Elak Beli Mainan Sembarangan Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda


“Baru lahir pun nak main mainan ke? Bukan ke dia tidur je sepanjang masa?”
Ha, ramai sangat ibu bapa yang masih terlepas pandang tentang hal ini. Walaupun bayi baru lahir nampak macam hanya makan, tidur dan menangis – otak mereka sebenarnya sedang berkembang dengan sangat pesat!
Seawal usia 0 hingga 6 bulan, bayi sangat perlukan rangsangan daripada persekitaran sekeliling – dan mainan adalah salah satu cara paling mudah dan menyeronokkan untuk bantu tumbesaran mereka.
Mainan yang sesuai bukan sekadar untuk hiburan, tapi ia bantu aktifkan deria sensori, koordinasi tangan dan mata, dan kemahiran motor halus mereka. Pendek kata, dengan bermain pun anak boleh belajar!
Jadi, mommy daddy jangan pandang remeh ya – pemilihan mainan yang betul dari awal boleh bantu membina asas perkembangan anak yang cemerlang sejak bayi lagi.

Mainan Sesuai Untuk Bayi 0–3 Bulan:
Fokus pada deria penglihatan & pendengaran: Bayi pada usia ini belum pandai memegang objek, tapi suka melihat dan mendengar.
Pilih mainan bercorak & berwarna terang: Warna kontras tinggi mudah menarik perhatian si manja.
Contoh mainan sesuai:
Kotak muzik atau MP3 lagu lembut
Cermin selamat (tidak mudah pecah)
Buku kain bercorak terang
Mainan sensori (tekstur berbeza)
Mainan berbunyi seperti kerincing & loceng angin
buku kain bercorak terang Mainan Sesuai Untuk Bayi 3–6 Bulan:
Bayi mula pegang & duduk sendiri: Mereka mula suka mainan yang boleh digerakkan sendiri.
Rangsang motor halus & koordinasi tangan-mata
Contoh mainan sesuai:
Crib mobiles (yang boleh berpusing & berwarna-warni)
Mainan kerincingan & bunyi (squeaky toys)
Patung lembut & selamat untuk pelukan
Buku cerita kecil bertekstur
Teethers (untuk gusi yang mula rasa gatal)
crib mobiles Mainan Sesuai Untuk Bayi 6–9 Bulan: Bayi kenal mainan sendiri & mula bergerak lebih aktif.
Contoh mainan:
Buku bergambar
Mainan manipulatif (boleh ditekan, diputar, dll.)
Patung lembut
Bola bersaiz sesuai
Mainan berbunyi
Push toys (mainan tolak)
mainan berbunyi Mainan Sesuai Untuk Bayi 9–12 Bulan: Bayi mula merangkak, berdiri & belajar berjalan.
Mula faham nama objek & suka masukkan barang ke dalam mulut.
Contoh mainan:
Push toys & mainan geometri
Bola pelbagai saiz
Buku cerita & mainan telefon
Blok bangunan
Baldi & sekop mainan
bok bangunan Mainan Sesuai Untuk Anak 12–18 Bulan: Gemar tiru perlakuan orang dewasa & aktif mencuba sendiri.
Contoh mainan:
Mainan aktiviti seharian (mini dapur, alat tukang, dll.)
Push & pull toys
Sorting/nesting toys
Bola, krayon & kertas
Mainan kenderaan yang boleh dinaiki
Buku bergambar interaktif
mainan kenderaan Mainan Sesuai Untuk Anak 18–24 Bulan: Mahu berdikari & bermain sendiri tanpa bantuan.
Contoh mainan:
Playhouses (rumah mini)
Blok besar & kecil
Alat muzik mainan
Puzzle & mainan susun gambar
Buku & cakera interaktif
Set keretapi mini, krayon & kertas
mainan susun gambar Setiap peringkat usia anak membawa perkembangan yang unik dan menakjubkan. Pemilihan mainan yang sesuai bukan sekadar untuk hiburan, tetapi berperanan penting dalam merangsang minda, emosi dan kemahiran motor anak sejak awal usia.
Jadi, mommy dan daddy—luangkan masa untuk memahami keperluan anak mengikut fasa tumbesaran mereka. Dengan mainan yang betul, kita bukan saja membantu mereka belajar, tetapi juga mencipta momen gembira yang penuh makna sepanjang proses membesar.
The post Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-beli-mainan-sembarangan-ini-panduan-mengikut-usia-bayi-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 232 hits
Panduan Beli Hartanah Lelong di Auction House Malaysia Cara Untung Besar dengan Modal Kecil Adakah anda mencari peluang pelaburan hartanah yang murah dan menguntungkan Rumah lelong melalui auction house di Malaysia merupakan salah satu kaed...
Panduan Potong Kuku Secara Tertib Mengikut Sunnah

