Panduan Merancang Diri Dari Makan Gaji Kepada Menjadi Usahawan Dan Berniaga




Jika anda belum pernah berniaga, tak pernah ada syarikat sendiri, tapi ada idea produk atau servis yang ingin ditawarkan pada pelanggan, tak kisah samada produk itu boleh atau tidak boleh dipasarkan, anda tentu berimpian untuk jadi usahawan dan jalankan syarikat perniagaan anda satu masa nanti.
Dari kajian yang banyak dilakukan terutamanya di barat sana, ramai individu yang sedang makan gaji sekarang ada hasrat untuk jadi usahawan. Ada satu laporan tu saya baca bancian terhadap pekerja makan gaji, dari 10 orang, 4 orang memang nak buka bisnes mereka sendiri satu masa nanti.
Jika tak ada impian yang sungguh-sungguh pun, saya yakin majoriti besar daripada anda yang sedang makan gaji sekarang ada terselit jauh disudut hati ingin punya syarikat sendiri, ingin jadi boss dan ingi9n jadi usahawan kaya.
Sepanjang berkawan dengan berbagai golongan yang makan gaji sejak muda dulu, saya pernah jumpa seorang saja kawan yang kata dia lebih suka jadi kuli sampai bila-bila. Saya tanya berkali-kali padanya dan dia tegas dan yakin dengan perkara itu. Tapi saya tetap sangsi dengan pengakuannya. Sekarang, dia jadi taukeh char kuey teow di Seberang Jaya.
Sekalipun ada ramai yang nak berniaga, hakikatnya hanya 3 sahaja dari 10 orang yang nak jadi usahawan itu benar-benar buat perkara tersebut. Apa yang membezakan antara anda yang benar-benar terjun dan berniaga berbanding yang tidak adalah, berapa besar saiz keinginan yang anda ada sekarang untuk jadi usahawan. Jika cukup besar, makin besar lah kemungkinan anda akan benar-benar jadi usahawan.
Tapi anda tak perlu risau. Saiz keinginan besar tak semestinya dah ada terbentuk dalam diri anda sekarang. Tak perlu paksa-paksa pun. Jika memang dah rezki dan kecenderungan anda di situ, akan jadilah juga satu ketika nanti. Untuk makluman, ramai dari mereka yang jadi usahawan sekarang, satu ketika dahulu terjun berniaga hanya secara kebetulan hasil dari perjalanan hidup mereka yang membawa mereka ke arah itu tanpa disedari.
Sama seperti kawan yang saya sebut di atas tadi, walaupun dia tak pernah mahu berniaga, akhirnya berniaga juga. Semua jadi secara tidak dirancang. 
Di sini saya kongsikan, berdasarkan pemerhatian saya sejak dulu sampai sekarang terhadap kawan-kawan yang akhirnya jadi usahawan. Kalau bukan usahawan besar pun, tetap jadi peniaga kecil-kecilan yang berdikari dan cukup makan. 
Apa yang anda boleh buat untuk besarkan kemungkinan jadi usahawan esok. 
1. Teruskan impianWalau apapun orang nak cakap, jangan sesekali padam keinginan yang ada. Tulis dalam senarai 100 impian hidup sebelum mati yang anda buat untuk jadi usahawan satu masa nanti. 
Anda boleh pupuk keinginan itu dengan terus memikirkan nya sekerap mungkin, setiap kali ada masa terluang. Bayangkan kelebihan yang anda dapat dengan menjadi usahawan. Berikut antara beberapa perkara asas yang mampu anda miliki jika jadi usahawan berjaya.
Harta kekayaanBerbeza dengan makan gaji, tiada had untuk seorang usahawan impikan jumlah kekayaan yang dia ingin. Seperti kata orang tua-tua, setinggi langit. Tiada siapa yang boleh halang impian anda itu dan ia memang boleh berlaku.
Ada seorang kawan usahawan yang jauh lebih muda dari saya dulu. Kami agak kerap berjumpa dan ketika itu dia masih baru berusaha keras untuk jadi usahawan berjaya. Impiannya adalah untuk memiliki sebuah jet peribadi satu ketika nanti. Saya beritahu tak mustahil pun, jika itu yang dia mahu, insyaallah akan dapat. Dan memang sekarang dia dah beli sebuah dan dia sendiri sudah ada lesen bawa kapal terbang.
MasaDengan pemikiran dan cara yang betul, anda mampu membebaskan diri untuk memberi tumpuan pada perkara yang anda suka tanpa mengganggu perniagaan yang sedang dijalankan. Biasanya perkara itu berlaku apabila syarikat dah berjalan secara autopilot.
Namun begitu, sebelum sampai ke tahap itu, masa sentiasa berkadar terus dengan jumlah atau saiz perniagaan yang mahu anda jalankan. Makin besar saiz yang anda mahu bina, makin kecil masa yang anda bebas. Memang dah jadi lumrah orang yang sukses dalam bisnesnya, makin sukses makin sibuk. Jika anda lihat usahawan yang lepak membuta sepanjang masa, samada bisnesnya sedang hancur atau dia sudah jual semua perniagaan yang dia ada.
Apapun, ia tetap lebih fleksibel berbanding makan gaji. Jika jadi pekerja, anda terpaksa buat perkara yang disuruh oleh majikan sama da anda suka atau tidak. Perlu buat dan siapkan pada masa yang majikan nak, samada anda suka atau tidak. Itu beza usahawan dengan pemakan gaji.
Berbakti pada masyarakatMenjalankan perniagaan adalah mencipta peluang untuk menyumbang dan berbakti pada masyarakat. Hanya produk atau servis yang mampu selesaikan masalah pelanggan sahaja yang boleh dipasarkan dan mendapat tempat di hati pelanggan. Dan selesaikan masalah masyarakat adalah satu usaha yang mulia. Sangat besar bakti anda jika berniaga.
Cuba perhatikan mereka yang kaya, bila duit dah banyak, akhirnya tetap berpaling ke arah kebajikan juga. Sebab duit yang ada perlu dialirkan agar tidak membusuk. Anda juga mampu lakukan semua kebaikan itu nanti bila berniaga dan berjaya, insyaallah.
2. Baca buku bisnesTerdapat banyak buku samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang menceritakan tentang perniagaan. Banyak juga yang menceritakan tentang kejayaan usahawan-usahawan tertentu. Kalau tak ada modal, baca saja melalui internet.
Yang penting, topik perniagaan dan keusahawanan perlu jadi satu topik yang membuka mata anda setiap kali melihatnya.
3. Cari kawan usahawanJika anda tidak mula berkawan dengan usahawan, memang agak sukar untuk menghayati keinginan jadi usahawan. Jadi perlu ada kawan yang berniaga. Cari dan rapatkan diri anda dengan mereka sekarang.
Mungkin anda ada beberapa kawan yang berniaga tetapi selama ini, tidak luangkan masa yang cukup bersama mereka. Tingkat semula perhubungan dengan kawan-kawan itu.
4. Lebih masa dengan usahawanOrang makan gaji akan dikelilingi dengan orang yang makan gaji juga. Makan minum dan keluar dengan orang yang sama makan gaji sebab anda rasa lebih selesa dan saling memahami.
Jika anda perhatikan betul-betul, budaya dan cari fikir orang makan gaji langsung tak sama dengan orang yang berniaga. Jika anda dah terbiasa dengan kaki makan gaji, anda pasti rasa tak selesa setiap kali duduk bersembang dengan orang berniaga. Anda rasa mereka ego, sombong, berlagak, khayal lebih dan lain-lain seumpamanya. 
Selagi ada perasaan begitu, selagi itulah anda tak akan jadi usahawan. Sebab agak sukar jadi orang yang anda tak suka jadi, betul tak.
Oleh itu, paksa diri dan berfikiran terbuka. Bila tak kenal maka tak cinta. Kenal dulu. Daripada beberapa kawan kenalan anda yang berniaga, anda akan diperkenalkan lagi dengan lebih ramai golongan usahawan. 
Sertai aktiviti perbincangan mereka samada secara formal atau tidak formal.
5. Bantu kawan usahawanPilih beberapa usahawan yang rapat dan tawarkan kemahiran yang anda ada yang boleh membantu mereka. Aktiviti ini dapat menambahkan pengalaman anda untuk menyediakan diri dalam dunia keusahawanan nanti.
Perhati, belajar dan bina keyakinan dan cara sendiri untuk berjaya.
6. Ulang 1 sampai 5Jadikan semua di atas sebagai amalan kehidupan anda. 
Semua aktiviti tersebut mampu membuatkan pemikiran anda berubah dengan sendirinya sehinggalah akhirnya anda benar-benar menjadi seorang usahawan. Biasanya, anda akan bergerak dan jadi usahawan tanpa disedari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/panduan-merancang-diri-dari-makan-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Dan Contoh Karangan Cara Cara Menjaga Kesihatan Diri

Panduan Dan Contoh Karangan Cara Cara Menjaga Kesihatan Diri

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 114 hits
Karangan mengenai cara cara menjaga kesihatan diri sering menjadi tajuk yang diberikan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan mereka tentang pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian karangan cara cara menjaga kesihatan diri ini boleh...
Siap Jilat Pinggan Usahawan Kongsi Pengalaman Makan Fine Dining Rm12 800

Siap Jilat Pinggan Usahawan Kongsi Pengalaman Makan Fine Dining Rm12 800

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 129 hits
Video usahawan kongsi pengalaman makan fine dining RM12 800 di platform TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai memandangkan pelbagai menu serta cara unik menikmati juadah ditunjukkan Video yang dikongsi usahawan jenama tudung terkena...
Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka

Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 125 hits
nbsp Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka Kalau ikutkan makan dekat sini bukan dalam perancangan nieyl Tapi masa nieyl tengah mencari tempat makan untuk nieyl dengan husband berdua nieyl ternampak post TikTok lalu nieyl pun ...
Makan Spaghetti Dari Jepun Kawd

Makan Spaghetti Dari Jepun Kawd

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 128 hits
Assalamualaikum WBT PENDAFTARAN mahasiswa dan mahasiswi beberapa IPTA kebanyakannya akan bermula bulan depan Tentu sekarang para ibubapa dan bakal mahasiswa sibuk membuat persiapan untuk masuk kampus yang akan membuka lembaran baharu dalam ...
Senator Nafi Paksa Bodyguard Makan Babi

Senator Nafi Paksa Bodyguard Makan Babi

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 113 hits
FMT ReportersSenator itu membuat laporan polis semalam supaya tuduhan disemak pihak berkuasa PETALING JAYA Seorang senator menafikan dakwaan memaksa pengawal peribadinya memakan daging babi Susulan itu beliau membuat laporan polis semalam s...
Makan Mee Tarik Daging Othman Mee Tarik

Makan Mee Tarik Daging Othman Mee Tarik

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 104 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali Iman mengajak makan di Restoran Othman Mee Tarik Ada sekali diajak malam masa tu Pak Inche ada bola tak silap ke ada dinner media lupa Sk menolak sebab masa tu cuaca hujan dan kalau hujan tahu sajalah m...
Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum WBT SIANG makan di Dolly Dim Sum malam Pak Inche ajak makan Bubur Nasi Berlauk di mana lagi yang kena dengan seleranya kalau bukan di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Dataran Larkin Bubur nasi lauknya Kangkung Bela...
Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 206 hits
Sebaik turun daripada destinasi kami seterusnya adalah untuk mencari makanan kerana perut sudah berkeroncong Kami menggunakan bantuan google untuk mencari kedai makan best di Betong dan hasil carian membawa kami ke Tuan Kitchen Tak fikir la...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord