Panas Retak Menanti Belah
Makin ribut nampaknya..!
Pergerakan penolakan Aljub sebagai bakal pieemmm sudah semakin jelas dan ketara di depan mata..! Yang mana bau bau bachang sebelum ini sudah semakin menusuk hidung dengan bau budu tempoyak yang semakin menunjang.
Lompatan UMNO menyebabkan Anwar tidak berapa selera menjamah karipap. Itu sebab amaran Nurul supaya jangan ada yang bercakap bagi pihaknya kerana isu meletak jawatan dalam parti tidak di hiraukan Anwar.
Anwar mengambil kesempatan dengan menukilkan muak dan mual..! Sedangkan ketika drama 916 ditayangkan pada tahun 2008 yang diatur oleh kem nya hingga menyebabkan Ahli Ahli Parlimen BN lari ke Taiwan tidak pula memuak dan memualkan mereka.
Kenapa Anwar meyentuh isu itu? yang jelas ANwar tak senang dengan situasi yang berlaku sekarang..! Anwar tak betah melihat lompatan demi lompatan yang semakin menyebabkan Anwar akan memegang tropi sebagai CALON PM yang paling lama..! CALON jer beb..!
Itu yang mula berlaku pergolakan besar sebenarnya..!
baca sini macam mana episod dan babak sedang disunting dan ditayangkan..!
Baca juga..
Penyokong setia Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan hari ini mendakwa terdapat perancangan untuk menggulingkan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad
"Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri
"Namun, puak-puak 'tahi kucing' ini terlalu kerdil bagi saya. Bukan niat saya untuk bersikap angkuh tetapi kalangan ini boleh dilipat-lipat masuk dalam kocek seluar saja
"Mereka ini 'pot tin' kosong yang pandai bercakap tapi tak boleh bekerja," katanya dalam satu kenyataan
Beliau mengulas kritikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Johari Abdul terhadap Mahathir yang didakwa seperti tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu
Johari semalam turut berkata kegagalan memahami konsep Malaysia baru menyebabkan kerajaan PH kini seolah-olah mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu dan sekali gus menyebabkan rakyat kecewa
Johari turut menggesa Mahathir agar berhenti bermain isu Najib sebagai 'pencuri' sedangkan bekas Perdana Menteri itu sudah dihadapkan ke mahkamah
“Dr Mahathir hanya mengulangi ucapan yang sama bahawa Najib mencuri. Cukuplah, dia pun sudah ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan," kata Johari
'Jangan kurang ajar dengan PM'Mengulas lanjut Khairuddin meminta pihak yang gemar mengkritik perdana menteri supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan tidak melebih-lebih dalam mengeluarkan kenyataan
"Kalangan yang tidak mahu mengiktiraf kerja kuat Tun Dr Mahathir tolong jangan 'kurang ajar' dan usah melebih sangat
"Perdana menteri yang sedang bertungkus lumus siang dan malam untuk membangunkan semula negara yang dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi memerlukan sokongan padu dari semua pihak
"Ini bukan kerja perdana menteri seorang diri. Ia adalah tanggungjawab serta tindakan kolektif dari semua pihak dalam Pakatan Harapan," katanya
Katanya, lawatan Mahathir ke luar negara juga bukanlah kerana bercuti sebaliknya untuk mendapatkan keyakinan dunia luar selepas imej negara yang tercemar dengan tindakan bekas perdana menteri Najib Razak
Tegas Khairuddin, Mahathir tidak bertindak sendirian sebaliknya segala keputusan dibuat melalui sistem musyawarah dengan menteri-menteri PH yang lain
"Janganlah suka buat andaian yang tidak berasas, Jangan sama sekali buat tuduhan melulu, niat dan motif mereka sudah pun diketahui
"Sekarang adalah untuk semua pihak dalam Pakatan Harapan bekerja keras bagi menggalas tanggunjawab membela bangsa, agama dan tanahair. Kita baru menang PRU 14 dan bukan masa untuk berbalah bagi berebut jawatan," katanya
sumberAnak Anwar tu biarlah dia..! mengikut cerita dia nak kawin..! kawin dengan orang seberang, jadi biarlah dia bina rumahtangga..! Dari kecik sampai ke tua, lama dah dia menjadi model iklan bagi melariskan PKR. Berlaku adil la kepada nya.Yang jelas Anwar yang semakin sakit kepala?Kepala mana?
Lu Fikir La Sendiri..!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2018/12/panas-retak-menanti-belah.html