai ikut bulan ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi