Panduan Ternakan Itik






PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
mempunyai daya hidup yang tinggibebas dari kecacatanpenghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)menghasilkan telur yang berkualitiberat antara 65 – 75 gm sebijikulit telur adalah keraswarna kuning telur kemerah-merahansaiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kgruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itikSaiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.PERALATAN
Induk palsu antaranya:
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)Sarang bertelurLain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainyaPEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
Makanan komersilMakanan campuran sendiri1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur


Jenis Makanan


Kandungan
Protin
Tenaga
0 – 2 minggu“Duck Starter”20 %
2700-3000
2 – 3 minggu“Duck Starter” dicampur “Duck Grower”–

4 – 16 minggu“Duck Grower”16 %
2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur“Layer”17 %
2600 – 2900
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur
0 – 4 minggu1.2 kg. – 1.6 kg.5 minggu – 22 minggu11.0 kg – 11.8 kg22 minggu ke atas (semasa bertelur)160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hariBagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
Menjaga kebersihan ladang setiap masaMemberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulatMemberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takaiMencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baruMenghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telurItik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kakiJika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
Persediaan sebelum ketibaan anak itikPemeliharaan semasa perindukanPengurusan semasa membesarPengurusan semasa bertelurPersediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.Pemeliharaan Semasa Perindukan
Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.Beri antistress selama 3 hari.Beri makanan duck starter crumble tanpa hadPembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.Pengurusan Semasa Membesar
Keluarkan alat pemanas dan pembentungTukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besarAlas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa keringBeri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/clTimbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur samaBagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rataPungut telur setiap pagi sebelum diberi makanSemak keperluan cahaya mengikut umur itikPENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
Rekod pemeliharaan/pengurusanRekod kewanganANALISA MARGIN KASARPROJEK TERNAKAN AYAM PENELURUNTUK SATU PUSINGANBilangan ayam sepusingan100,000ekorKadar kematian sepusingan15%Kemasukan anak ayam dara (pullet)100000ekorBilangan ayam penelur pada minggu ke 7285000Purata pengeluaran telur75%Tempoh pengeluaran telur52mingguKadar Penggunaan makanan ayam penelur0.108kg/ekor/hariPerkaraUnitHarga/ UnitKuantitiRM/PusinganHasilJualan telur ayambiji0.1927,375,000.005,201,250.00Jualan ayam tuaekor3.0085,000.00255,000.00Jualan tinjabag2.5078,000.00195,000.00Jumlah Hasil5,651,250.00Kos Berubah 1Makanan penelurkg1.043,931,200.004,076,654.40Ayam dara (pullet)ekor10.41100,000.001,041,392.66Jumlah Kos Berubah 15,118,047.06Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil – Jumlah Kos berubah 1)533,202.94Kos Berubah 2Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin(RM 0.03 /ekor)3,000.00Elektrik + Air(RM 0.4 / ekor)40,000.00Upah/Gaji( RM 2.10 / ekor)210,000.00Pembaikan dan senggaraan25,000.00Pelbagai10,000.00Jumlah Kos Berubah 2288,000.00Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos Berubah 2)245,202.94
Visit: Wansite
Kredit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2022/12/panduan-ternakan-itik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Amalan Ternakan Ayam Penelur

Panduan Amalan Ternakan Ayam Penelur

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 269 hits
PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATANPanduan PengurusanMenyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan ternakan pemberian makanan dan air minum pengurusan reban vaksinasi penggunaan dan penyelenggaraan peralatan pengurusan kesi...
Cara Solat Dhuha Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

Cara Solat Dhuha Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 264 hits
Berikut panduan lengkap cara solat sunat Dhuha dan cara bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam Solat Sunat Dhuha yang sering disebut sebaga...
Cara Sujud Sahwi Panduan Lengkap Beserta Video

Cara Sujud Sahwi Panduan Lengkap Beserta Video

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 177 hits
Cara sujud sahwi yang betul aku kongsikan dalam blog ni adalah panduan lengkap cara mengerjakannya beserta panduan video cara melakukan sujud sahwi Aku harap perkongsian ini dapat membantu korang untuk melakukan sujud sahwi ini Walaupun suj...
10 Panduan Paling Laris Sepanjang November 2022

10 Panduan Paling Laris Sepanjang November 2022

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera selamat hujung tahun Sekejap je kan dah nak habis tahun 2022 bulan depan nak masuk tahun 2023 pulak Katanya tahun hadapan ekonomi akan lebih mencabar Tapi setiap kali waktu waktu mencabar berlaku selaluny...
E Reporting Pdrm Sistem Repot Polis Online Panduan

E Reporting Pdrm Sistem Repot Polis Online Panduan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 211 hits
Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Portal e Reporting yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis Sistem e Repo...
Tips Panduan Melabur Dalam Aset Digital Yang Berpotensi Seperti Nucleus Token

Tips Panduan Melabur Dalam Aset Digital Yang Berpotensi Seperti Nucleus Token

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 214 hits
Nucleus Token adalah token yang dilahirkan di Malaysia pada 28 September 2022 oleh 11 anak muda yang begitu komited untuk mengembangkan komuniti pemegang aset digital kripto Nucleus Token ini ke seluruh dunia Nucleus Token adalah Token Mala...
Kacang Itik

Kacang Itik

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 253 hits
KACANG ITIK Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum semua PERTAMA KALI dengar tahu dan rasa Kacang itik Mula mula dengar terpinga pinga juga PC En suami ingat maknya buat lawak sebab masa tu abah mertua PC pu...
Panduan Kahwin Bajet

Panduan Kahwin Bajet

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 173 hits
Semua orang nak kawin diatas kayangan Pelamin ala ala cerita hindustan Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat dan disayang Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin 1 Kad kawin jangan tempah yang mahal kita saja sy...
Ustaz Ini Kongsi Panduan Ibadah Musim Banjir Manfaat Untuk Mangsa Banjir Dalam Situasi Terdesak

Ustaz Ini Kongsi Panduan Ibadah Musim Banjir Manfaat Untuk Mangsa Banjir Dalam Situasi Terdesak

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 147 hits
Setiap penghujung tahun mesti orang pantai timur tak lena tidur Bimbang memikirkan musim banjir yang melanda Kalau rumah di kawasan tanah rendah bersiap sedialah dan sentiasa berpada pada
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian