Panduan Membeli Rumah Semasa Covid 19


Panduan Membeli Rumah Semasa Covid - 19 | Salam semua, sejak Covid -19 menular masuk Malaysia dah nak hampir 3 tahun, ramai yang berhati - hati dalam urusan pembelian rumah. Bukan apa, disebabkan Covid - 19, industri hartanah tempatan pun kena tempias. 
Sekarang ini kan, bahan - bahan untuk pembinaan pun naik harga. Jadi, tak mustahil harga rumah siap boleh jadi dua kali ganda. 

Sis ingatkan semasa tengah Covid - 19, orang tak berapa nak bersedia untuk beli hartanah sebab keadaan ekonomi negara kita kan tak berapa nak baik. Di tambah pula masih ramai lagi yang terjejas akibat kesan pandemik. 
Bila dengar harga rumah kembali meningkat walaupun masih lagi di waktu mencabar ini, itu boleh dikatakan satu perubahan yang positif dalam industri hartanah tempatan
 Salah satu sebabnya adalah kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan, individu yang dah lengkap vaksinansi dan juga pembukaan semula sektor ekonomi oleh kerajaan. 

Menurut Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez,"Peningkatan harga permintaan hartanah ini telah dikesan di empat wilayah utama yang dikaji oleh MPMI, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor, masing-masing mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1.56 peratus, 1.5 peratus, 1.38 peratus dan 0.15 peratus.

"Ini adalah kali pertama keempat-empat pasaran utama menyaksikan kenaikan harga permintaan sejak penularan pandemik COVID-19 bermula pada suku kedua tahun lalu,"Mengikut Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia 2022 mendapati, aktiviti hartanah terus berlaku di Malaysia walaupun dalam persekitaran yang sangat mencabar, namun pada jumlah yang lebih rendah.

Selain itu, gabungan antara kadar faedah yang rendah, penurunan harga hartanah dan persekitaran insentif menyediakan masa yang sesuai untuk pembeli yang berkemampuan untuk memasuki pasaran hartanah.
Disebabkan memiliki rumah adalah satu keperluan, jadi tak hairan lah ramai yang tengah berusaha untuk memiliki rumah sendiri. 
5 Faktor Perlu Dipertimbangkan Semasa Membeli Rumah Ketika Covid -19
Namun begitu, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kalau nak beli rumah semasa Covid - 19.  Belakang rumah sis pun tengah ada pembinaan rumah atas tanah sedang dibina. 
Masa pembinaan tu bermula bulan Disember tahun lepas. Sekejap sungguh buat dah nampak 70 % nak siap . Bumbung pun dah pasang. 
Maknanya tak kira lah sama ada nak memiliki rumah kediaman sendiri, pangsapuri ataupun kondominum yang penting mesti mempunyai kestabilan jaminan kewangan walaupun tengah  pandemik Covid - 19. 
Kalau korang tertanya - tanya sesuai ke nak beli rumah semasa tengah Covid - 19 ni ? Pendapat sis, masa inilah rebut peluang yang ada. 
Kalau korang tengah merancang nak beli rumah, di bawah ini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira ya. 
1. Mempunyai modal sekurang - kurangnya 30% dari harga permintaan hartanah
Sebelum membeli sebarang hartanah, terlebih dahulu korang sudah menyimpan wang yang cukup untuk menampung kos awal

2. Tidak boleh belanja lebih daripada 1/3 daripada gaji bulanan
Jangan belanjakan lebih daripada ⅓ daripada gaji bulanan untuk pembayaran gadai janji bulanan. Ini untuk memastikan ansuran bulanan setanding dengan gaji bulanan korang

3. Harga hartanah tidak boleh melebihi dari 5 kali pendapatan tahunan
Hartanah ni pasaran sekarang ada turun naik. Jadi untuk mengelakkan berbelanja lebih dari kemampuan, harga hartanah tidak boleh melebihi dari 5 kali pendapatan tahunan
 Contoh, sekiranya pendapatan bulanan kasar adalah RM 5000. Harga maksimum yang harus dipertimbangkan untuk membeli hartanah adalah RM 300,000. Jangan beli lebih dari nilai tersebut. (RM5,000 x 12) x 5 = RM300,000


4. Beli rumah ikut kemampuan 
Walaupun harga rumah ikut pasaran hartanah semasa,  lebih - lebih sekarang ni tengah Covid. Apa yang korang kena ingat, beli rumah ikut kemampuan. 
Ya, memang syarat nak beli rumah mestilah kena ada jaminan kewangan yang stabil dan kukuh
 5. Pilih institusi kewangan dengan teliti 
Selain itu, perkara pertama yang perlu difikir adalah untuk membuat pinjaman perumahan dengan bank. Bukan mudah nak mohon pinjaman perumahan ni. 
Banyak faktor yang diambil kira sebabnya bukan semua pinjaman perumahan sama untuk setiap bank. Faktor - faktor seperti lokasi rumah, jenis rumah, jumpah pendapatan dan umur pemohon. 
Rekod pinjaman sebelum ni pun pihak bank akan tengok sebelum nak beri kelulusan pinjaman

Pastikan korang tahu kadar faedah setiap bank yang tawarkan. Kebiasaan tempoh pinjaman perumahan di Malaysia adalah maksimum selama 35 hingga 40 tahun

Nak lagi senang untuk tentukan berapa anggaran jumlah yang perlu dibayar setiap bulan, korang boleh guna kalkulator pinjaman perumahan. 

Sebab itu penting kena kaji secara menyeluruh, rasa senang hati sikit nak pilih pinjaman perumahan yang terbaik tanpa rasa was - was. 

Inisiatif Kerajaan Dalam Industri Hartanah
Dalam belanjawan 2022, banyak sebenarnya inisiatif kerajaan untuk merancakkan kembali sektor hartanah seperti dulu. 
Di antaranya adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan. Terutamanya buat golongan yang merancang untuk beli rumah pertama. Sejak pandemik Covid melanda, ramai yang terkesan. 
Untuk pengetahuan korang, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan. 
Rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap pun boleh membeli rumah. Jangan risau ya, pihak Kerajaan amat prihatin dalam mendengar keluhan terutamanya golongan rentan seperti pekerja gig, usahawan kecil dan golongan petani. 
Golongan seperti mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan golongan ini sukar mendapatkan pinjaman perumahan

Insentif yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberikan manfaat kepada bakal pembeli rumah dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pasaran hartanah tempatan.

Kalau nak tahu, BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) 2021 merupakan salah satu skim pinjaman perumahan di Malaysia yang membuka peluang kepada mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri. 
Tunggu apa lagi, jom lah sama - sama memohon ya. 
KesimpulanBukan senang nak fikir soal pembelian hartanah ni. Salah satu pelaburan terbesar lah dalam hidup kan nak nak lagi kalau rumah itu adalah rumah pertama yang nak beli. Pentingnya korang kena tahu cara pengiraan loan rumah. 
Lebih lagi sekarang ini tengah Covid - 19. Banyak perubahan yang berlaku dan banyak benda nak kena ambil tahu terutamanya dari segi pembiayaan pinjaman perumahan. 
Jadi, pilihlah dengan bijak ya. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/02/panduan-membeli-rumah-semasa-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda

Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda Sudah menjadi lumrah kehidupan yang mana bila kita dah dapat kerja tetap mesti kita akan merancang untuk membeli kereta dan jugak rumah Betul tak Jadi entri...
Hiburan Covid Starter Pack Wanita Ini Kongsi Senarai Ubat Wajib Ada Di Rumah Jika Hadapi Simptom Teruk

Hiburan Covid Starter Pack Wanita Ini Kongsi Senarai Ubat Wajib Ada Di Rumah Jika Hadapi Simptom Teruk

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 153 hits
Peningkatan kes positif COVID dari hari ke hari sememangnya menjadi kebimbangan masyarakat dan sehubungan itu anda semua dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan mungkin juga boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan ubat ubatan sebagai ...
Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya

Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 558 hits
Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih SepenuhnyaMemiliki rumah sendiri merupakan impian bagi setiap individu Namun begitu masih ramai yang tidak yakin untuk membeli rumah terutama dalam keadaa...
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 254 hits
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini Bila bercakap tentang isu beli rumah rata rata antara kita memang dah lama teringin nak ada rumah sendiri Memiliki rumah sendiri ini sudah menjadi impian semua orang kerana punya kediaman per...
Panduan Membeli Tanah Lot

Panduan Membeli Tanah Lot

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 277 hits
PANDUAN MEMBELI TANAH LOT Menjadi satu trend terkini untuk membeli tanah lot rumah dan membina rumah idaman atas tanah tersebut Jadi anda memerlukan panduan untuk membeli tanah lot untuk mencapai impian anda Antara panduan untuk membeli tan...
Jessica Iskandar Dan El Barack Positif Covid 19 Dilarikan Ke Rumah Sakit

Jessica Iskandar Dan El Barack Positif Covid 19 Dilarikan Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 183 hits
Sang suami Vincent Verhaag yakin Jessica El dan bayi yang sedang dalam kandungan kuat menghadapi cobaan ini
Kasus Covid 19 Naik Seluruh Rumah Sakit Di Garut Harus Siapkan Tempat Isolasi

Kasus Covid 19 Naik Seluruh Rumah Sakit Di Garut Harus Siapkan Tempat Isolasi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 182 hits
Selain itu Pemerintah Kabupaten Garut sudah mengaktifkan kembali dua tempat isolasi terpusat yaitu Islamic center dan rusunawa
5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 238 hits
5 pengajaran penting untuk pelabur hartanah Malaysia semasa COVID 19 Apakah peluang pelaburan hartanah yang boleh kita jangkakan semasa dan selepas wabak ini Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli atau menjual hartanah Semua soalan harta...
Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 177 hits
Rasa semua mengetahui bahawa beberapa ahli Running Man disahkan positif COVID 19 baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Salah seorang daripadanya ialah Kim Jong kook di mana dia menjalani ujian PCR dek mengalami simptom ringan dan menerima keputus...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran