Cagu Kuku Boleh Jadi Serius Jika Tidak Dirawat Ambil Tahu Sekarang


Cagu kuku mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan kesakitan teruk, jangkitan, dan menyukarkan pergerakan harian.
Masalah ini berlaku apabila tepi kuku tumbuh masuk ke dalam kulit di sekelilingnya, menyebabkan keradangan dan ketidakselesaan.
Artikel ini akan menerangkan punca, tanda-tanda, rawatan yang sesuai serta langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Baca juga: Bisul di Punggung Boleh Berulang? Ini Cara Elak Ia Datang Lagi
Apa itu Cagu Kuku? Cagu kuku boleh menyebabkan jangkitan serius jika dibiarkan Menurut American Family Physician, cagu kuku, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai onychocryptosis, adalah keadaan biasa di mana tepi kuku jari kaki tumbuh masuk ke dalam kulit di sekelilingnya (periungual skin).
Keadaan ini menyebabkan kawasan sekeliling kuku mengalami keradangan, bengkak, dan dalam banyak kes boleh dijangkiti kuman.
Cagu kuku paling kerap berlaku pada ibu jari kaki (hallux) dan boleh menyerang sesiapa sahaja, namun lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja dan orang muda.
Jika tidak dirawat, cagu kuku boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, rasa tidak selesa ketika berjalan, dan dalam kes yang lebih serius boleh menjejaskan pergerakan harian seseorang.
Punca Cagu Kuku 1. Memakai Kasut yang Terlalu Ketat
Kasut yang sempit atau terlalu ketat, terutama di bahagian depan, memberi tekanan berterusan pada ibu jari kaki.
Tekanan ini menolak kuku ke arah kulit sekeliling, terutama di dinding kuku bahagian dalam (medial) dan luar (lateral).
Apabila kuku ditekan secara tidak normal, ia cenderung untuk tumbuh masuk ke dalam kulit, mencetuskan keradangan dan kesakitan.
2. Potongan Kuku yang Tidak Betul
Memotong kuku jari kaki terlalu pendek atau dengan bentuk bulat boleh menyebabkan tisu lembut di sisi kuku terdedah kepada tekanan.
Ini membolehkan kuku tumbuh secara tidak normal ke dalam kulit. Kuku sepatutnya dipotong lurus bagi mengelakkan risiko cagu kuku.
3. Peluh Berlebihan (Hyperhidrosis)
Peluh yang banyak menyebabkan kulit sekitar kuku menjadi lembap dan lembik (maceration).
Keadaan ini menjadikan kulit lebih mudah ditembusi oleh kuku yang tumbuh, lalu mencetuskan masalah cagu kuku, terutamanya jika kaki sering tertutup tanpa pengudaraan yang baik.
4. Jangkitan Kuku
Jangkitan seperti tinea unguium (kulat kuku) boleh menyebabkan kuku menjadi rapuh dan mudah pecah.
Bahagian kuku yang tajam akibat pecahan ini boleh menikam ke dalam kulit dan menjadi punca kepada cagu kuku yang menyakitkan.
5. Kelainan pada Struktur Kuku dan Jari Kaki
Bentuk kuku yang abnormal, seperti kuku terlalu melengkung (pincer nail), kuku terlalu nipis, atau susunan kuku yang tidak betul sejak lahir boleh menyumbang kepada masalah cagu kuku.
Selain itu, ibu jari kaki yang berpusing ke dalam (medial rotation) turut meningkatkan risiko kuku tumbuh secara tidak normal ke arah kulit.
6. Faktor Genetik dan Masalah Kesihatan Tertentu
Dalam sesetengah kes, cagu kuku berlaku sejak bayi akibat kelainan kongenital atau trauma ketika dalam kandungan. Ia juga boleh diwarisi daripada ahli keluarga yang mengalami masalah sama.
Pesakit diabetes juga lebih mudah mengalami cagu kuku kerana mereka lebih cenderung kepada jangkitan dan masalah peredaran darah.
7. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan dan Ketumbuhan
Beberapa jenis ubat seperti indinavir, retinoid, cyclosporine, dan rawatan antifungal oral telah dilaporkan menyebabkan pertumbuhan kuku tidak normal.
Selain itu, ketumbuhan di bawah kuku (subungual neoplasm) boleh menolak kuku ke arah kulit dan menjadi pencetus cagu kuku.
Selalunya berlaku pada ibu jari kaki, disebabkan tekanan kasut dan bentuk kuku yang lebih besar Baca juga: Cara Hilangkan Panau dan Elak Ia Datang Kembali – Tip Pakar Kulit
Simptom & Gejala Menurut American College of Food and Ankle Surgeons, simptom dan gejalanya adalah seperti berikut:
Tahap 1
Hujung jari kaki menjadi kemerahan dan sedikit bengkak Mungkin terasa hangat dan sakit bila disentuh Tiada nanah atau cecair keluar dari kawasan tersebut Tahap 2
Jari kaki semakin merah, bengkak dan terasa lebih sakit Mungkin keluar nanah berwarna putih atau kuning dari kawasan kuku Jangkitan mungkin sudah mula berlaku Tahap 3
Gejala kemerahan, bengkak dan sakit menjadi semakin teruk Tisu granulasi (daging lebih) mula terbentuk, menyebabkan bengkak dan cecair nanah bertambah Kulit di sekeliling kuku (lipatan sisi kuku) menjadi tebal atau terlebih tumbuh Jangkitan boleh menjadi lebih serius dan disertai demam Jika cagu kuku teruk, ia boleh membawa kepada gejala sistemik seperti demam dan menggigil Rawatan yang Boleh Diberikan Menurut National Center for Biotechnology Information, rawatan yang boleh berikan untuk menangani masalah ini adalah seperti berikut:
1. Langkah Umum
Rawatan awal bagi cagu kuku peringkat ringan hingga sederhana (tahap 1 dan 2) melibatkan perubahan gaya hidup dan penjagaan kaki.
Ini termasuk memakai kasut yang sesuai (tidak terlalu sempit), memotong kuku secara lurus dan tidak terlalu pendek, serta mengelakkan pemotongan kuku secara membulat di sisi.
Faktor penyumbang seperti peluh berlebihan (hyperhidrosis) dan jangkitan kulat kuku (onychomycosis) juga perlu dirawat.
Merendam kaki dalam air suam yang dicampur sabun atau garam Epsom selama beberapa minit boleh mengurangkan bengkak dan sakit.
Penggunaan krim antibiotik dan sapuan steroid topikal pada tisu granulasi juga membantu mengurangkan keradangan.
2. Kaedah Konservatif
Bagi kes cagu kuku yang belum terlalu teruk, beberapa teknik boleh dicuba:
Kaedah kapas (cotton-wick): Kapas halus diletakkan di bawah hujung kuku yang masuk ke kulit untuk menjarakkan kuku daripada kulit. Floss gigi: Sebagai alternatif kepada kapas, benang floss dimasukkan di bawah kuku yang tumbuh ke dalam bagi mengurangkan tekanan. Gutter splint/sleeve: Tiub plastik kecil (seperti tiub IV) dipotong dan diselit di sisi kuku untuk menahan kuku agar tidak menekan kulit, memberikan kelegaan segera. Kaedah pita pelekat (taping): Pita dilekatkan dan dililit pada jari untuk menarik lipatan kulit menjauhi kuku, mengurangkan tekanan pada kawasan yang sakit. Pendawaian kuku (nail wiring): Kawat elastik dimasukkan ke dalam hujung kuku untuk membetulkan bentuk kuku yang tidak normal. Teknik lain: Seperti penggunaan kuku palsu (acrylic nails), jalur pita khas (slit tape), dan alat penjajaran kuku (nail braces). 3. Kaedah Pembedahan
Untuk cagu kuku tahap 3 atau kes berulang yang tidak lagi memberi tindak balas terhadap rawatan konservatif, pembedahan biasanya diperlukan. Prosedur dilakukan di bawah bius setempat menggunakan lidocaine atau anestetik lain. Kaedah pembedahan yang biasa termasuk:
Spicule excision and partial matricectomy: Mengeluarkan bahagian kuku yang tumbuh ke dalam dan sebahagian daripada matriks kuku secara mekanikal. Chemical partial matricectomy: Bahan kimia seperti phenol digunakan untuk memusnahkan sebahagian akar kuku. Kaedah ini kurang menyakitkan dan menunjukkan kadar kejayaan yang tinggi. Wedge resection of the toenail and nail fold: Melibatkan pemotongan kuku, matriks, dan tisu sekeliling yang tebal – namun tidak digalakkan secara umum kerana risiko komplikasi. Excision of the affected nail and total matricectomy: Digunakan dalam kes yang sangat teruk atau kuku rosak sepenuhnya, di mana keseluruhan kuku dan matriksnya dikeluarkan. Soft-tissue nail fold excision technique: Kaedah ini tidak menyentuh kuku tetapi membuang tisu sekeliling yang menekan kuku. Ia sesuai jika kuku bukan punca utama masalah. Teknik lain: Termasuk rawatan dengan elektrokauteri, radiofrekuensi, dan laser karbon dioksida – yang semakin digunakan sebagai rawatan pilihan moden. Pesakit diabetes perlu lebih berjaga-jaga. Masalah kaki seperti cagu boleh membawa komplikasi yang serius Cara Elak Cagu Kuku Masalah cagu kuku boleh dicegah dari awal dengan beberapa langkah mudah seperti:
Mengamalkan penjagaan kuku yang betul Elakkan potong kuku terlalu pendek Pakai kasut yang selesa Gunakan kasut pelindung untuk elakkan kecederaan pada jari kaki jika anda aktif dalam sukan atau sering mengangkat barang berat Pastikan kaki sentiasa bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan kulat atau bakteria Baca juga: Masalah Kulit Kepala : Punca, Cara Mencegah dan Rawatan
Bila Perlu Jumpa Doktor Walaupun cagu kuku ringan boleh dirawat di rumah, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan perhatian perubatan segera. Anda perlu berjumpa doktor jika:
Rawatan di rumah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau keadaan semakin teruk. Jari kaki anda sangat sakit, bengkak, dan mengeluarkan nanah, tanda jelas jangkitan sudah berlaku. Anda mengalami demam tinggi, badan terasa panas atau menggigil, ini boleh menandakan jangkitan telah merebak. Anda menghidap diabetes dan mengalami cagu kuku, Masalah kaki bagi pesakit diabetes boleh menjadi lebih serius dan berisiko tinggi jika tidak dirawat segera Dalam kes-kes seperti ini, rawatan profesional amat penting bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cagu-kuku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cagu-kuku

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Putih Sekarang Hitam Kasut Sekolah Pun Boleh Ubah Mood Ibu Bapa

Dulu Putih Sekarang Hitam Kasut Sekolah Pun Boleh Ubah Mood Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 97 hits
Langkah Kementerian Pendidikan menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam disambut dengan pelbagai reaksi Tapi bagi ramai ibu bapa ini umpama satu kelegaan yang tak disangka Nak tahu kenapa ramai ibu senyum lega dengan perubaha...
Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 121 hits
Di kawasan bandar di Lembah Klang Shah Alam dan Selangor permintaan terhadap perkhidmatan tukang rumah semakin meningkat Dengan gaya hidup yang sibuk dan keperluan penyelenggaraan rumah dari masa ke semasa ramai pemilik rumah memilih untuk ...
Bisul Di Punggung Boleh Berulang Ini Cara Elak Ia Datang Lagi

Bisul Di Punggung Boleh Berulang Ini Cara Elak Ia Datang Lagi

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 138 hits
Bisul di punggung bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjejaskan rutin harian seperti duduk berjalan atau berbaring Keadaan ini berlaku apabila folikel rambut di kawasan punggung dijangkiti bakteria lalu menyebabkan benj...
Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 174 hits
Predeep NambiarPETALING JAYA Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dijangka terus berpengaruh dalam parti itu walaupun telah meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi kata bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan Shahril berkata Rafiz...
Rahim Lambat Mengecut Lepas Beranak Boleh Ancam Nyawa Ibu

Rahim Lambat Mengecut Lepas Beranak Boleh Ancam Nyawa Ibu

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 82 hits
Sebaik selepas bersalin rahim ibu perlu mengecut dengan sendirinya agar mengelakkan berlakunya masalah tumpah darah atau kehilangan darah yang berlebihan Rahim yang gagal mengecut dengan baik merisikokan nyawa ibu kerana kehilangan banyak d...
Boleh Peluk Cium Dia Ke Tiket Konsert G Dragon Di Kl Dijual Semula Sampai Cecah Rm28 000

Boleh Peluk Cium Dia Ke Tiket Konsert G Dragon Di Kl Dijual Semula Sampai Cecah Rm28 000

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 132 hits
Sejak G Dragon mengumumkan konsert solo bermensch di Malaysia sudah ramai yang bersedia untuk menyertai peperangan tiket Artikel Berkaitan Sudah pun mula dijual sejak beberapa hari lalu mengikut peringkat keutamaan siapa sangka ia akan meni...
Mempersendakan Allah Boleh Pula Dia Gembira Masuk Neraka

Mempersendakan Allah Boleh Pula Dia Gembira Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 90 hits
HarapandailyMAZLAN SYAFIEMasyaAllah Kita menyaksikan teknologi berlari lebih laju daripada akal manusia Aplikasi video AI seperti VEO 3 yang dipacu oleh Google kini membolehkan seseorang mencipta apa sahaja dari langit syurga hingga ke dasa...
5 Aktiviti Diy Best Untuk Anak Dan Ibu Bapa Pun Boleh Enjoy

5 Aktiviti Diy Best Untuk Anak Dan Ibu Bapa Pun Boleh Enjoy

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 147 hits
Cuti sekolah bukan semata mata masa rehat dari buku dan kelas Ia juga peluang keemasan untuk anak anak berkembang dari segi kreativiti emosi dan hubungan keluarga Tapi tak semua ibu bapa tahu apa nak buat di rumah Jangan risau Artikel ini a...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord