Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen


Sebaik turun daripada Skywalk Aiyerweng Betong, destinasi kami seterusnya adalah untuk mencari makanan kerana perut sudah berkeroncong. Kami menggunakan bantuan google untuk mencari kedai makan best di Betong dan hasil carian membawa kami ke Tuan Kitchen. Tak fikir lama, suami terus memandu mencari lokasi tersebut.


Makan Sedap di Betong ThailandLokasi kedai terletak di sebelah kiri jalan sebelum tiba ke Menara Jam. Namun kami kehairanan saat tiba apabila melihat langsung tiada pelanggan di Tuan Kitchen tetapi di kedai bersebelahannya sangat meriah dengan pelanggan. Antara mahu masuk atau tidak, akhirnya kami memutuskan untuk masuk sahaja kerana kami sudah tiba dan perut juga sudah minta diisi. Disebabkan tiada pelanggan, jadi kami dapat memarkir kenderaan dengan mudah di sebelah kedai.


Deko di dalam kedai tidaklah terlalu menarik, namun hiasan kedai begini seringkali saya lihat saat kecil sewaktu mengikut abah dan ma pergi ke Kelantan. Kedai kuning kehijauan yang agak sarat dengan hiasan sticker di pintu masuk itu sedikit sebanyak mengembalikan kerinduan saya berjalan-jalan di Kelantan. Saat masuk ke kedai, kami disapa oleh tukang masak yang merupakan anak perempuan kepada pemilik kedai sambil membawa buku menu.


Tuan KitchenSaat hidangan sedang dimasak, tuan kedai datang ke meja kami dan duduk berbual. Beliau bercerita tentang anak dan isteri, kedai yang diusahakan dan beberapa topik lain lagi. Menurut beliau, nama Tuan Kitchen dipilih bersempena dengan nama isterinya yang berawalan Tuan, manakala dirinya berawalan Nik. Beliau mempunyai anak yang sebelum ini pernah belajar di UIAM dan kini menjadi tukang masak di kedainya. Memang ternyata benar review di google yang menyatakan tauke kedai seorang yang peramah dan mesra. Seronok berbual dengannya.


Kami memesan nasi putih untuk dimakan bersama lauk tomyam ayam, ikan siakap masak masam manis dan donut udang. Kakak pula memesan nasi goreng udang untuk menu makan tengaharinya. Walaupun menu yang kami pesan nampak biasa saja, namun rasa dan teksturnya berbeza daripada masakan di Malaysia. Kuah tomyam tidak terlalu pekat namun rasanya umph, cukup masam, cukup garam dan tidak manis. Lauk siakap pula dihidang dalam kuah pekat dengan ikan digoreng garing. Sos yang agak pedas dan manis menjadikan hidangan keduanya serasi dimakan bersama nasi. 


Donut udang pula merupakan menu rare yang pertama kali kami makan. Semasa membuat order, saya bayangkan donut udang yang akan dihidangkan nanti adalah dalam bentuk udang celup tepung tetapi nampaknya saya salah. Rupanya seperti donut dan isinya terasa ada campuran udang dan ayam. Senang cakap rasanya seperti nuget ayam tetapi dengan campuran udang. Saiznya juga agak besar.Bagi hidangan nasi goreng udang, saya tak sempat merasainya kerana terlalu sedap menikmati hidangan nasi saya sendiri. Tapi adik bagi rating tinggi untuk nasi goreng kakak, katanya sedap! 


Sewaktu sedang menjamu selera, barulah masuk beberapa orang pelanggan lain ke dalam kedai. Nasib baik kami tidak mencari kedai makan yang lain, kalau tidak dah terlepas makan di kedai yang sedap. Ini merupakan kedai makan kedua yang masakannya kena dengan selera dengan harga berpatutan di Thailand. Kami membayar keseluruhan harga makanan tidak sampai RM70. Berada di tepi jalan yang mudah diakses dengan pilihan menu makanan yang sedap tentunya menjadi pilihan kami untuk kembali sekiranya berjalan-jalan di Betong lagi selepas ini. Tuan kedai juga peramah dan sangat mesra pelanggan, jadi in shaa Allah kami akan kembali lagi selepas ini.


Kedai makan Tuan Kitchen terletak di alamat Q3G7+H6F, Betong, Betong District, Yala 95110, Thailand.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/09/makan-sedap-di-betong-thailand-tuan-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Hadramawt Kitchen Datum Jelatek

Makan Malam Di Hadramawt Kitchen Datum Jelatek

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 474 hits
Tajuk makan malam di Hadramawt Kitchen Tapi bukanlah nak cerita pasal restaurant tu pun Nak pelayang gambar kami je Kami ni asyiklah meramcang nak buat reunion ke sana Ke situ ke sini Tapi tak pernah jadi pun Dua minggu sebelum hari Malaysi...
Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas Panas Memang Sedap

Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas Panas Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 449 hits
Kebiasaannya nak buat mi goreng basah kita gunakan mi kuning tapi boleh juga diganti dengan mi sanggul Rasa mi sanggul goreng basah ini memang sedap terutama kalau makan panas panas Nak cuba Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Cara buat mi s...
Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 881 hits
Sejak episod kali pertama ke Thailand pada April tahun ini kami sekali lagi masuk ke Thailand untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun pula Berbeza daripada sebelumnya kali ini kami masuk pula melalui jalan Pengkalan Hulu Perak Mes...
Restoran Dapor Che Lah Port Lepak Makan Sedap Di Shah Alam

Restoran Dapor Che Lah Port Lepak Makan Sedap Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 510 hits
30 June 2024 Throwback Makcik search lauk kampung dekat Tik Tok jumpa tik tok Dapor Che Lah Makcik forward dekat cik yuyi Makcik cakap dengan cik yuyi teringin nak makan tengahari lauk2 kampung Jemu hari bekerja asyik makan dekat kedai tomy...
Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 623 hits
16 Sept 2024 Isnin Makcik dapat rasakan dunia TT bukan dunia makcik Dunia makcik di sini di blog Sejujurnya makcik selesa selama berada di sini Aman damai Tak serabut perut tak serabut kepala Tak macam dunia TT bukak2 je serabut nok Ramainy...
Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple Sedap

Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple Sedap

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 414 hits
Sup Ikan jika kena gaya masak dan campuran rencahnya memang sedap dan menyelerakan Malah tidak hanyir Biasa makan sup Ayam Sup Daging dan ketam kan Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah perkonsgian saudari Ainn Mustafar ni pula Mudah...
Tip Buat Lempeng Lembut Gebu Sambal Bilis Sedap Untuk Dicicah

Tip Buat Lempeng Lembut Gebu Sambal Bilis Sedap Untuk Dicicah

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 340 hits
Hidangan lempeng yang dicicah dengan sambal bilis memang mengundang selera di pagi hari Apatah lagi jika dapat lempeng yang lembut dan gebu Memang takkan cukup sekeping Meski buat lempeng ini nampak mudah tapi kalau tak kena cara lempeng bo...
Resipi Sotong Singgang Yang Enak Kuah Sedap Dihirup

Resipi Sotong Singgang Yang Enak Kuah Sedap Dihirup

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 323 hits
Kalau selalu beli sotong biasanya kita buat sambal sekali sekala tukar selera Buat sotong singgang macam ni Memang akan lebih terasa kemanisan sotong dan yang pasti kuahnya cukup sedap dihirup Resipi sotong singgang Bahan bahan Sotong secuk...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Payah Layan Cadangan Mansuh Matrikulasi

Apa Itu Ekyc Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari