Sedekah Ikut Jumlah Hari Amalan Terbaik Mak Ayah Ketika Anak Periksa


Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak.

Apa mak ayah boleh lakukan? Salah satunya adalah bersedekah sepanjang hari peperiksaan anak. Tip ini dikongsikan oleh Guru Cemerlang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff di akaun Facebooknya baru-baru ini.
“Terdapat lima amalan terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa sepanjang anak-anak menduduki peperiksaan.
“Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang,” ujarnya.

1) Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud: “Ya ALLAH, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah dan engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan) itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni & Ibnu Hibban
Semasa bacakan doa ini, niatkan dalam hati supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh ALLAH untuk memberikan jawapan yang terbaik.

2) Sedekah mengikut jumlah hari peperiksaan
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika jumlah hari peperiksaannya tujuh hari maka infaq yang dilakukan juga tujuh kali.
Jumlah tidak semestinya banyak sebaliknya sedekahlah mengikut kemampuan. Ingat, jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupa niatkan sedekah ini atas nama anak dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting, mohon ALLAH kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3) Baca al-Quran
Saya pernah kongsikan satu kisah di mana seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan. Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat suci al-Quran tanpa henti dan antara surah yang dibaca ialah surah Yasin.
Akhirnya usaha itu memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya iaitu dari 1A semasa percubaan melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar. Kuasa ALLAH, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari ALLAH, kerana ALLAH itu Maha Berkuasa untuk tunaikan permintaan kita. Sungguh tidak ada yang mustahil bagi Ya Rabb.

4) Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran. Boleh juga belikan air minuman dan kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Kemudian, tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka dan layani dengan perkara yang anak-anak ini suka. Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5) Puasa dan solat hajat
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan bapa. Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat.
Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan malah urusan lain juga ALLAH permudahkan. Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu bapa sedang meredai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Daripada reda ibu bapa, anak-anak akan mendapat reda ALLAH dan ini adalah resipi sebenar kejayaan seorang anak.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Se
lera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Ustazah Aminah Mat Yusoff
The post Sedekah Ikut Jumlah Hari, Amalan Terbaik Mak Ayah Ketika Anak Periksa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sedekah-ikut-jumlah-hari-amalan-terbaik-mak-ayah-ketika-anak-periksa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Matikan Soalan Anak Tentang Seksual Mak Ayah Jawablah Dengan Berilmu

Elak Matikan Soalan Anak Tentang Seksual Mak Ayah Jawablah Dengan Berilmu

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 134 hits
Bila anak bertanyakan tentang seksualiti seperti bercium dan sebagainya mak ayah jangan matikan begitu sahaja ayat anak Sebaliknya usahakan untuk menjawab dengan baik dan berilmu Malah menurut Penulis Keibubapaan Pn Wan Nur Syakira jawablah...
Nak Bawa Anak Tunai Umrah Ini Tip Penting Mak Ayah Perlu Tahu

Nak Bawa Anak Tunai Umrah Ini Tip Penting Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 114 hits
Berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak anak sememangnya pengalaman yang paling dinantikan oleh semua mak ayah Namun ia tidaklah semudah yang disangka Banyak persiapan dan kesabaran yang perlu ada sepanjang berada di sana Bagi mak a...
Mak Mak Nak Pecahkan Telur Kena Beringat Risau Terjejas Kesihatan Anak Anak

Mak Mak Nak Pecahkan Telur Kena Beringat Risau Terjejas Kesihatan Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 120 hits
Ketika hendak cepat memasak di rumah adakalanya kita terlepas pandang Jangan sekali sekali memecahkan telur terus ke dalam kuali ada baiknya mak mak pecahkan dahulu di dalam mangkuk Sebab apa Banyak kemungkinan yang dikhuatiri melibatkan te...
Ibu Sempat Tolak Anak Sebelum Dirempuh Keretapi Ulang Alik Hantar Anak Ke Sekolah Setiap Hari

Ibu Sempat Tolak Anak Sebelum Dirempuh Keretapi Ulang Alik Hantar Anak Ke Sekolah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 171 hits
Tragedi menghayat hati seorang ibu yang maut dan anak lelakinya yang digilis kereta api ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas Putatan Sabah semalam menyorot perhatian ramai Mangsa yang maut dirempuh kereta api Allahyarham Len...
Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 189 hits
Pempengaruh media sosial Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya Han dan Yuki di dalam jagaannya Menerusi Instagramnya Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak an...
Ibu 2 Rakan Tendang Anak Dipenjara 14 Hari

Ibu 2 Rakan Tendang Anak Dipenjara 14 Hari

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 213 hits
Ho Kit YenNur Adriana Mysara Nazri Adibah Zaini dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman turut dikenakan denda RM10 000 selepas selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu Tiga wanita itu masing masing dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan ...
Awas Anak Jatuh Terlentang Periksa 18 Tanda Bahaya Ni

Awas Anak Jatuh Terlentang Periksa 18 Tanda Bahaya Ni

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 149 hits
Jangan ambil kisah Sebagai ibu bapa anda perlu mengenal pasti tanda bahaya bila anak jatuh terlentang jatuh kepala belakang atau depan yang boleh mengakibatkan berlakunya gegaran otak Gegaran otak adalah kecederaan otak traumatik ringan yan...
Ini Cara Terbaik Cuci Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit Bukan Hanya Bilas Guna Air

Ini Cara Terbaik Cuci Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit Bukan Hanya Bilas Guna Air

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 156 hits
Tahukah anda ibu bapa perlu mencuci dan mensteril botol susu anak dengan betul sehinggalah mereka berusia 12 bulan Tetapi ramai yang terlupa bukan botol susu sahaja yang perlu dibersihkan Jangan lupa gunakan berus cuci botol susu Malah beru...
Amalan Baik Mak Bapak

Amalan Baik Mak Bapak

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 286 hits
Penang PressMasa hantar anak aku ke sekolah tadi kelihatan seorang ayah berkain pelikat rambut panjang rock brader ni hantar dua anaknya juga Dua dua anak lelaki Lihat pada size badan anak tu aku anggarkan darjah 5 dan darjah 6 lah Besar da...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi