Pandai Videos Aplikasi Pembelajaran Percuma
Seperti yang kita tahu, perkembangan teknologi atas talian pada hari ini telah memberi kesan yang sangat meluas kepada sistem pendidikan di seluruh dunia. Penggunaannya dalam pendidikan semestinya banyak membantu para pelajar dan warga pendidik. Contohnya, penggunaan pendidikan atas talian di dalam tab, komputer dan aplikasi. Namun, tidak semua yang mampu merasainya kerana kosnya serta pembelajaran dan pelajaran (P&P) di sekolah sudah mencukupi.
Hal ini kerana, kebanyakan platform untuk pelajari pendidikan menggunakan teknologi ini perlulah dibayar. Oleh itu, Pandai Videos direka untuk memberi bantuan pelajaran secara percuma sepenuhnya buat para pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa.
BAGAIMANA SAYA NAK MULA MENGAKSES PANDAI VIDEO?
Penggunaan Pandai Videos amatlah mudah dan sangat simple untuk kita nak masuk ke web Pandai. Terdapat sudah banyak hebahan melalui whatsapp mengenai Pandai Videos dan pengguna hanya perlu tekan kepada link yang diberikan seperti di bawah! Mudah bukan?
Sek. Rendah
Tahun 1 : video.pandai.org/year1
Tahun 2 : video.pandai.org/year2
Tahun 3 : video.pandai.org/year3
Tahun 4 : video.pandai.org/year4
Tahun 5 : video.pandai.org/year5
Tahun 6 : video.pandai.org/year6
Sek. Menengah
Tingkatan 1 : video.pandai.org/form1
Tingkatan 2 : video.pandai.org/form2
Tingkatan 3 : video.pandai.org/form3
Tingkatan 4 : video.pandai.org/form4
Tingkatan 5 : video.pandai.org/form5
APAKAH KELEBIHAN PANDAI VIDEOS BERBANDING YANG LAIN?
Selain sistem nya yang enjoy dan colourful comfirm dapat menarik fokus anak-anak dan membuatkan mereka lebih kreatif dalam berfikir. Meliputi 20 subjek untuk sekolah rendah dan menengah dan ratusan video yang ditawarkan bukan lah sesuatu yang boleh kita abaikan. Rugi sungguh jika tidak digunakan sebaik mungkin! Percuma pulak tu.
Pandai Videos membawakan suatu platform yang begitu mudah kerana sistemnya yang sangat organized, susunan isi kandungan video mengikut darjah & tingkatan, subjek dan by topic, dimana pelajar mudah untuk mengulangkaji dan tiada isu pencampuran topik. Menarik!
Video yang dihasilkan daripada warga pendidik yang mahir dan pakarMeliputi subjek sekolah rendah & menengahDisusun mengikut Subjek, Bab & TopikMenepati KSSR & KKSM Mudah digunakan Percuma!
PANDAI BERSAMA KANGAROO MATH MALAYSIA
Pandai Videos ini adalah suatu inisiatif Pandai.org yang juga suatu aplikasi e-learning (www.pandai.org)yang menggunakan pendekatan kepada ‘Daily Quiz’, latih tubi yang meliputi subjek dari sekolah rendah dan menengah, dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Matematik terbesar di dunia iaitu Kangaroo Math Competition dan lain lain seperti Beaver Computational Thinking, Kancil Science. Segala soalan di Pandai.org adalah termasuk jawapan dan penerangan. Memudahkan bukan?
Persediaan dari segi soalan past year Kangaroo Math Competition dalam bentuk PDF membolehkan para guru mencetak dan memberi kepada pelajar. Jawapan dan penerangan juga turut disediakan. Sungguh memudahkan!
DI MANA UPDATE MENGENAI PANDAI YANG BOLEH SAYA DAPATKAN?
Sangat mengharapkan agar para pelajar memanfaatkan teknologi pendidikan secara percuma yang disediakan oleh pelbagai pihak ketika Covid-19 ini supaya masa yang terluang diisi dengan perkara yang bermanfaat. Kongsikan bersama rakan rakan agar mereka dapat melayari Pandai Videos secara percuma!
Layari official facebook dan instagram Pandai untuk mengetahui lebih lanjut dan update terkini dari Pandai.
Facebook : www.fb.com/pandaiofficial
Instagram : www.instragram.com/pandaiofficial
Stay safe and dont forget to study!
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2020/04/pandai-videos-aplikasi-pembelajaran-percuma.html