5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19




5 pengajaran penting untuk pelabur hartanah Malaysia semasa COVID-19 | Apakah peluang pelaburan hartanah yang boleh kita jangkakan semasa dan selepas wabak ini? Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli atau menjual hartanah? Semua soalan hartanah anda akan terjawab di bawah.
Covid-19 telah melemahkan prospek pertumbuhan global dengan begitu ketara. Bukan sahaja kerana ia penyakit yang mudah berjangkit dan tersebar dengan cepat merentas negara, tetapi juga kerana banyak perniagaan terpaksa ditutup akibat pelbagai langkah membendung penularan.
Berikutan dengan ketidakpastian yang diburukkan lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasaran hartanah Malaysia dijangka akan menghadapi pengecutan dalam beberapa bulan akan datang dari segi jumlah dan nilai urus niaga. Harga rumah berkemungkinan besar akan turun akibat keadaan ini, menandakan ada peluang membeli atau melabur dalam pasaran perumahan.
PENGAJARAN 1: Penurunan harga rumah TIDAK semestinya menjadikan rumah lebih mampu dimiliki
Secara teori, penurunan harga rumah boleh membantu impian untuk memiliki rumah menjadi realiti, terutamanya bagi pembeli kali pertama. Ini kerana pada dekad yang lalu (sejak 2010), kita telah menyaksikan kenaikan harga rumah dengan pantas tanpa sokongan seimbang perkembangan ekonomi. Ini mengakibatkan kemampuan membeli rumah menurun di seluruh negara..
Sementara itu, pasaran perumahan negara turut terkesan oleh cabaran-cabaran lain seperti penawaran-permintaan yang tidak sepadan (dari segi produk, harga dan lokasi) serta faktor lain yang telah mengurangkan lagi kuasa membeli pengguna. Maka, kejatuhan harga rumah semasa Covid-19 mungkin menjadi tempoh “penyelarasan harga” dalam pasaran yang membantu merendahkan harga “kemasukan awal” bagi pembeli rumah.
Namun begitu, realitinya kejatuhan harga rumah tidak semestinya menjadikan rumah lebih mampu dimiliki. Ini kerana pasaran perumahan bukan satu-satunya sektor yang melalui penyelarasan disebabkan Covid-19. Sektor-sektor lain turut diselaraskan – contohnya kenaikan gaji mungkin di tahap lebih rendah atau kosong semasa krisis dan kadar pengangguran mungkin akan mencapai paras tertinggi yang dalam sejarah. Ini akan mengakibatkan kapasiti bayaran khidmat hutang isi rumah jatuh kepada paras negatif.
Bank juga mungkin akan mengetatkan lagi syarat pinjaman mereka untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko lebih tinggi, iaitu kemungkinan mungkir pembayaran balik pinjaman. Ini menyukarkan lagi pembeli rumah kali pertama untuk masuk ke dalam pasaran. Waktu sebegini lebih memihak kepada pembeli tunai berbanding mereka yang terpaksa berdikit-dikit membuat simpanan sebagai deposit dan kemudian mendapatkan pinjaman perumahan. Jom estimate berapa bulanan bayaran jika beli rumah https://www.mortgagecalculator.uk/
PENGAJARAN 2: Majoriti pemilik rumah kini lebih suka menyimpan daripada menjual
Walaupun pandemik ini telah membuka peluang baik kepada penjual yang bercadang menjual hartanah untuk mendapatkan wang pada waktu sukar ini, hanya mereka yang mempunyai kerja yang benar-benar selamat dan mempunyai “kecairan” kewangan yang baik akan mendapat manfaat daripadanya. Mereka yang berhadapan dengan ketidakpastian tentang bagaimana COVID-19 akan menjejaskan gaji mereka secara umumnya tidak berhasrat langsung untuk membeli mahupun melabur.
Tambahan pula, tidak semua pelabur dan pemilik hartanah bersedia menjual semasa krisis ini kerana kejatuhan harga bermakna rendahlah keuntungan mereka. Untuk perhatian, pasaran perumahan cenderung beroperasi dalam tempoh “menggila” yang menggantikan tempoh “ketidakaktifan”. Pelabur akan cuba memanfaatkan dan berdagang ketika pasaran sedang panas tetapi hanya berdiam diri dan menunggu harga meningkat ketika pasaran dingin.
Diisebabkan moratorium pinjaman 6 bulan oleh Bank Negara Malaysia, pelabur akan terus bertahan daripada menjual dan hanya akan berbuat demikian apabila pasaran kembali pulih. Kesedaran ekuiti negatif ini akan terus mendorong pelabur untuk tidak menjual, membawa kepada pengurangan penawaran rumah berharga rendah dalam pasaran. Siapa nak estimate berapa kelayakan mengikut income masing-masing boleh check kat sini https://www.mortgagecalculator.uk/affordability/
PENGAJARAN 3: Harga rumah tidak turun dengan cepat tetapi akan segera melonjak semula daripada penurunan yang sementara
Perlu dinyatakan bahawa pasaran perumahan negara cukup daya tahan terhadap penurunan harga. Sering kali, pemulihan yang pantas dapat dilihat dalam pasaran selepas krisis. Ini disebabkan oleh polisi pinjaman yang baik, sikap optimis terhadap pasaran daripada pembeli atas kenaikan modal masa depan daripada pelaburan hartanah serta peningkatan sentimen pasaran daripada pemaju.
Berdasarkan perkara-perkara ini, walaupun harga rumah mungkin akan jatuh sedikit semasa Covid-19, pasaran akan segera kembali kepada harga yang tinggi seperti sebelum ini dan menurunkan kemampuan membeli rumah. Ini bukan hanya disebabkan oleh permintaan terpendam daripada mereka yang tidak dapat memenuhi keinginan membeli semasa krisis, tetapi juga disebabkan oleh pelbagai skim pembiayaan dan rebat yang ditawarkan oleh pemaju.
Dari sudut sejarah, tempoh yang dicatatkan bagi kejatuhan harga rumah di negara ini adalah kurang berbanding dengan tempoh kenaikan harga. Malaysia telah mengalami 5 krisis ekonomi: Kemelesetan ekonomi awal 1990-an, Krisis Kewangan Asia, Gelembung Dot-com, Gelembung Harga Minyak dan Krisis Kewangan Global; di samping 3 wabak: Wabak Virus Nipah, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Wabak Selsema Babi di sepanjang tempoh 1990 – 2018 (Rajah 2).
Apa yang menarik, harga rumah Malaysia hanya terkesan pada tahun 1998 dan 1999 yang dianggap sebagai kesan lanjutan langsung daripada Krisis Kewangan Asia 1997. Krisis lain nampaknya hanya menjejaskan sedikit sahaja harga rumah negara. https://www.mortgagecalculator.uk/amortisation/
PENGAJARAN 4: Sebilangan besar jenis hartanah tahan terhadap turun naik jangka pendek
Jika kita lihat lebih dekat lagi setiap jenis hartanah (teres, bertingkat tinggi, berkembar, rumah sesebuah), krisis ekonomi ini kelihatannya tidak begitu mempengaruhi harga rumah (Rajah 3). Harga rumah di negara ini hanya jatuh dengan ketara disebabkan Krisis Kewangan Asia 1997 dengan penurunan tertinggi dicatatkan oleh rumah sesebuah pada 13.6%; sementara hartanah lain menurun kurang daripada 10%.
Sebaliknya, harga bagi hartanah bertingkat tinggi lebih sensitif kepada krisis ekonomi. Sebarang kelambatan pertumbuhan ekonomi boleh menyebabkan ledakan pantas kepada keyakinan pelabur yang kemudiannya ditunjukkan dalam kejatuhan harga hartanah.
Berdasarkan hal di atas, harga bagi hartanah bertingkat tinggi dan hartanah mewah berkemungkinan akan mengalami penurunan dalam setengah tahun pertama 2020, dan unit tidak terjual bagi hartanah jenis ini pastinya akan meningkat, lalu menghilangkan imbangan yang telah dicapai melalui Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019.
Dalam kes rumah teres, kenaikan harga yang sederhana dijangka berlaku disebabkan keyakinan kukuh terhadap pulangan keuntungan di kalangan pelabur. Ini digambarkan dengan baik dalam tahun 2018 apabila harga rumah teres masih mencapai 6.7% kenaikan berbanding dengan rumah bertingkat tinggi (-0.9%) dan rumah sesebuah (-1.4%) meskipun berlakunya penawaran-permintaan tidak sepadan yang serius yang meningkatkan unit tidak terjual dalam tahun tersebut. https://www.mortgagecalculator.uk/overpayment/
PENGAJARAN 5: Kesan Covid-19 tidak begitu teruk kepada pemaju perumahan
Walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang kuantum dan kos ekonomi akibat daripada Covid-19, anda perlu tahu bahawa pasaran menjunam yang berlaku semasa Krisis Kewangan Asia mungkin tidak akan berlaku lagi kerana punca utama krisis amat berbeza. Dalam tahun 1997, sektor kewangan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan kerana mereka kekurangan kecairan disebabkan oleh kelemahan dalam sistem.
Tetapi kos ekonomi yang kita hadapi hari ini hampir pasti berkaitan dengan aktiviti ekonomi yang lemah, sentimen pasaran hartanah yang lemah dan garis panduan yang diperketatkan bagi bank, yang semuanya mengurangkan bilangan penjual dan pembeli dalam pasaran dengan ketara.
Juga, pengecutan pasaran yang disebabkan oleh Covid-19 berkemungkinan tidak seteruk yang dialami semasa Krisis Kewangan Asia – kejatuhan sebanyak 47.6% dan 32.3% bagi jumlah dan nilai urus niaga. Ia lebih kepada penurunan yang boleh diuruskan yang menandakan pembetulan harga sihat dalam pasaran. Ini kerana sebelum pandemik (sejak 2015), pasaran perumahan negara telah menyaksikan trend penurunan bagi tempoh 4 tahun berturut-turut (Rajah 4).
Sepanjang tempoh ini, pertumbuhan pendapatan yang perlahan dan margin keuntungan yang berkurangan adalah norma bagi kebanyakan pemaju hartanah. Untuk terus berdaya saing di pasaran, pemaju telah menyelaraskan strategi perniagaan mereka bagi menyesuaikannya dengan fasa kemelesetan pasaran. Berhubungan ini, sebahagian besar pemaju dipercayai telah bersedia untuk menghadapi kesan Covid-19, bahkan mereka telah menyesuaikan diri dengan norma baru pada era pasca Covid-19.
Ini dibuktikan dengan mengkaji penyataan pemegang saham bagi setiap laporan tahunan syarikat pemaju hartanah (boleh dimuat turun daripada laman web Bursa Malaysia); yang menunjukkan pelbagai respons dan strategi operasi telah diambil oleh pemaju untuk terus bersaing dalam pasaran yang perlahan, termasuk (i) fokus kepada mengurangkan inventori sedia ada; (ii) melewatkan pelancaran projek baharu; (iii) fokus kepada fasa baharu projek sedia ada; (iv) fokus kepada produk yang sesuai untuk memenuhi kemampuan; (v) mengejar peluang memperoleh tanah dengan aktif; (vi) meneroka usaha sama yang berpotensi dengan pemilik tanah atau agensi kerajaan; dan (vii) menyesuaikan pelancaran baharu menuju Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
Selain itu, HOC 2019 berjaya membantu mengukuhkan keadaan aliran tunai bagi sebahagian besar pemaju. Pendedahan kepada penggearan diharapkan akan menjadi lebih terurus kerana pemaju mempunyai jualan belum dibil bagi menampung perniagaan mereka untuk sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun lagi. Atas dasar ini, kemungkinan bahawa Covid-19 boleh mencetuskan krisis hutang korporat di tengah-tengah tempoh kejatuhan harga hartanah dianggap lebih rendah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kisahemasputih.com/2022/02/5-pengajaran-penting-untuk-pelabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Hit By Omicron Wave New Cases Daily Will Reach 15 000 Says Kj

Covid 19 Malaysia Hit By Omicron Wave New Cases Daily Will Reach 15 000 Says Kj

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 243 hits
Malaysia is in the midst of a wave of Covid 19 Omicron variant infections and daily cases will reach 15 000 soon says Health Minister Khairy Jamaluddin Fully into the Omicron wave The cases will hit 15 000 soon There are still one million s...
Covid 19 Malaysia Ready To Move To Endemic Phase

Covid 19 Malaysia Ready To Move To Endemic Phase

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 312 hits
It has been more than two years since the Covid 19 pandemic started in Wuhan China and the world is getting tired of the various restrictions imposed affecting personal liberty and livelihood Therefore it is not surprising that people are d...
Sokongan Keluarga Malaysia Penting Kepada Pesakit Kanser

Sokongan Keluarga Malaysia Penting Kepada Pesakit Kanser

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 255 hits
Oleh SEMPENA Hari Kanser Sedunia hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit itu Dalam hantaran di laman Facebook...
Education Awareness Key To Preparing Malaysia For Endemic Covid 19 Health Experts Say

Education Awareness Key To Preparing Malaysia For Endemic Covid 19 Health Experts Say

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 214 hits
People are seen wearing protective masks as they walk along the Bukit Bintang shopping area in Kuala Lumpur on Oct 28 2021 Photo by Firdaus Latif Malay Mail KUALA LUMPUR Malaysia needs more education and awareness about living alongside Cov...
Malaysia Merekodkan Sebanyak 20 939 Lagi Penularan Covid 19 Kumulatif 2 996 361 Kes

Malaysia Merekodkan Sebanyak 20 939 Lagi Penularan Covid 19 Kumulatif 2 996 361 Kes

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Malaysia merekodkan sebanyak 20 939 kes penularan wabak Covid 19 yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2 996 361 kes Menerusi aplikasi Telegram rasmi Kementerian Kesihatan 0 56 peratus iaitu 118 kes yang dilaporkan ada...
Philippines Now Recognises Malaysia S Covid 19 Vaccination Cert

Philippines Now Recognises Malaysia S Covid 19 Vaccination Cert

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 191 hits
A group of Malaysians were stranded at Manila airport earlier today after the Philippines refused to recognise their MySejahtera vaccination credentials PETALING JAYA The Philippines has given recognition to Covid 19 vaccination certificate...
Faktor Penting Kendalikan Covid 19 Akibat Omicron Deteksi Dini Dan Isolasi Diri

Faktor Penting Kendalikan Covid 19 Akibat Omicron Deteksi Dini Dan Isolasi Diri

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 196 hits
Tingkat penyebaran varian Omicron yang tinggi mengharuskan percepatan tingkat penemuan kasus Dengan begitu upaya karantina bisa segera dilancarkan
Malaysia Approves Covid Vaccine From India S Bharat Biotech

Malaysia Approves Covid Vaccine From India S Bharat Biotech

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 215 hits
The Drug Control Authority has approved Bharat Biotech s Covaxin vaccine making it the eighth Covid 19 vaccine to be authorised in Malaysia Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said it has been granted conditional approv...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco