Panduan Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang + Bonus 6 Resepi Terbaik. Apabila menjelang bulan Ramadhan, ramai yang mahu mengambil peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Tidak dapat dinafikan, berniaga di Bazar Ramadhan sangat membantu meningkatkan jualan dan pendapatan peniaga.
Dalam situasi penularan virus Covid-19 ketika ini, Kerajaan telah membenarkan operasi Bazar Ramadhan dibuka. Walaubgaimanapun, terdapat negeri yang masih belum membenarkan tapak bazar dibuka seperti negeri Sabah.
Apa Projek Ramadhan Kali Ini?
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan. "Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini."
Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.
Kalau anda ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk anda mulakan langkah.
Maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti. Lebih-lebih lagi bagi tempat yang HOT! Memang kena cepat, kalau lambat hantar borang permohonan tapak.. memang melepaslah jawabnya.
Jadi... anda sudah ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan?
Jika belum ada.... saya nak cadangkan anda buat projek bisnes air balang. Bisnes air balang ni memang sudah sebati dengan bazar ramadhan. Pergi mana-mana bazar ramadahan, mesti ada orang jual air balang.
Sebab apa?... Sebab air balang ni memang ada permintaan...dan memang orang cari di bazar ramadhan. Tambahan lagi bila cuaca tengah panas dan haus.. memang berebut orang beli!
Jadi, bila jual air balang ini...memang tidak timbul persoalan.. "Ada ke orang nak beli?" Sebab, memang mesti ada orang yang akan beli.
Persoalan yang lebih utama ialah... "Ada ke orang nak beli dari aku?"
Maklumlah, nak buat bisnes air balang ini tidak perlukan modal yang besar, biasanya sekitar RM1,000 sahaja sudah mencukupi. Sebab itu ramai juga peniaga yang cuba menjual air balang.
Maka, wujudlah sedikit persaingan antara peniaga!
Hah! Maka disinilah :
Anda perlukan ilmu & strategi jika mahu berniaga air balangTahu macam mana nak tarik pelanggan untuk membeli air dari andaKetahui apa kelebihan air anda berbanding air orang lainKetahui air apa yang paling ramai orang suka dan paling laris untuk dijual
Benda-benda tu semua kena tahu....Kalau tak tahu.. kenalah cari ilmu dan belajar!.
Tahu Berapa Modal Nak Start Bisnes Air?
Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!
Anggaran Kos Permulaan!
Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..
- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)- 2 kerusi : RM 10-RM20- 1 alas meja : RM30-RM40- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma- 1 unit bekas air gula: RM5-10- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)- 1 dozen Straw: RM 5-6- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000
Berapa Pula Modal Harian?
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!
Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.
Potensi Jualan & Untung?
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.
Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.
Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305
Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...
RM305 X 25hari = RM7,625
UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!
Ini Rahsia Brader Jual Air Untung RM7k Sebulan!
Berita baiknya! Ada brader ni sudi berkongsi ilmu dan strategi yang dia gunakan di dalam menjual air balang di bazar ramadhan.
Tahun ini dah masuk tahun ke-10 dia menjual air balang!
Tahun lepas, untung dia berniaga air balang di bazar ramadhan, Alhamdulillah.. dapat RM7,000 lebih.
Malah, ramai juga peniaga yang amalkan ilmu & strategi brader ini.. habis licin air balang yang mereka jual!
Kalau anda nak tahu macam mana brader ini jual air balang di bazar ramadhan sampai boleh untung besar.. anda boleh klik link dibawah..!
[ KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN ]
Jumpa disana!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rujukanniaga.com/2021/04/panduan-memulakan-bisnes-air-balang.html