Makan Spaghetti Dari Jepun Kawd
Assalamualaikum WBT
PENDAFTARAN mahasiswa dan mahasiswi beberapa IPTA kebanyakannya akan bermula bulan depan. Tentu sekarang para ibubapa dan bakal mahasiswa sibuk membuat persiapan untuk masuk kampus yang akan membuka lembaran baharu dalam hidup. Sebuah lagi pengalaman akan ditempuh dan banyak kenangan akan terpahat. Iman pun dah balik kampus. Balik kampus awal dari tarikh semester baharu bermula kerana terlibat sebagai urusetia Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Alhamdulillah, kali ini Iman dah kenderaan sendiri selepas dua tahun menumpang kawan-kawan dan menaiki bas yang disediakan universiti. Mulut ni tak habis berpesan itu ini, begitulah hati seorang emak. Dah besar panjang pun anak kita, anak tetap anak, risau tetap ada tapi hati kena kering, hihi.
Dia kata nak makan di Di Kelapa aje tapi emaknya ajak ke Restoran Kawd di Taman Pulai Perdana. Sebenarnya teringat-ingat beberapa kali dia ada sebut nak makan di sini. Bukan baru masa cuti ni dia sebut tapi dah lama, dari sebelum cuti semester. Tapi tulah, asyik tak sempat sebab Iman pun banyak ikut program-program di U
Selalu kami duduk di ruang tambahan restoran yang terletak di lot akhir ini tapi kali ni Sk ajak Iman duduk di dalam. Teringin nak duduk dalam pulak, tak pernah makan kat dalam, kata Sk. Eh, pernahlah, Iman kata. Aaaa.. baru teringat, pernah.. lupa pulak dah tua-tua remaja purba ni. Tu takpa, semalam... Sk pergi makan kat Secret Recipe Taman Nusantara (ni nanti cerita), bolehlah pulak Sk tak kenal langsung bekas pelajar Sk ni. Dia dah bagi hint dah.. Sk macam, engkau ni kenapa? Hahahaha. Sampai merajuk dia. Dia pulak tak nak tegur dulu, ikut sangat perangai suka bergurau zaman belajar dulu. Kita pulak sensitif bila ditenung lama-lama, hahahah
Macam-macam jenis masakan sos pasta ada. Sk nak makan menu fusion iaitu Spaghetti Daging Salai Masak Lemak Cili Api tapi tak ada pulak menu tu. Bosan jugak asyik makan aglio olio atau carbonara. Kalau bolognese tu dah biasa masak sendiri, puas la selak buku menu depan belakang depan belakang, hehehe
Pilih punya pilih, Sk pilih Hokkaido Pasta, RM25 (atas)Iman pilih Kambing Jepun, RM28. Memang suruh Iman ambil Kambing Jepun dan dia pun setuju sebab dia pernah datang makan Kambing Jepun tu masa datang sini dengan kawan dia. Sk ingat, Kambing Jepun tu macam Lamb Chop dengan sos ala Teppanyaki ke apa, rupanya pasta jugak sama macam Sk. Bezanya, Hokkaido tu dia letak ayam. Selain tu ada roti jugak, tak besar sangatlah. Yang Jepun tu dia bagi roti bun, Hokkaido dia bagi roti patsegi, hehe
Rasa sos dia tu creamy macam carbonara tapi ada rasa masam macam sos takoyaki. Selain tu, mereka letak bonito flakes yang banyak atas dia juga serbuk rumpai laut. Tak pastilah semua orang boleh terima atau tak tapi bagi Sk sedap sebab Sk penggemar takoyaki. Kambing dan ayam dua-dua sedap, perapan sos kambing dan ayam tu tak sama ya, cuma sos pastanya sahaja sama. Datang kali ni jugak tak ambil appetizer sebab tahu nanti mesti tak habis, hehe. Maaflah, gambar tak cantik, cahaya dalam restoran ni memang malap. Tu takpa, berkuap pulak bila duduk di dalam kedai, hehehe. Lain kali datang nak duduk luar aje la
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/makan-spaghetti-dari-jepun-kawd.html