Panduan Potong Kuku Secara Tertib Mengikut Sunnah

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 211 hits
Sebagai umat Islam kita pasti terarah untuk melakukan rutin penjagaan diri mengikut cara Rasulullah saw termasuklah potong kuku mengikut sunnah Tambahan pula memotong kuku termasuk dalam salah satu sunnah fitrah Perkara ini jelas dalam sabd...
Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 243 hits
Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat ke Tak Pernah tak rasa orang yang lahir bulan sama perangainya lebih kurang je Ramai percaya bulan lahir boleh pengaruhi sifat dan personaliti seseorang Jom tengok ringkasan perangai ikut bulan ...
Hampiri Usia 40 Tahun Kim Jaejoong Akui Belum Mahu Berkahwin

Hampiri Usia 40 Tahun Kim Jaejoong Akui Belum Mahu Berkahwin

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 149 hits
Kim Jae joong telah berkongsi pendapat jujurnya mengenai perkahwinan Artikel Berkaitan Pada 10 Jun saluran YouTube Insaeng84 memuat naik video bertajuk Berita Terkini Kim Jaejoong Kian84 memuji sikap berbakti Jaejoong yang membina rumah unt...
Gaya Hidup Buy Now Pay Later Semakin Membimbangkan Muflis Di Usia Muda

Gaya Hidup Buy Now Pay Later Semakin Membimbangkan Muflis Di Usia Muda

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 207 hits
ehsan google Bro kau pernah rasa hidup macam tengah dikejar hutang tak tanya Amir sambil menghembus asap rokoknya perlahan Hakim hanya mampu senyum tawar Dalam hati dia tahu sangat rasa tu Kad bank dah merah aplikasi pinjaman online makin b...
Rafizi Ke Makkah Ketika Usia 36 Tahun

Rafizi Ke Makkah Ketika Usia 36 Tahun

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 165 hits
Doa saya agar sahabat sahabat yang mendapat rezeki menjadi tetamu Allah di Tanah Suci dirahmati Allah menerima ibadah doa dimakbulkan dan mendapat haji mabrur Saya tidak pernah berhenti bersyukur kerana mendapat rezeki ke Tanah Suci pada um...
Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 179 hits
Rezeki Melimpah Usia Panjang dengan SilaturrahimSilaturrahim bukan hanya tentang mengeratkan hubungan dengan keluarga dan sahabat tetapi juga membuka pintu pintu rezeki dan memanjangkan usia Jom kita sama sama amalkan
Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal Dan Patuh Shariah Untuk Muslim Malaysia

Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal Dan Patuh Shariah Untuk Muslim Malaysia

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 228 hits
Jom Labur Saham Syariah Panduan Pelaburan Halal untuk Muslim Malaysia Adakah anda seorang Muslim yang ingin melabur tetapi bimbang tentang status halal pelaburan saham Jangan risau Artikel ini membimbing anda langkah demi langkah bagaimana ...
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Wanita Berkelas Syurga Apakah Ciri Cirinya

Zahid To Represent Malaysia At Singapore National Day Parade

Buat Kerepek Pisang Nangka

This 1995 Bmw R1100 Caf Racer Is A Neo Retro Dream

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran