Pandangan Jawatankuasa Khas Untuk Selamat Melayu Dan Islam Perlu Ditubuh Segera


Oleh:Mohd Sayuti Omar


SEBAB utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibenci dan diusahakan supaya tumbang kerana ia dianggap kerajaan yang ditunggangi oleh Cina DAP. Kononnya kerajaan PH kerajaan Cina bukannya kerajaan Melayu. Kerajaan PH itu telah membelakang hak-hak Melayu dan juga telah menindas (mempertikaikan) peremis Islam.

Itulah hujah atau modal dimainkan kenapa kerajaan PH perlu diguling. Hujah itu dijual dan dilacurkan kepada orang Melayu. Dan Melayu bukan sahaja di kampung-kampung di desa-desa, di kuala dan di hulu, tetapi Melayu di bandar tergolong dalam cerdik pandai dan bermaklumat juga termakan sama.

Tuduhan itu merupakan propaganda berzat yang mudah diterima dan makan oleh Melayu yang jumud dan rasis dan tidak mahu berpijak di bumi nyata, enggan menerima hakikat negara ini majmuk. Politik ala Malaysia dibangunkan sejak berdekad lalu, musnah begitu sahaja.


Orang Melayu mudah terima segala propaganda itu kerana mereka buat pertama kali kehilangan kerajaan UBN, yang mereka mitoskan sebagai kerajaan Melayu yang banyak membantu mereka. Yang mereka anggap UBN kerajaan keramat yang tidak boleh ditumbangkan. Walhal kerajan UBN dahulunya Perikatan dibangunkan atas muafakat kaum, yang kemudian menjadi alat elit untuk menyangak kekayaan negara.

Mereka sengaja melupakan realiti ini kerana sudah terbius dengan dakyah, apa lagi dakyah itu dilumuri dengan elemen agama diwangikan dengan attar dan setangi cap Kaabah.

Kerajaan Cina sudah tiada.

Hari ini kerajaan PH yang dianggap kerajaan Cina itu sudah tidak ada lagi. Yang ada kini kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan seminggu lalu. Kerajaan hari ini bukan kerajaan Cina DAP lagi. Tidak ada seorang ahli parlimen DAP pun menganggotai kabinet dibentuk Muhyiddin Yassin itu. Dua atau tiga orang Cina yang diambil sebagai anggota kabinet bukan "berbangsa DAP". Mereka percaya bahawa Cina itu berbeza sifat, perangai dan budaya dengan Cina DAP.

Maknaya, kerajaan hari ini perlu bertindak untuk menguatkan semula Melayu yang dikatakan sudah tergadai dan terhakis selama 22 bulan lepas. Kerajaan baru diharap bangkit membela Melayu seoptiumnya, bagi merealisasikan aspirasi rakyat yang didakwa itu.

Kita berharap semua tuduhan terhadap kerajaan PH yang menghakiskan kuasa Melayu dan menindas Islam disenaraikan satu persatu. Kita mahu ia dijelas dan dikemukakan kepada rakyat dan umum. Jangan sahaja semua dakwaan itu bersifat persepsi dan tuduhan sebaliknya bentanglah secara fizikal.

Misalnya senarai dan jelaskan berapa banyak aset-aset utama Melayu sudah dijual atau tergadai selama 22 bulan lalu. Turunkan buitran pencapaian dan perubahan mendadak ekonomi dan kepentingan bangsa Cina berbanding dengan Melayu selama 22 bulan lepas.

Senaraikan juga berapa individu Cina menguasai Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan menduduki posisi strategi dalam kementerian-kementerian itu.

Senaraikan satu persatu apa-apa perkara dan asepk menyebabkan Melayu tertindas dan terancam serta terkelakang daripada kaum Cina. Senaraikan juga apa-apa perubahan dan tindakan drastik kerajaan PH lakukan untuk Cina.

Kita akan perhati dan menilai kesemua senarai itu dan meneliti apakah ia benar atau sebaliknya.

Jangan lupa senaraikan penindasan dilakukan oleh kerajaan PH terhadap Islam. Apakah kerugian dan kekurangan Islam sepanjang 22 bulan lepas berbanding sebelum ini. Adakan peraturan dan pembangunan syiar Islam berkurangan atau dipotong selama 22 bulan lepas. Apakah kekurangan kouta peserta Haji disebabkan kerajaan PH?

Dedahkan secara forensik penjualan aset-aset Melayu seperti dalam Tabung Haji yang didakwa itu untuk disemak dan diauditkan. Atau kalau perlu untuk dilihat isu itu serius bentangkan kertas putih mengenai penindasan terhadap Melayu dan Islam oleh kerajaan PH di parlimen.

Jawatankuasa khas.

Dalam pada itu kerajaan PN hendaklah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani segala permasalah disebut itu. Jawatankuasa itu hendaklah dianggotai atau melibatkan kementerian-kementerian, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama dan Ekonomi), Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan lain-lain difikirkan perlu.



Jawatankuasa ini hendaklah bertanggungjawab menyelesai dan mengatasi segala masalah yang dijaja itu. Keperluan menyelesaikan masalah ini lebih penting daripada fokuskan kepada ekonomi kerana jika maasalah disebut dan didakwa itu tidak selasai, ia tidak akan mewujudkan keadaan kondusif kepada negara dan suasana itu membawa kesan buruk kepada percambahan ekonomi juga.

Kita beri tempoh tiga bulan untuk mengatasi segala masalah itu dan Jawatakuasa Khas peringkat kabinet itu perlu ditubuhkan segera.

Kerajaan hari ini jangan main-main dengan segala tuduhan itu, apa lagi cuba menarik balik dengan menukar nada dan konotasi. Mereka kini sudah jadi kerajaan.

Sekiranya semua dakwaan, kebimbangan itu memang wujud tetapi gagal diatasi ia adalah kegagalan dan kelemahan kerajaan hari ini. Kegagalan itu menyebabkan kerajaan hari ini yang dibentuk dengan suatu pencurian kuasa, sia-sia sahaja. Keupayaan mengatasi juga menguji keupayaan kerajaan supremasi Melayu-Islam.

Kegagalan mengatasi segala masalah dan kebimbangan itu juga menyebabkan orang akan tuduh apa yang didakwa sebelum ini palsu dan retorik semata-mata, ia akan dianggap hanya dijadikan isu untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan PH yang dibentuk dengan mandat rakyat. Jangan hendaknya kerajaan PN disumpah berbakul-bakul. [wm.kl.11:15 am 13/03/2020]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/03/pandangan-jawatankuasa-khas-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Islam Rasa Lega Dan Selamat Muhyiddin Pm8

Melayu Islam Rasa Lega Dan Selamat Muhyiddin Pm8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 350 hits
Semasa PH menang seluruh rakyat rasa lega dari kleptokrasi lega dari GST Rupanya SERABUT soal ekonomi negara kos saraan manifesto rakyat boleh memahami dan sabar Tetapi apabila DAP SOMBONG dan bongkak dan penyokong Anwar MERATIB peralihan k...
Saya Tak Mahu Dengar Orang Kata Pn Kerajaan Melayu Islam

Saya Tak Mahu Dengar Orang Kata Pn Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 237 hits
Presiden MCA Wee Ka SiongPresiden MCA Wee Ka Siong berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan untuk semua rakyat Malaysia Saya tidak mahu dengar selepas ini orang kata ini kerajaan Melayu Islam Saya di sini untuk sama sama ...
Ingatkan Dap Rupanya Mca Pun Tak Mahu Kerajaan Melayu Islam

Ingatkan Dap Rupanya Mca Pun Tak Mahu Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 337 hits
Sejak Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke 14 Umno dan Pas memfitnah kononnya Melayu dan Islam terancam di bawah kerajaan dikuasai DAP Namun setelah kerajaan PH digulingkan menteri Cina dalam kerajaan kudeta Perikatan Nasional pula m...
Mca Tolak Melayu Islam Kenapa Pas Bungkam

Mca Tolak Melayu Islam Kenapa Pas Bungkam

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 265 hits
Lebih 24 jam Presiden MCA Wee Ka Siong menolak kerajaan Perikatan Nasional dikaitkan dengan Melayu atau Islam Pas masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengecam atau meminta MCA menjelaskan lebih lanjut Situasi ini amat berlawanan ket...
Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 260 hits
Pas satu satunya parti Islam yang kini diberi tempat di dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional didakwa membisu setelah MCA secara terang terangan tidak mahu negara ini dikenali sebagai negara Melayu Islam Pengarah Syariah AMANAH Nasi...
Pm Mesti Melayu Dan Islam Kata Hadi

Pm Mesti Melayu Dan Islam Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 309 hits
Politik Melayu Islam wajib diperkasakan seiring kedudukannya selaku teras kepada negara bermasyarakat majmuk dan menjadi tonggak pimpinan negara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Melayu perlu diakui sebagai kaum dominan manak...
Usaha Mahathir Selamatkan Islam Melayu Tidak Di Sokong

Usaha Mahathir Selamatkan Islam Melayu Tidak Di Sokong

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 249 hits
SHAH ALAM Pas mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berusaha menyelamatkan Islam dan Melayu namun tidak mendapat kerjasama padu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ada pihak yang mahu mengguling Dr ...
Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Sumber gambar dari sini Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Merajuk lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri Kerajaan PH dah tak wujud dan ...
Mazhab Pintu Belakang Tunggang Melayu Dagangkan Islam

Mazhab Pintu Belakang Tunggang Melayu Dagangkan Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 231 hits
Sejak sebelum PRU ke 14 lagi isu Melayu Islam menjadi tumpuan Umno menangkis asakan politik Pakatan Harapan terhadap kes kes rasuah 1MDB Felda dan penyelewengan TH Mereka meratib DAP Cina akan berkuasa Melayu akan hilang kuasa dan berbagai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut