Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson


 Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort, Port Dickson-Alhamdulillah.Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort, PD. Hari ini baru berkesempatan update blog.Harap-harap teruslah saya bersemangat menulis di Blog.Rasa rugi bila teringat banyak peristiwa penting yang saya terlepas nak kongsi moment bahagia dan gembira tu sebagai kenangan dalam blog sendiri. Korang doakan ramai-ramai tau.
Gambar free style dengan rakan guru di sekolah.Diam tak diam dah masuk tahun ke -8 saya di sekolah ini.Teringat pengalaman saya memohon pertukaran melalui egTukar pada tahun 2017. Boleh baca kat sini : Pengalaman Berjaya Mohon egtukar ke Negeri Sembilan-
selfie selfot sebelum mesyuarat bermula.Masa ni tak ramai lagi kengkawan yang dah sampai.Bolehlah ambik mood dulu. Tema pakaian mesyuarat kali pertama kami bagi sesi 2025 ialah baju korporat dan tudung baby blue.Nice kann
Sebagai Guru, sebenarnya menjadi rutin kami untuk memulakan sesi persekolahan baharu dengan Mesyuarat Pengurusan.Ada sesetengah sekolah memilih untuk mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat di sekolah sedia ada. Ada juga yang seperti kami, memilih mengadakan mesyuarat di luar sekolah tetapi haruslah berkorban atau bersedia dengan bayaran tertentu.
Seingat saya, sejak Guru Besar baharu berpindah masuk, ini tahun ketiga kami bermesyuarat di luar.Sebelum ini bermesyuarat di Palm Mall, Seremban.Hotel yang kat sini lebih luas dan selesa.Cuma agak jauh bagi rakan-rakan guru yang menetap di area PD dan ke atas.Kalau saya pula di Bandar Springhill, mana-mana tempat pun ok, sebab lokasi rumah sekarang berada di tengah-tengah ke PD dan Seremban.
Ini pula gambaran dari sudut tempat duduk semasa mesyuarat dijalankan.Bilik mesyuarat ni agak sempit dengan bilangan guru semua sekali hampir 62 orang.Cumanya tulah, tetap selesa apabila kita duduk seharian dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tempat ber aircond dan makan pun agak sedapp.haha
Terima Sijil Penghargaan Bagi sesi 2024
Dalam mesyuarat kali pertama ini juga, kalangan guru yang menunjukkan kecemerlangan atau mencapai KPI unit masing-masing, telah diberikan sijil penghargaan. Alhamdulillah.Ada juga rezeki saya dan rakan-rakan satu team untuk mendapat penghargaan.hehehe.
Sijil penghargaan ini diberikan atas pencapaian cemerlang dalam mengurus fail, laporan dan aktiviti serta pencapaian yang telah dibuat oleh setiap unit di sekolah sama ada unit kurikulum, hal ehwal murid atau Ko Kurikulum. Ini saya bersama rakan guru penasihat dalam Unit Badan beruniform PPIM


Menerima Sijil Penghargaan bagi Kelab dan Persatuan Terbaik iaitu Kelab SPBT
Menerima Sijil Penghargaan Guru Pembimbing Terbaik bagi Pasukan Pantun sekolah.Alhamdulillah, tahun ini kami Johan Pantun Daerah PD dan dapat tempat ketiga Peringkat Negeri Sembilan.Cerita kejayaan manis ini saya kongsikan dekat sini : Pasukan Pantun Sekolahku Menang Bergaya
Selain kongsi cerita mesyuarat dan dapat sijil penghargaan, jangan dilupa ya tugasan yang menanti untuk sesi 2025.Mesti korang ingat jadi cikgu ni mengajar sahaja kann.hihi.Netizen sekarang ni macam-macam dakwanya tau

Bagi sesi 2025, saya masih lagi memikul tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Sejarah, Penyelaras Unit SPBT, dan perubahan daripada menjadi AJK Kelab Permainan Bola Sepak, tahun ini kena jadi Setiausaha. Jangan pandang saya sebelah mata okey.kihkih

Saya ada kongsikan pengalaman saya bila tahun pertama di sekolah ini, saya menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak sekolah saya.Masa tu, cikgu baru.Kita ikut jelah apa yang diarahkan. Boleh baca pengalaman saya jadi Manager Kelab Bola Sepak JDT  kat sini : Pengalaman Jadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Sekolah
Saya masih lagi mengajar subjek Sejarah bagi kelas tahun 4 dan 5 dan Bahasa Melayu bagi kelas tahun 1 dan 2. Kalau ikutkan dari tahun pertama saya posting di KL, mengajar kelas tahun 1 macam dah sebati dengan diri saya. Mak-mak sangat kan.Padahal depa tak tahu, kadang kita ni lebih budak dari budak kalau dengan suami sendiri .haha. 
Oklah.Sampai sini dulu.Lain kali cerita lagi.heh

Cik Matahariku,Sukai apa yang Engkau dapat, Jika Engkau tak dapat apa yang Engkau sukai..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/02/mesyuarat-guru-kali-pertama-tahun-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikmati Kelazatan Kibas Golek Di Buffet Ramadan Merentasi Tradisi Klana Beach Resort Port Dickson 2025

Nikmati Kelazatan Kibas Golek Di Buffet Ramadan Merentasi Tradisi Klana Beach Resort Port Dickson 2025

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 236 hits
Buffet Ramadan 2025 di Klana Beach Resort Port Dickson Bulan Ramadan semakin hampir dan ini peluang terbaik untuk menikmati buffet berbuka puasa dengan suasana tepi pantai yang menenangkan Buffet Ramadan Klana Beach Resort 2025 menjanjikan ...
Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 316 hits
Bulan Ramadan semakin tiba sekejap je masa berlalu kan tapi qaseh eksited untuk bertemu kembali bulan yang mulia ini selain untuk beribadah tidak sabar juga untuk berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang Disebabkan itu qaseh ingin...
Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 169 hits
Rezeki Tahun Baru Berita baik untuk rakyat perubahan tarif elektrik pada Julai nanti tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah Jadi tak perlu risau keperluan asas anda tetap terjaga Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Mente...
Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 725 hits
nbsp Buffet Ramadan Johor 2025 kali ini di LEGOLAND MALAYSIA RESORT yang menampilkan lebih 150 hidangan FLAVOURS OF NUSANTARA bermula dari 7 Mac hingga 28 Mac 2025 dari jam 6 10 malam Antara menu mkanan yang korang boleh cuba ialah asam ped...
Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025 Hari tu masa saya tengok igstories Neelofa dia ada share list preparation beliau sebelum tiba Ramadan Sebenarnya sharing tu daripada fol...
10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 293 hits
Dalam dunia automotif yang semakin berfokus pada kelestarian dan pengurangan jejak karbon kereta elektrik telah menjadi pilihan utama bagi ramai pengguna Pada tahun 2025 pasaran EV dipenuhi dengan pelbagai model yang menawarkan prestasi tin...
Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum Bestnya Dapat Handbeg dan Purse Baharu Alain Dellon di Tahun Baru 2025 Alhamdulillah Maha baiknya Allah kat saya yang serba berdosa ni haih Memang ada terfikir nak tukar handbeg baru sebab handbeg sedia ada dah nampak kusam ...
Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 470 hits
Pada 7 Januari lalu saya bawa Jojo si anak bulu berjumpa doktor sebab sakit entrinya Alhamdulillah selepas itu Jojo kembali sihat sepenuhnya dan berubah jadi kuat makan Pagi tadi sekali lagi saya bawa Jojo berjumpa doktor untuk suntikan vak...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Valvoline Oil Change Price In 2025 Definitive Guide