Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya


Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya 
Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya

Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi setiap individu. Namun begitu, masih ramai yang tidak yakin untuk membeli rumah terutama dalam keadaaan pendemik Covid yang masih belum pulih sepenuhnya. Situasi pasaran hartanah lembab terkesan daripada masalah Covid-19 membuatkan pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan sehinggalah pihak pemaju dalam membantu mempertingkatkan industri hartanah

Dalam tinjauan Kestabilan kewangan Bank Negara Malaysia pada separuh pertama 2021 menunjukkan peningkatan permintaan pembiayaan perumahan yang mana melepasi paras pra-pendemik. Ini menunjukkan industri hartanah sedang bergerak kearah fasa pemulihan. Tambahan pula dalam budget 2022 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan, kerajaan telah memperuntukkan 2 billion melalui Skim Jaminan Kredit perumahan bagi memudahkan rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap untuk memiliki rumah. Dengan cara ini dapat meningkatkan pemilikan rumah kerana rumah yang dibeli pada waktu ini akan meningkat berkali ganda pada masa akan datang dan ini membantu merancakkan pasaran hartanah


Perkara penting sebelum membeli rumah??
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, sangat perlu untuk mempertimbangkan aspek-aspek berikut:

Menyemak semula kemampuan kewangan.
Senaraikan semua bajet atau komitmen bulanan terlebih dahulu dan kurangkan kos yang tidak perlu. Daripada bajet ini barulah anda tahu berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk ansuran rumah



Kos tambahan yang terlibat
Ambil kira kos-kos lain yang terlibat seperti bayaran pendahuluan, yuran pemprosesan bank dan juga guaman bagi urusan SPA dan perjanjian pembelian rumah. Bagi mengurangkan beban untuk bayaran pendahuluan, kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat untuk mengeluarkan KWSP Akaun 2 bagi urusan pembelian rumah




Tentukan jenis rumah yang bersesuaian dengan gaji anda
Biasanya ini adalah soalan yang selalu ditanya oleh pembeli. Untuk menjawab persoalan ini, terdapat pelbagai kalkulator di internet yang boleh digunakan untuk mengetahui kelayakan jumlah pinjaman. Dengan ini memudahkan pembeli untuk mengetahui jenis rumah yang sesuai dengan budget mereka. Oleh itu sebelum membuat apa-apa pembelian rumah, adalah perlu untuk kita tahu bagaimana untuk membuat pengiraan pendapatan berdasarkan kemampuan kewangan kita supaya kita tidak akan terbeban dengan amaun bayaran yang akan dikeluarkan nanti.


Lokasi rumah yang ingin dibeli
Anda perlu kaji persekitaran rumah yang ingin dibeli. Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti Balai Polis, Sekolah, Masjid, hospital, stesen minyak dan kedai. Perlu dipertimbangkan juga jarak dengan tempat kerja. Selain itu kualiti alam sekitar dan kejiranan yang selamat juga penting bagi memastikan kita dapat hidup dengan tenang dan keselamatan terjamin




Semak kelayakan Skim Rumah Mampu Milik dan bantuan kerajaan
Di Malaysia, terdapat banyak Skim Perumahan yang ditawarkan samada oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah kediaman contohnya PR1MA, PPR,RUMAWIP dan Rumah Selangorku. Selain itu, jika anda adalah bumiputera, gunakan kelebihan untuk membeli hartanah yang mempunyai status lot bumiputera yang mana anda boleh dapat pengurangan harga rumah berdasarkan diskaun bumiputera





Fahami dokuman-dokumen Jual Beli Rumah dan Pinjaman Perumahan
Apabila berurusan dengan perkara yang sangat besar dan mustahak seperti hartanah, anda perlu pastikan segala dokumen yang terlibat telah dibaca dan disemak dengan teliti. Jadi adalah sangat disarankan supaya anda melantik peguam sendiri yang akan memastikan kepentingan anda terjaga. Antara dokumen yang terlibat dalam pembelian hartanah adalah seperti Letter of Offer, Sales and Purchase Agreement, Facility Agreement dan Memorandum of Transfer


Kesilapan lazim membeli rumah yang biasa terjadi
Membuat keputusan membeli rumah secara terburu-buru.
Sebelum membuat keputusan membeli rumah, senaraikan apa yang anda inginkan dan expectation dari rumah tersebut. Pembelian rumah adalah pelaburan yang paling besar dalam hidup anda. Jadi tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan dan kaji baik dan buruk rumah-rumah yang anda telah senaraikan


Tidak menyemak Skor Kredit terlebih dahulu
Laporan kredit dan skor kredit adalah dua bahagian yang penting jika anda ingin memohon kemudahan pinjaman untuk membeli rumah. Anda perlu menyemak keduanya unutk memastikan status kredit anda tiada masalah. Biasanya bank akan merujuk kepada laporan CCRIS yang mana memberi gambaran keseluruhan tentang status kewangan anda. Nilai skor kredit yang baik bagi CCRIS meningkatkan peluangb anda untuk mendapatkan pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik serta pinjaman akan lebih cepat diluluskan





Mengambil pinjaman yang melebihi kemampuan
Jika laporan kredit anda baik, bekemungkinan bank akan menawarkan pinjaman yang lebih tinggi daripada apa yang anda perlukan. Anda haruslah bijak dalam memilih dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang diberikan. Ambil pinjaman yang perlu sahaja agar tidak terlalu terbeban dengan ansuran bulanan





Tidak mengkaji lokasi dan kejiranan rumah yang ingin dibeli.
Luangkan masa untuk melihat kejiranan, suasana dan kemudahan yang ada di kawasan tersebut. Ini bagi memastikan Kawasan tersebut sesuai dengan cara hidup anda dan ianya selamat untuk dihuni


Akhir sekali saya ingin tekankan adalah hampir mustahil untuk mencari rumah yang sempurna. Elakkan terlalu berharap rumah yang terbaik dan akhirnya bertangguh untuk membeli rumah. Tidak salah jika perlu berkompromi dengan ciri-ciri tertentu yang anda inginkan. Apa yang penting, buatlah pilihan yang terbaik




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2022/02/perkara-penting-sebelum-membeli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 252 hits
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini Bila bercakap tentang isu beli rumah rata rata antara kita memang dah lama teringin nak ada rumah sendiri Memiliki rumah sendiri ini sudah menjadi impian semua orang kerana punya kediaman per...
Hal Hal Yang Penting Diketahui Sebelum Coba Reusable Cotton Pad

Hal Hal Yang Penting Diketahui Sebelum Coba Reusable Cotton Pad

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 143 hits
Kebayang nggak sih berapa banyak kapas yang terbuang tiap bersihin muka
Jho Low Buat Keputusan Penting Dalam Tia Sebelum Jadi 1mdb Mahkamah As Diberitahu

Jho Low Buat Keputusan Penting Dalam Tia Sebelum Jadi 1mdb Mahkamah As Diberitahu

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 161 hits
Tim Leissner berkata Jho Low pernah menjadi penasihat Sultan Terengganu pada 2009 PETALING JAYA Ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low memainkan peranan penting dalam Pihak Berkuasa Pelaburan Terengg...
Terfikir Nak Refinance Rumah Baca Artikel Penting Ini

Terfikir Nak Refinance Rumah Baca Artikel Penting Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 173 hits
TERFIKIR NAK REFINANCE RUMAH BACA ARTIKEL PENTING INI Covid 19 yang melanda seluruh dunia membuatkan ramai dikalangan mereka yang berpendapatan terjejas akibat dari pandemik tersebut Ini menyebabkan ada diantara mereka yang terjejas teruk d...
Nak Kuarantin Sendiri Di Rumah Ini Senarai Ubat Penting Perlu Ada

Nak Kuarantin Sendiri Di Rumah Ini Senarai Ubat Penting Perlu Ada

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 154 hits
Setiap hari ada sahaja rakan rakan terdekat dan saudara mara yang dijangkitkan Covid 19 Semuanya kerana penangan varian Omicron yang membimbangkan di negara kita Semalam sahaja kes harian di negara kita sudah melebihi angkat 30 ribu Membimb...
Lelaki Menyamar Jadi Wanita Pecah Masuk Rumah Sebelum Dicekup Orang Awam

Lelaki Menyamar Jadi Wanita Pecah Masuk Rumah Sebelum Dicekup Orang Awam

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 195 hits
Foto deasoka com Lelaki menyamar jadi wanita pecah masuk rumah sebelum dicekup orang awam Tawau Seorang lelaki menyamar menjadi wanita selepas memecah masuk sebuah rumah dicekup orang awam dalam kejadian di Taman Ria Height Fasa 1B Jalan Ut...
Panduan Membeli Rumah Semasa Covid 19

Panduan Membeli Rumah Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 167 hits
Panduan Membeli Rumah Semasa Covid 19 Salam semua sejak Covid 19 menular masuk Malaysia dah nak hampir 3 tahun ramai yang berhati hati dalam urusan pembelian rumah Bukan apa disebabkan Covid 19 industri hartanah tempatan pun kena tempias Se...
Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda

Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda Sudah menjadi lumrah kehidupan yang mana bila kita dah dapat kerja tetap mesti kita akan merancang untuk membeli kereta dan jugak rumah Betul tak Jadi entri...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever