Panduan Amalan Ternakan Ayam Penelur





PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN
Panduan Pengurusan
Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang berkaitan
Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja
Kawalan dan Jaminan Kualiti
Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik..
Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan tidak menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta perebakan penyakit.
Menyediakan program kepastian kualiti
Mengendali Ayam dan Telur
Memungut telur beberapa kali sehari
Menyimpan telur yang bersih berasingan dari yang kotor dan pecah.
Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian telur dipastikan bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan.
Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan bersih. Ruang menggred telur dicuci selepas selesai kerja pada hari berkenaan.
Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang bersih, bersuhu rendah dan ventilasi yang baik.

Rekod Ladang
Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian vaksin, pengeluaran telur, gred telur dan lain-lain). Rekod-rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.Memantau PrestasiMenyediakan norma-norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan pengurusan menilai kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.(index productivity)KESIHATAN TERNAKAN
Program Kesihatan
Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya dengan betul.Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktirafProgram kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa.Kawalan Penyakit
Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria),Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.
Biosekuriti
Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan melaksanakannya dengan betul.Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurnaSeluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya dengan ‘chain link’ dan diselelenggara baikMewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladangMenyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan perlaksanaan kerja sucihama yang berkesanMenyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuritiHanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja digunakan.Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.
Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahanPeraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja.
Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu.Ubatan, Racun dan Bahan Kimia
Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.
Vaksin dan Program Pemvaksinan
Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan melaksanakannya dengan betulProgram pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.Vaksin disimpan. dikendali dan diguna mengiukut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.Baki vaksin yang telah dighuna tidak digalak diguna oleh kerajaan sahajaMenggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.Memantau keberkesanan pemvakasinan yang dijalankan.Sucihama
Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk.Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali digunakan dan menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum diguna semula.Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat.

SANITASI

Kebersihan
Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan premis.Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam kawasan ladang.Menyelenggara baik sistem saliran ladang.
Pelupusan Sisa Ladang
Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna ( ditanam di dalam lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar di tempat bertutup, dikompos).Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan sumber air
KAWALAN MAKHLUK PEROSAK
Protokol Kawalan

Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan diperbaiki jika perlu.Binaan Reban dan SetorMembina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis tikus.Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal burung dari memasuki ke dalam reban dan setor, saiz dan pemasangannya mempastikan burung tidak boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala dibuat untuk mementukan ianya sentiasa berkeadaan baik.Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan ladang yang menarik tikus dan burung membuat sarang.
Tumbuhan dan Pokok
Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban. Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran dengan reban diselenggara baik.
Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput dalam jarak 30 meter dari kawasan reban supaya tidak melebihi 15 sentimeter bagi mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-kurangnya dalam jarak 90 sm. di sekeliling reban.
Kawalan Tikus
Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.

KAWALAN PENCEMARAN
Kawalan Lalat
Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini.Kawalan Bau
Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran.Kawalan Habuk
Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.Pencemaran Bunyi
Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA
Pengurusan Ternakan
Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan, penangkapan dan pengangkutan.
Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupiSesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masaMempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang memudaratkan kesihatanSuhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat pembesaran ayamSetiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai dengan peringkat pembesaranSetiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannyaMengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem ventilasi yang baikMenyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada kenderaan yang mengangkut ayamPengurusan Ventilasi
Memantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Paras gas hendaklah seperti berikut:
Gas ammoniadi bawah 20 ppmGas karbon monosidadi bawah 40 ppmGas karbon dioksidadi bawah 0.3%Gas oksigendi atas 16%Gas hidrogen sulfidadi bawah 5 ppmKemudahan Pekerja
Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.
Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang
Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

Visit: Wansite
Kredit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2022/12/panduan-amalan-ternakan-ayam-penelur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Ternakan Itik

Panduan Ternakan Itik

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 131 hits
PENDAHULUANMenternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandin...
Kos Meningkat 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

Kos Meningkat 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 210 hits
BANGI Sehingga bulan Januari tahun ini dilaporkan 25 peratus daripada sejumlah penternak ayam di negeri ini terpaksa gulung tikar Ia berikutan beberapa masalah melibatkan kos yang tidak mampu lagi ditampung oleh penternak berkenaan Sehubung...
Digerebek Polisi Penjudi Sabung Ayam Di Demak Kocar Kacir Tinggalkan 104 Motor

Digerebek Polisi Penjudi Sabung Ayam Di Demak Kocar Kacir Tinggalkan 104 Motor

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 156 hits
Ratusan warga berlari berhamburan ketika mengetahui arena judi sabung ayam di Kecamatan Dempet Kabupaten Demak digerebek aparat gabungan Polres Demak Ratusan sepeda motor ditinggal di lokasi oleh pemiliknya
Ayam Panggang Kuali

Ayam Panggang Kuali

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum WBTDUA hari ini Pak Inche bertugas di Festival Jom Heboh Johor 2022 Kalau sebelum ini Jom Heboh di adakan di Padang Angsana Mall kali ini ia bertukar lokasi di Puteri Habour bagi memberi laluan kepada Karnival Kraf yang mung...
Harga Telur Ayam Meroket Jelang Libur Natal Tembus Rp30 700 Per Kg

Harga Telur Ayam Meroket Jelang Libur Natal Tembus Rp30 700 Per Kg

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 185 hits
Mendag mengungkapkan melonjaknya harga telur ayam tersebut disebabkan oleh meningkatnya permintaan dari masyarakat Khususnya jelang perayaan Nataru
Mendag Kenaikan Harga Telur Ayam Jadi Rp30 700 Per Kg Masih Wajar

Mendag Kenaikan Harga Telur Ayam Jadi Rp30 700 Per Kg Masih Wajar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 162 hits
Lonjakan harga telur ayam Rp30 700 per kg disebabkan oleh meningkatnya permintaan dari masyarakat selama Nataru Adapun harga eceran tertinggi bahan pangan tinggi protein tersebut sebesar Rp 22 000 per kg
Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah

Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 154 hits
Baca GAMBAR LOKASI Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah Bila cuti sekolah je automatik otak saya bekerja lebih di mana kena memikir menu kat rumah sebab tenghari ada manusia nak makan Haha tapi syukurlah masih ada yang dekat depan mata Yan...
Pemuda Tepergok Selipkan Sabu Dalam Daging Gulai Ayam Untuk Dipasok Ke Lapas

Pemuda Tepergok Selipkan Sabu Dalam Daging Gulai Ayam Untuk Dipasok Ke Lapas

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 115 hits
Tiga paket kecil sabu itu memiliki berat sekitar 5 gram Pemuda pembawa gulai ayam isi sabu itu tidak bisa berkutik lagi Dia harus berurusan dengan kepolisian dengan temuan itu
630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Mesyuarat pertama Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu ayam termasuk bekalan ayam dan telur di pasaran yang sehingga kini belum ditangani sebaiknya Media sejak beberap...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint