Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut Basmi Bakteria


Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria - Walau rumah kami sudah mempunyai vacuum cordless (wireless) tapi, nampaknya vacuum cordless Panasonic ni lebih menarik !
Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria


4 Kelebihan Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria :-
· Muncung kuasa baharu memastikan bebas kusut helaian rambut yang disedut
· Muncung disalut plat ion meneutralkan bakteria untuk meningkatkan tahap kebersihan
· Sensor habuk rumah unik mengesan habuk dan melaraskan tahap sedutan secara automatik
· Sistem penapis antisumbat pengadang tahan karat untuk memudahkan penyenggaraan



Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan juga haiwan peliharaan kesayangan memang mengakui cabaran yang dihadapi untuk memastikan ruang kediaman kekal bersih lebih-lebih lagi dalam suasana semasa, dengan lebih banyak masa dihabiskan di dalam rumah. 

Dengan memperkenalkan Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut), Panasonic memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa kerana dengan menekan hanya satu butang, mereka boleh membersihkan helaian rambut dan habuk daripada lantai dan permaidani. Disediakan dalam tiga pilihan, pembersih vakum serba baharu Panasonic sedia menjadi alat pembersihan terulung bagi kediaman yang dihuni anak kecil dan haiwan peliharaan.





“Kanak-kanak dan haiwan peliharaan pasti menceriakan mana-mana rumah tangga, tetapi ibu bapa sentiasa bimbang sama ada persekitaran cukup bersih dan selamat untuk mereka yang tersayang. Di Panasonic, kami memahami kerisauan ibu bapa yang sentiasa mahu memberikan perlindungan terbaik kepada keluarga mereka, sebab itulah kami telah mereka cipta alat yang bukan sahaja menjamin kebersihan, tetapi juga menjadikan proses pembersihan begitu mudah. Ibu bapa pasti tidak keberatan untuk melakukan kerja pembersihan apabila melihat betapa cekap dan menyenangkan rangkaian produk pembersih vakum kami,” kata Keisuke Nishida, Timbalan Pengarah Urusan, Panasonic Malaysia.
Dalam bab mengemas dan membersih rumah, rambut sering menjadi masalah besar – bukan sahaja ada pada lantai, permaidani dan sofa, malah menyekat kepala pembersih vakum dan menyebabkan penapis tersumbat, lantas menjejaskan kuasa penyedutan. Masalah umum ini memang menjadi rungutan ramai pengguna, terutamanya yang mempunyai haiwan peliharaan. Untuk menangani masalah tersebut, Panasonic telah membangunkan teknologi baharu, dalam berus berbentuk kon, untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya. Teknologi berpaten unik ini menjadikan muncung kuasa bebas kekusutan satu ciri eksklusif bagi jenama dan membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya.
Muncung kuasa bebas kekusutan ini juga disalut dengan plat ion yang turut melakukan kerja tambahan membasmi bakteria daripada lantai. Ciri ini berguna untuk membersihkan bulu haiwan peliharaan yang bergerak bebas di dalam dan luar rumah kerana plat ion meneutralkan mikron yang dibawa dari luar rumah. Ibu bapa dengan anak kecil yang juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah mendapat jaminan bahawa si manja mereka boleh merangkak di atas permukaan lantai yang lebih bersih dengan hanya memvakum lantai.
Pembersih vakum pegang tanpa wayar baharu Panasonic juga memastikan ruang kediaman bebas habuk dengan sensor habuk rumah sedia terbina khas untuk mengesan dan melaraskan kuasa sedutan secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan. Penggunaan tenaga yang cekap in melanjutkan masa pengendalian pembersih vakum dan mengurangkan bunyi ke paras yang boleh diterima jika kuasa sedutan lebih tinggi tidak diperlukan. Selepas menyedut, habuk dan kotoran mengalir ke dalam sistem penapis antisumbat pengadang tanpa karat, dan diperangkap untuk memudahkan pembersihan selepas itu.
Dari segi kuasa, pembersih vakum ini menggunakan kuasa sedutan 150W yang mampu bertahan sehingga 85 minit[1], memberikan cukup masa untuk pengguna membersihkan seisi rumah. Tidak perlu lagi melaraskan tahap kuasa hanya untuk melihat pembersih vakum tanpa wayar kehabisan bateri dan mengganggu kerja pembersihan.
Dari sudut penyenggaraan pula, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 baharu direka bentuk untuk menyenangkan kerja membersih tanpa kerenah. Pembuangan habuk dan kotoran boleh dikendalikan dengan hanya menekan satu butang tanpa perlu mengotorkan tangan manakala kotak habuk boleh dicuci sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang hama habuk yang berterbangan. Ciri ini berguna terutamanya bagi ibu bapa yang perlu menguruskan pelbagai kerja rumah. Pembersih vakum seberat hanya 2.0kg ini adalah ringan, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan untuk membersihkan tempat-tempat lebih tinggi. Reka bentuk minimalis dan bergaya alat ini sesuai diletakkan mana-mana bahagian dalam rumah apabila sedang digunakan atau apabila disimpan.
Pembersih vakum pegang tanpa wayar Panasonic juga disediakan dalam dua lagi pilihan dengan pelbagai ciri untuk memenuhi keperluan berbeza. Model MC-SB30 yang seberat 1.6kg, ialah versi ringan yang berfungsi dengan sangat baik dalam ruang yang tinggi dan sempit, meringankan kerja membersihkan tangga dan di bawah perabot. Badan yang ringan ini menempatkan motor kompak kecekapan tinggi dan sistem pacuan yang membekalkan kuasa tinggi 100W, dan berus unik berbentuk V yang mengumpulkan habuk dengan cekap dan memindahkannya kepada saluran sedutan pusat di dalamnya untuk pembersihan yang rapi. Dengan dua jenis hujung bulu, berus ini melenyapkan zarah habuk halus dari lantai, permaidani dan permukaan lain.
Manakala model MC-SBV01 pula adalah untuk kegunaan lebih berat dengan kapasiti besar 0.6 liter dan kuasa 20W untuk pembersihan lebih menyeluruh. Muncung kuasanya dipacu sendiri untuk pembersihan lebih pantas dan dengan lampu LED yang dipasang untuk membantu pengguna menyedut setiap zarah habuk di ruang yang sukar dilihat. Pembersih vakum tanpa wayar seringan 2.3kg ini mengagihkan 1.5kg berat daripada unit utama ke bahagian pemegang untuk mewujudkan pusat graviti lebih tinggi – ini melanjutkan ciri serba guna pembersih vakum supaya boleh dipakai dari lantai ke siling. Kedua-dua model MC-SBV01 dan MC-SB30 dilengkapi dengan sensor habuk rumah, sistem penapis antisumbat dan ciri-ciri pembersihan mudah.


Kini boleh didapati di kedai-kedai wakil penjual sah di seluruh negara dan juga gedung dalam talian Panasonic, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 dijual pada harga runcit RM2,799. MB-SC30 boleh didapati pada harga runcit RM1,199 dan MC-SBV01 pula dijual pada harga RM699.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Panasonic Malaysia.
Kategori Pembersih Vakum Utama: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2022/03/panasonic-lancarkan-pembersih-vakum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gubernur Koster Usulkan Kebijakan Tanpa Karantina Dan Bebas Visa Berlaku 7 Maret 2022

Gubernur Koster Usulkan Kebijakan Tanpa Karantina Dan Bebas Visa Berlaku 7 Maret 2022

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 283 hits
Berkaitan dua kebijakan itu pihaknya sudah melakukan rapat beberapa hari yang lalu dengan Pemerintah Pusat dan para pakar dan telah disetujui pemberlakuan kebijakan tanpa karantina pada tanggal 7 Maret
Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Irwan Gagal Supaya Dilepas Tanpa Bebas

Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Irwan Gagal Supaya Dilepas Tanpa Bebas

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 124 hits
freemalaysiatoday com March 3 2022 3 48 PMMahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Najib Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6 6 bilion KUALA LUMPUR Ma...
Tangis Angelina Sondakh Saat Bebas Dari Penjara

Tangis Angelina Sondakh Saat Bebas Dari Penjara

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 207 hits
Tangis Angelina Sondakh Saat Bebas dari Penjara Angelina Sondakh akhirnya menghirup udara bebas setelah menjalani hukuman hampir 10 tahun penjara terkait kasus korupsi Wisma Atlet Dia bebas usai mendapatkan cuti menjelang bebas selama tiga ...
Hanya 2 Minggu Anak 2 Tahun Bebas Diapers Ibu Ini Pesan Mesti Bersabar

Hanya 2 Minggu Anak 2 Tahun Bebas Diapers Ibu Ini Pesan Mesti Bersabar

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 138 hits
Ibu ibu mesti akan terfikir bila waktu sesuai nak latih anak bebas pampers Kerisauan ini sentiasa bermain difikiran takut anak terbuang air kecil atau air besar merata rata tempat Lagi jenuh kan Jadi jika ibu ibu berniat untuk ajar anak beb...
Aturan Lengkap Wisman Ke Bali Batam Dan Bintan Bebas Karantina

Aturan Lengkap Wisman Ke Bali Batam Dan Bintan Bebas Karantina

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 121 hits
Kementerian Perhubungan mengeluarkan Surat Edaran Nomor 26 Tahun 2022 yang berlaku mulai 8 Maret 2022 Surat edaran ini mengatur masa karantina dan visa bagi pelaku perjalanan luar negeri di tiga pintu masuk internasional
Aturan Bebas Antigen Dan Pcr Mulai Diterapkan Di Bandara Sultan Hasanuddin

Aturan Bebas Antigen Dan Pcr Mulai Diterapkan Di Bandara Sultan Hasanuddin

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 106 hits
PPDN yang telah mendapatkan vaksin lengkap maupun booster tidak diwajibkan menunjukkan hasil negatif PCR atau antigen ujarnya melalui keterangan tertulisnya Rabu
Bebas Dari Penjara Angelina Sondakh Langsung Ziarah Ke Makam Adjie Massaid

Bebas Dari Penjara Angelina Sondakh Langsung Ziarah Ke Makam Adjie Massaid

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 100 hits
Bebas dari Penjara Angelina Sondakh Langsung Ziarah ke Makam Adjie Massaid Angelina Sondakh menghirup udara bebas setelah menjalani hukuman hampir 10 tahun penjara terkait kasus korupsi Wisma Atlet Dia bebas usai mendapatkan cuti menjelang ...
53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

36 Tempat Makan Menarik Di Kajang Syurga Makanan Best Untuk Foodie

30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi Restoran Paling Best

Idea Bisnes Dari Rumah Dan Pinjaman Perniagaan

Pengaruh Skrin Kepada Remaja

5 Sensational Cycles From Bonhams Summer Sale

Dalam Jkom Ada Penentang Kerajaan

Brand Names Built To Last



Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3

Pakej Halal Murah Acheh Pulau Sabang Indonesia 4H 3M Tahun 2024

10 Filem Korea Terbaru Best 2023 2024 Boleh Tonton Secara Online

8 Fakta Biodata Johan Ghazali Jojo Atlet Muay Thai Malaysia Yang Tewas Pada Nguyen Di One Championship


Sambal Telur Bulat

Akhirnya Ustaz Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah

Doa Perlindungan Diri Daripada Segala Kejahatan Makhluk

Eksplorasi Digital U Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data Tutor Infiniti

Gua Musang Mp Refuses To Vacate Seat Over Vague Notice

Diesel Price Hike Rage Isham Jalil Ups His Ante Against Formula King Rafizi Whose Numbers Don T Add Up