Panas Zahid Dakwa Kenyataan Takiyuddin Telah Mencabar Titah Agong


 



March 5, 2021 BN merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menitahkan sidang parlimen diadakan segera, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata Seri Paduka boleh menggunakan kuasa wewenang baginda di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, yang dibaca bersama Perkara 40 (2) perlembagaan persekutuan.
“BN (juga) mengesyorkan ahli-ahli Dewan Rakyat menyeru perdana menteri serta jemaah menteri untuk menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya sidang parlimen diadakan dalam kadar segera, apatah lagi setelah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dilonggarkan.
“Prinsip keluhuran perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang,” tegasnya dalam satu kenyataan malam ini
Antara lain kata Zahid, sidang parlimen itu akan dapat membentangkan bahawa pengisytiharan darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 2021) dibuat bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.
Selain itu katanya, parlimen juga dapat membincangkan keberkesanan langkah-langkah membendung penularan wabak Covid-19 dan keberkesanan pelaksaaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan B40.
Sehubungan itu Zahid berkata sekiranya diperkenankan, dia sedia menghadap Seri Paduka bagi menyampaikan pandangan bagi pertumbuhan sosioekonomi negara, terutama rakyat miskin.
Takiyuddin cabar titah Agong
Katanya lagi, BN menganggap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang), Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihatkan Agong supaya menidakkan sidang parlimen semasa tempoh darurat seolah mencabar titah baginda.
 
“Dalam perkara ini BN memohon ampun kepada Seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya kenyataan menteri tersebut menyinggung hati duli tuanku,” jelasnya.
Kelmarin Takiyuddin dilaporkan berkata jemaah menteri bersetuju agar sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.
Takiyuddin berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan wabak di dalam bangunan parlimen.
Selain itu menteri itu memaklumkan sebahagian ahli parlimen adalah warga emas berusia 61 tahun ke atas yang berisiko dijangkiti wabak berkenaan.
Beberapa pihak berkata kenyataan Takiyuddin itu bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada 12 Jan menyatakan Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.
Perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat perdana menteri.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/panas-zahid-dakwa-kenyataan-takiyuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mic Dakwa Kenyataan Zahid Kurang Tepat Bn Tidak Rayu Adakan Sesi Parlimen

Mic Dakwa Kenyataan Zahid Kurang Tepat Bn Tidak Rayu Adakan Sesi Parlimen

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 153 hits
malaysiakini comDiterbitkan 5 Mar 2021 11 30 amDalam apa yang boleh dianggap sebgai satu tamparan hebat kepada pucuk pimpinan BN khususnya Umno MIC menempelak kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di Pertua...
Sah Takiyuddin Menderhaka Titah Agong Kata Peguam

Sah Takiyuddin Menderhaka Titah Agong Kata Peguam

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 187 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menguruskan hal ehwal undang undang memaklumkan tiada persidangan Parlimen diadakan pada tempoh terdekat dalam keadaan negara masih di bawah Proklamasi Da...
Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 247 hits
February 22 2021 Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah dibuli oleh saingan politiknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pas atau lain lain Ketua UMNO Bahagian P...
Kenapa Pimpinan Pn Bisu Bab Titah Agong

Kenapa Pimpinan Pn Bisu Bab Titah Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 140 hits
Kenapa agaknya mereka termasuk Hadi Awang dan lain2 pemimpin Pas juga masih bisu dan kelu lidah masing masing Adakah pemimpin kerajaan termasuk Muhyiddin sedang derhaka dalam diam
Sidang Parlimen Muhyiddin Membisu Tak Hormat Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Membisu Tak Hormat Titah Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 268 hits
Perdana Menteri kerajaan darurat Muhyiddin Yassin didesak segera mengadakan sidang Parlimen selepas seminggu Yang di Pertuan Agong menitahkan sidang perlu dilaksanakan pada masa yang sesuai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anw...
Titah Agong Benar Parlimen Bersidang Bermakna Pru Segera Bukan Lagi Keutamaan

Titah Agong Benar Parlimen Bersidang Bermakna Pru Segera Bukan Lagi Keutamaan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 156 hits
Meskipun sudah dua hari berlalu tapi belum terdengar lagi apa apa kenyataan atau respon daripada Muhyiddin Yassin dan mana mana menteri kabinet kerajaan berhubung titah Yang Di Pertuan Agong membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika tempo...
Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 312 hits
Nak tanya Muhyiddin semalam mana yang lebih sakit Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen...
Rentasan 834 Panas Muhyiddin Yassin Ditempelak Agong

Rentasan 834 Panas Muhyiddin Yassin Ditempelak Agong

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 174 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8341 RAKYAT GEMBIRA PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT 2 DI MANA UMNO TANPA POLITIK KEBENCIAN 3 SIAPA YANG DERHAKA 4 YANG SOMBONG ITU SIAPA
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang