Mic Dakwa Kenyataan Zahid Kurang Tepat Bn Tidak Rayu Adakan Sesi Parlimen


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan 5 Mar 2021, 11:30 am

Dalam apa yang boleh dianggap sebgai satu tamparan hebat kepada pucuk pimpinan BN, khususnya Umno, MIC menempelak kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera

Presiden MIC SA Vigneswaran sebaliknya berkata bahawa mesyuarat BN pada Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung sidang parlimen.

"Saya terkejut dengan kenyataan pengerusi BN. Mesyuarat BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan untuk merayu Seri Paduka agar menitahkan mengadakan parlimen dengan segera," katanya kepada Malaysiakini.

Vigneswaran berkata demikian ketika diminta menjelaskan spekulasi bahawa mesyuarat BN tidak setuju supaya sesi parlimen diadakan.
Semalam, Ahmad Zahid membuat kenyataan bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera.

Ahmad Zahid berkata Seri Paduka Baginda boleh menggunakan kuasa wewenang baginda di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, yang dibaca bersama Perkara 40 (2) perlembagaan persekutuan.

"BN (juga) mengesyorkan ahli-ahli Dewan Rakyat menyeru perdana menteri serta jemaah menteri untuk menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya sidang parlimen diadakan dalam kadar segera, apatah lagi setelah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dilonggarkan," kata Ahmad Zahid lagi.

Bagaimanapun, Vigneswaran juga bekas speaker Dewan Negara memberitahu bahawa kenyataan presiden Umno itu sebagai kurang tepat.

"Isu perlu mengadakan sesi parlimen memang dibincangkan.

"Tetapi, terdapat penjelasan daripada beberapa pihak bahawa Agong bukan menitah untuk mengadakan sesi parlimen dengan segera sebaliknya hanya mencadangkan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.

"Maka, kami mengambil pendirian untuk tidak membuat sebarang andaian dan tiada keperluannya untuk membuat sebarang kenyataan berhubung sesi parlimen," katanya.

Untuk rekod, mesyuarat BN pada Rabu di PWTC dihadiri, Zahid Hamidi, Vigneswaran, timbalan presiden Umno Mohamad Hassan, dua naib presiden Ismail Sabri dan Mahdzir Khalid.

Turut hadir, Presiden MCA Wee Ka Siong, timbalannya Mah Hang Soon dan setiausaa agung Chong Sin Woon bersama timbalan presiden MIC M Saravanan dan setiausaha agung parti itu M Asojan.

Manakala, presiden PBRS Joseph Kurup tidak hadir, dan diwakili oleh anaknya Arthur Joseph Kurup yang juga timbalan presiden parti itu.

Sementara, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan Bersatu, Vigneswaran menegaskan bahawa ketetapan Umno bukan ketetapan BN

"Ketetapan BN bukan ketetapan Umno dalam isu kerjasama politik dengan Bersatu dan PN pada masa sekarang," katanya.

Dia menambah bahawa Ahmad Zahid juga telah memberi jaminan bahawa BN tidak akan sesekali kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Zahid memberi jaminan atas nama tuhan bahawa tidak akan bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Untuk rekod, Umno sebelum ini telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/mic-dakwa-kenyataan-zahid-kurang-tepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Sudah Pun Di Longgarkan Bn Rayu Titah Agong Agar Sidang Parlimen Di Adakan Segera

Pkp Sudah Pun Di Longgarkan Bn Rayu Titah Agong Agar Sidang Parlimen Di Adakan Segera

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional merayu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah agar menitahkan sidang parlimen diadakan segera kata pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid berkata Seri Paduka bole...
Panas Zahid Dakwa Kenyataan Takiyuddin Telah Mencabar Titah Agong

Panas Zahid Dakwa Kenyataan Takiyuddin Telah Mencabar Titah Agong

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 318 hits
March 5 2021 BN merayu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah agar menitahkan sidang parlimen diadakan segera kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi Zahid berkata Seri Paduka boleh menggunakan kuasa wewen...
Kenyataan Zahid Anwar Sama Ini Satu Lagi Bukti Pemimpin Dikuasai Ph Annuar

Kenyataan Zahid Anwar Sama Ini Satu Lagi Bukti Pemimpin Dikuasai Ph Annuar

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 468 hits
Diterbitkan 5 Mar 2021 12 40 pmDikemaskini 2 15 pmBekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa mendakwa Umno kini berada di bawah pengaruh ketua pembangkang Anwar Ibrahim apabila kedua dua gabungan parti itu mengeluarkan kenyataan yang sangat miri...
Lagi Komponen Bn Kata Kenyataan Zahid Tak Betul

Lagi Komponen Bn Kata Kenyataan Zahid Tak Betul

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 365 hits
malaysiakini comDiterbitkan 5 Mar 2021 2 15 pmSusulan pendedahan Presiden MIC SA Vigneswaran yang berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadak...
Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 550 hits
Barisan Nasional hari ini menggantung seorang pegawai media gabungan itu selama sebulan selepas kontroversi berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berhubung rayuan kepada Agong agar sidang Parlimen diadakan yang miri...
Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 256 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyoal bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan parlimen Ini katanya kerana negara sudah menamatkan perintah kawalan pergerakan dan lebih banyak pernia...
Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 336 hits
Pakatan Harapan tampil menyatakan pendirian bahawa sidang Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat walaupun tempoh darurat masih berkuatkuasa Ini selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di Pertuan Agong...
Isu Sidang Parlimen Bn Anggap Kenyataan Takiyudin Hassan Menghina Institusi Raja

Isu Sidang Parlimen Bn Anggap Kenyataan Takiyudin Hassan Menghina Institusi Raja

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menganggap kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan mengenai jemaah menteri menasihatkan Yang Dipertuan Agong tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh darurat seperti menghina institusi raja Pengerusi BN Datuk Se...
Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 255 hits
POSTED BY AMIR WRLRKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pelbagai perkara yang gagal ditangani kerajaan Perikatan Nasional sehingga ke hari ini Beliau berkata segala galanya bermula dengan masalah keabsahan kerajaan dan m...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut