7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga



Sedar tak sedar beberapa bulan sahaja untuk kita sampai ke bulan Ramadan. Di Malaysia bila tiba Ramadan, ianya sinonim dengan Bazar Ramadan. Oleh itu, ramai mula buat persediaan untuk berniaga untuk tambah pendapatan dan antaranya melalui bisnes Air Balang.
BACA : Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka
Kenapa Air Balang? Sebab ianya sememangnya ada permintaan dan memang orang akan cari bila tiba di pasar malam, pesta, karnival atau di bazar-bazar Ramadan. Tambahan lagi bila cuaca panas untuk bulan biasa dan dibeli untuk berbuka puasa dengan air manis kan. Memang berebut la orang cari. Jadi ianya tidak timbul, ada ke orang beli air balang ni nanti? Sebab memang orang cari.

7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Di Bazar RamadanJadi jika anda sudah daftar sebagai peniaga di pasar malam atau di bazar-bazar Ramadan yang bakal tiba ini, tetapi tak tahu nak jual air balang apa? Jadi disini, anda boleh lihat 7 resepi air balang viral best seller di Bazar Ramadan.
Jika anda tak tahu nak mula dan buat persediaan untuk berniaga Air Balang, anda boleh dapatkan panduan penuh berkaitan projek atau perniagaan ini.
Dapatkan panduan Bisnes Air Balang sehingga peroleh pendapatan lebih RM7,000 sebulan. Perkongsian ilmu dan strategi menyeluruh disediakan disini. alert-info
#1.  Air Katira Cincau
Ini memang air yang mendapat sambutan hangat terutamanya bila bulan puasa iaitu di Bazar Ramadan. Mesti ramai nak cari Air Katira Cincau. Mesti habis punya la kalau jual. Penyediaan ini adalah untuk sukatan 1 jug besar (4 Liter)
▶️ Bahan-Bahan1/2 tin buah-buahan campuran (masuk sekali air buah)1/2 tin laici (masuk sekali air buah)1/2 pek cincau (potong halus)3 sudu biji selasih (rendam sehingga kembang)1/2 cawan kordial barli1/2 tin susu cair▶️ Cara-Cara1.  Campur kesemua bahan dalam jug dan kacau sampai sekata
2.  Masukkan air paras yang sesuai sebelum campir ais/air batu
3.  Campur 1 cawan air aiskrim soda
4.  Campur susu pekat ikut kemanisan yang anda suka
5.  Campur pewarna hijau sampai jadi warna hijau seperti yang biasa anda lihat
6.  Akhir sekali, baru masukkan ais/air batu secukupnya. Sedia untuk dihidang dan dijual!
#2.  Air Soya Lemak Manis
▶️ Bahan-Bahan
200 gram kacang soya2 litre air1 cawan gula3 helai daun pandan yang disimpul1/2 sudu kecil garam
▶️ Cara-Cara1.  Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya. Esoknya anda akan lihat kacang soya kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2.  Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3.  Sebelum di masak, sebaiknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4.  Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
5.  Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Boleh buat persediaan untuk penjualan air balang anda.
#3.  Air Tembikai Susu
Untuk resepi air tembikai susu ini, bahan yang digunakan adalah untuk menghasilkan air bagi balang 33 liter.
▶️ Bahan-Bahan5 biji buah tembikai susu (saiz besar)5 Tin susu pekat5 Tin susu cairSecubit garam.Air bertapisPewarna hijau epal.▶️ Cara-Cara1.  Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
2.  Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
3.  Kisar bahan tadi sehingga hancur.
4.  Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
5.  Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.
▶️ Persediaan Tapak Berniaga1.  Tuang hasil kisaran tadi ke dalam balang air 33 liter
2.  Masukkan 2 liter air bertapis ke dalam balang tadi.
3.  Masukkan  susu pekat, susu cair dan secubit garam
4.  Kacau sehingga campuran air menjadi sekata.
5.  Masukkan 2 bag ais kiub ke dalam balang
6.  Kacau sehingga sekata.
7.  Tambah pewarna hijau epal setitik demi setitik sehingga naik warna. Kacau sekata. Sedia untuk dijual!


#4.  Resepi Air Jus Nenas Madu
Penyediaan Air Nenas Madu ini sesuai untuk balang 33 liter. Tetapi mungkin persediaan bahan boleh tambah atau kurang mengikut citarasa anda.
▶️ Bahan-Bahan
10 biji Nenas Madu2 kg Gula PasirAir Bertapis secukupnyaAis batu 2 beg besar
▶️ Cara-Cara1.  Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
2.  Blend sehingga hancur.
3.  Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
4.  Masukkan ais batu dan sedia untuk dijual. Minum tengah sejuk pun best!
#5.  Resepi Air Lai Chi Kang
Ini juga antara air viral yang ramai mencari apabila datang di pasar malam di bazar-bazar Ramadan iaitu Air Lai Chi Kang atau Cikong.
▶️ Bahan-Bahan
400ml air panas mendidih 100 darjah celcius8 biji kembang semangkuk10 batang gula kundur5 sudu barli siap direbus1 tin mata kucing/sirap longan1 kerek gula melaka3 sudu cincau siap dihiris3 sudu potongn kecil agar-agar berwarna-warniBuah-buahan campuran untuk hiasan
▶️ Cara-Cara1.  Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas
2.  Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Gunakan buahan campuran dalam tin. Satukan semua bahan dan buah
3.  Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan
4.  Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais. Sedia untuk dijual!
#6.  Air Jus Mangga Susu
▶️ Bahan-BahanMangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).Air yang telah dimasak atau mineral waterPewarna oren4 tin susu pekat 2 tin susu cair ▶️ Cara-Cara1.  Kupas mangga masak dan buang bijinya.
2.  Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
3.  Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
4.  Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
5.  Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
6.  Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air 33 liter yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.
7.  Masukkan pewarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik. Sedia untuk dijual!
#7.  Air Teh Ais Cincau Kaw!
Inilah antara resepi air yang viral dimana-mana sahaja. Lagi-lagi kalau masa panas, memang ramai cari teh ais kaw ni. Bulan puasa pula orang ramai cari untuk juadah berbuka. Boleh juga jual air ini untuk bisnes air balang anda.
▶️ Bahan-BahanTeh serbukSusu full creamGula (ikut sukatan yang anda mahu)Buah pelaga/ kayu manis atau cengkihCincau▶️ Cara-Cara1.  Penaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan
2.  Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
3.  Sukatan susu ikut nak kaw macam mana
4.  Bila dah nampak warna teh dan cantik dan rasanya pula dan sedap, boleh tutup api
5.  Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau

Tips Dan Cara Berniaga Dan Bisnes Air Balang Viral Dengan BetulBagi mereka yang baru bermula atau baru nak berniaga air balang ni mesti banyak perkara tak tahu lagi kan. Berapa modal yang diperlukan. Nak beli kanopi lagi, meja pasar malam dan paling penting balang air tersebut.
Jadi melalui panduan Bisnes Air Balang ini, ianya menerangakan dengan details apa yang diperlukan sebagai seorang peniaga air balang. Bukan itu sahaja, teknik berniaga juga diterangkan. Cara nak tarik pelanggan, pilih lokasi, kos & modal semua ada. Tambahan lagi diberikan extra 25 resepi air balang viral yang lain.
Jadi anda boleh dapatkan panduan Bisnes Air Balang dengan klik gambar dibawah. Dengan 1 harga, anda peroleh 3 eBook panduan yang ditulis sendiri oleh peniaga air balang sendiri. Memang real usahawan la.



sumber resepi : air balang johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2021/04/7-resepi-air-balang-viral-paling-laris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 359 hits
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik Apabila menjelang bulan Ramadhan ramai yang mahu mengambil peluang untuk menambah pendapatan sampingan Tidak dapat dinafikan berniaga di Bazar Ramadhan sangat membantu meningkatkan ...
Bisnes Air Balang Viral Modal Rendah Untung Rm7000

Bisnes Air Balang Viral Modal Rendah Untung Rm7000

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 440 hits
Bulan Ramadan dan dekat mesti ramai yang tercari cari resepi air balang paling laris dan viral untuk berniaga di bazar Ramadan nanti kan Dalam post ni Ayue akan share dengan anda semua info yang anda perlu tahu untuk memulakan bisnes air ba...
Dah Bosan Lepat Pisang Cuba Pula Resepi Lepat Jagung Manis Viral Lembut Betul

Dah Bosan Lepat Pisang Cuba Pula Resepi Lepat Jagung Manis Viral Lembut Betul

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 337 hits
Setiap kali tiba waktu petang mesti ada sahaja rasa nak kunyah kunyah sambil minum teh panas kan Juadah yang sangat sesuai dimakan bila waktu petang ini sudah semestinya adalah kuih muih tempatan Boleh dibeli di luar atau dibuat sendiri sal...
Demon Slayer The Movie Filem Anime Paling Laris Di Malaysia

Demon Slayer The Movie Filem Anime Paling Laris Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 590 hits
Filem anime Demon Slayer Kimetsu No Yaiba The Movie Mugen Train membuktikan bahawa penonton di Malaysia masih berminat untuk menonton filem di layar lebar Menurut pengedar filem tempatan GSC Movies setelah 12 hari dilancarkan Demon The post...
Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur

Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 510 hits
Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur Salam ramadhan kepada semua rakan dan taulan umat islam di seluruh dunia Sambutlah hadirnya ramadhan dengan sederhana dalam menjamah hidangan berbuka atau pun bersahur namun bersungguh sung...
Betta Melaka Store Yang Viral

Betta Melaka Store Yang Viral

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 455 hits
Assalammualaikum Dunia Cute Hai dak Betta Patut ler mahai nau Dalam gerimis dan sesekali ujan renyai renyai turun mengiringi langkah cikbunga untuk menerjah kedai Betta Melaka Store So kiut kan dak Betta Seketui budak disebalik dak BettaNie...
35 Koleksi Kata Puitis Fahri Skroepp Yang Viral Ini Buat Semua Senyum Tersipu Sipu

35 Koleksi Kata Puitis Fahri Skroepp Yang Viral Ini Buat Semua Senyum Tersipu Sipu

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 720 hits
Tular di negara tetangga Indonesia apabila sebuah fanpage bernama Fahri Skroepp Fahri Sadboy Mengapa disebut Fahri Sadboy Jika kita lihat beberapa caption di status facebooknya kamu pasti akan mengerti Uniknya di usianya yang masih terlihat...
Cat Doll Viral Yang Cute

Cat Doll Viral Yang Cute

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca semua Bonde tak bolehlah tengok benda comel dan tu asyik terpandang pandang jer tau ishh kenapa cute sangat event muka ketat hahaha comel This is a content summary only Visit my website for ful...
Viral Bentuk Perut Bumil Yang Lonjong Simak Fakta Lengkap Dan Penjelasan Medisnya

Viral Bentuk Perut Bumil Yang Lonjong Simak Fakta Lengkap Dan Penjelasan Medisnya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 258 hits
Banyak yang mengaitkannya dengan mitos mitos di masyarakat tapi ada kok penjelasan medisnya
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa