Panas Persoal Pukas Backup Gisbh Tun Faisal Dibidas Memalukan Pn
Kami heran dengan Tun Faisal, Isu GISBH ni dah diberitahu ketua polis negara. Dah ada mufti perlis yang bagi kenyataan. Dia persoalkan pulak Pukas. Ko dah kenapa
Daripada FB Tun Fasal : TunFaisal
PUKAS (PUSAT KAJIAN AJARAN SESAT) NI AUTHORITI DARIPADA MANA?
1. Sefaham saya Sesat atau Tidak Sesat ini kuasanya pada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri
2. Jadi kita kena faham PUKAS ini makhluk apa sebenarnya
3. Apabila saya mempersoalkan tentang tindakan dan siasatan ke atas GISB, persoalannya adalah berkaitan isu undang-undang apa yang digunakan dan untuk kesalahan apa? Ini untuk menghalang kezaliman daripada berlaku ke atas Ahli-ahli GISB. Kerajaan kata GISB zalim, tapi adakah wajar kerajaan pula berlaku zalim ke atas mereka? Termasuklah apabila ada aduan bahawa ada ibu bapa yang sukar menuntut anak mereka
4. Apabila saya mempersoalkan tentang tindakan yang pada pandangan saya dan rakan-rakan adalah tidak wajar ke atas perniagaan Melayu Islam, ejen propaganda kerajaan dan Pukas menafikan keislaman mereka dengan mengatakan Ahli-ahli GISB ni sesat dan mereka nak menyelamatkan umat Islam Malaysia daripada kesesatan. Bila saya tanya kalau kamu anggap mereka ini bukan peniaga Islam, adakah kamu anggap mereka peniaga kafir? Tak berani jawab pulak
5. Pertamanya, PUKAS ni tidak telus. Kita tidak tahu makhluk apa ini dan di bawah jabatan mana ia ditubuh. Siapa anggotanya. Apa autoritri yang dia ada
6. Kedua, kesesatan ini banyak peringkat - kafir, munafik, sesat kerana ideologi yang bertentangan dengan Islam, sesat kerana amalan yang bertentangan Islam. PUKAS ni membanteras kesesatan yang mana satu
7. Liberalisme dan pluralisme adalah suatu bentuk fahaman dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Sebab itu Selangor dan Negeri Sembilan menyenaraikannya sebagai fahaman atau ajaran sesat. Negeri-negeri lain saya tak jumpa lagi. Kalau ada tolong maklumkan saya. PUKAS bagaimana? Kenapa tidak membanteras dan membetulkan Melayu yang terlibat dengan Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme ini
8. Dalam senarai Ajaran-Ajaran Sesat Negeri Pahang dan Negeri Sembilan, disebut juga fahaman Wahabi juga sebagai ajaran sesat? Apa pendirian PUKAS
9. Kenapa ada double standard untuk ajaran sesat/fahaman sesat ini dengan GISB? Kenapa tiada sekatan terhadap akaun, rampasan aset dan penutupan perniagaan untuk mereka yang terlibat dalam ajaran sesat lain di dalam senarai negeri tersebut
10. Ketiga, jika Ahli-ahli GISB ini SESAT, maka siapa pula yang dihantar untuk memperbetulkan fahaman mereka? Ustaz-ustaz Abim? Ikram? Pandap? Geng Rahmatan lil Alamiin? Wahabi? Aswaja? Siapa yang kendalikan pemulihan mereka
11. Adakah kesalahan fahaman sesat mewajarkan tindakan menyekat akaun, merampas aset dan menutup perniagaan-perniagaan GISB? Kes peneroka haram Musang King di Pahang, tak pula kita dengar akaun mereka disekat dan aset mereka dirampas.
Itu antara persoalan yang ingin kita tanyakan kepada pihak berkuasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2024/10/panas-persoal-pukas-backup-gisbh-tun.html