Panas Melampau Asbab Dosa Atau Ujian Allah



Soalan:Sekarang musim panas melanda di Malaysia. Adakah fenomena ini disebabkan oleh dosa atau ujian daripada Allah SWT?
Jawapan:Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Surah al-Baqarah (155)]
Ayat ini menunjukkan ujian merupakan kepastian di bumi ini kerana ia menjadi sifat dunia ini sendiri yang penuh dengan mehnah, tribulasi dan cubaan dalam ranjau kehidupan ini.
Walaupun begitu, kadang-kadang manusia dengan sifat rakus, tamak dan juga lalai banyak melakukan kerosakan di muka bumi yang akhirnya menyusahkan kehidupan mereka sendiri. Benarlah firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum: 41)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Allah SWT juga akan membinasakan sesiapa sahaja yang menimbulkan kerosakan di muka bumi ini. Lantaran itu, perkara ini hendaklah menjadi pengajaran kepada mereka, semoga mereka dapat mengingati semula dan kembali ke jalan kebenaran.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 11/5335)
Syed Qutb berkata: “Kerosakan-kerosakan yang berlaku di darat itu bukannya berlaku begitu sahaja atau berlaku secara kebetulan, malah ia berlaku mengikut aturan Allah SWT iaitu: “لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ” “Kerana Allah mahu mereka merasakan setengah-setengah akibat daripada perbuatan yang dilakukan mereka.”
Iaitu perbuatan-perbuatan mereka yang jahat dan merosakkan itu, di mana mereka merasa terseksa dan pedih menerima akibatnya “supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” Yakni supaya mereka berazam menentang kerosakan itu dan kembali kepada Allah, kepada amalan yang soleh dan ke jalan yang lurus. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 12/482-483)
Tidak dapat dinafikan juga, fenomena alam adalah sebahagian daripada takdir Ilahi yang melanda kepada pelbagai tempat termasuk di negara kita. Fenomena seperti ini sewajarnya kita sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan ketika kita berinteraksi dengan fenomena cuaca panas yang melampau.
Kami juga beriman dengan takdir Qada’ dan Qadar Tuhan di mana sewajarnya kita sentiasa berusaha untuk mengislahkan diri dan menapak ke hadapan menuju kepada mardhatillah. Untuk itu, sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi yang disulami dengan kesabaran dan daya juang yang kental seperti kata pujangga: “Jika orang beri kepada kamu segelas perahan limau masam, maka masukkanlah gula secukup rasa pada minuman tersebut, nescaya terhasil satu minuman yang lazat.” Mafhumnya, kita perlu bijak mengubah suasana dan keadaan ke arah yang lebih baik.
Bagi kami, dalam isu kemarau seperti ini, alangkah baiknya kita kembali kepada sunnah Rasulullah SAW dengan mengadakan solat istisqa’, berdoa, bertaubat, beristighfar, berinfaq, menolak kezaliman, saling tolong-menolong, memenuhi masjid-masjid dengan mendirikan solat dan sentiasa muhasabah diri adalah jalan yang terbaik dengan bekalan takwa untuk menuju ke hari Akhirat. Cukuplah dengan kita beristighfar dan bertaubat, maka Allah boleh mengubah dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik dan berkeuntungan. Firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh: 10-12)
Memandangkan situasi kurangnya hujan dan kepanasan yang terik berlaku di Malaysia mutakhir ini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengajak umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan agama serta mengeratkan perpaduan di samping sentiasa mengharapkan daripada Allah seluruh kebaikan dengan berdoa dan munajat kepada-Nya. Begitu juga dengan melakukan solat istisqa’.
Semoga Allah SWT menghindarkan kita daripada sebarang fitnah, bencana dan petaka serta mengurniakan pelbagai nikmat yang membawa kebahagiaan kepada kita. Mudah-mudahan akhirnya negara kita Malaysia memperolehi seperti yang disifatkan, Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Amin.
Kami akhiri perbincangan ini dengan doa istisqa’:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقِيَا رَحْمَةٍ وَلاَ سُقْيَا عَذَاب ٍوَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، غَدَقاً مُجَلَّلاً عَاماً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ وَالْبَهَائِمِ وَالخَلْقِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لِنَا الزَّرْعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ وَاسْقِنَا مِنْ بَرْكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَرْكَاتِ الأَرْضِ اللَّهُمَّ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً“Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan, bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanaman yang berkat. Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada sesiapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.” [Riwayat al-Bukhari (967) dan Muslim (897)]

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/panas-melampau-asbab-dosa-atau-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Ukm1 Dibuka Semula Sehingga 31 Mei 2019

Ujian Ukm1 Dibuka Semula Sehingga 31 Mei 2019

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 793 hits
Ujian UKM1 DIBUKA SEMULA SEHINGGA 31 Mei 2019 Layari pautan untuk keterangan lanjut UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai...
Tuhan Datangkan Ujian Berbentuk Kekecewaan Dan Patah Hati Kerana Untuk Kita Kembali Kepada Dia

Tuhan Datangkan Ujian Berbentuk Kekecewaan Dan Patah Hati Kerana Untuk Kita Kembali Kepada Dia

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 269 hits
assalamualaikumSudah bertambah usia aku 29 tahun dah Makin tua makin besar ujiannya Maka bermulalah sesi orang bakal mengelarkan bujang telajak Kawinlah Kalau siapa yang mengikuti perkembangan aku di blog mereka akan tahu perjalanaan hidup ...
Pt3 Pengenalan Semula Ujian Bertulis Langkah Ke Belakang

Pt3 Pengenalan Semula Ujian Bertulis Langkah Ke Belakang

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 451 hits
Perubahan termasuk memperkenalkan semula ujian secara bertulis bagi beberapa mata pelajaran peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 pada tahun ini dianggap sebagai langkah ke belakang dalam usaha melahirkan pelajar berfikiran kritikal Presiden ...
Ujian Psikometrik Online Bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Pembantu Pustakawan Gred S19

Ujian Psikometrik Online Bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Pembantu Pustakawan Gred S19

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1837 hits
Ujian Psikometrik Online Bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Pembantu Pustakawan Gred S19 Satu lagi Ujian Psikometrik bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Pembantu Pustakawan Gred S19 an Psikometrik Online Bagi Jawatan Pemb...
Ujian Penilaian Bulan Mac Pasti As Sakinah

Ujian Penilaian Bulan Mac Pasti As Sakinah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera17 Mac 2019Ujian pegesanan Bulan 35 dan 6 tahunPasTi As SakinahFirstime anak ank Pasti As Sakinah ambil ujian after 3 bulan dorang bersekolah cikgu dorang cakap ni ujian pengesanan kemahiran dorang selepas 3 b...
Diikuti 755 590 Peserta Ujian Tertulis Sbmptn 2019 Siap Dilaksanakan

Diikuti 755 590 Peserta Ujian Tertulis Sbmptn 2019 Siap Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 351 hits
Diikuti 755 590 Peserta Ujian Tertulis SBMPTN 2019 Siap Dilaksanakan Ravik menyampaikan pada pelaksanaan UTBK tahun lalu sempat terjadi kendala berupa putusnya koneksi internet akibat putusnya jaringan kabel bawah laut Hal itu antara lain d...
Ujian Yang Berat Aktivis Muslimah Ini Harus Operasi Pengangkatan Rahim Dan Janin

Ujian Yang Berat Aktivis Muslimah Ini Harus Operasi Pengangkatan Rahim Dan Janin

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 234 hits
Senyumperawat com Sebuah pukulan berat bagi seorang wanita ketika mendengar istilah operasi pengangkatan rahim Mungkin begitu yang dirasakan oleh seorang aktivis muslimah ini Wiji Lestari seorang ibu rumah tangga yang aktif di forum ukhuwah...
Situasi Bayi Lemas Jadi Cemas Graf Ctg Macam Kawah Caesar Atau Normal Bukan Kayu Ukur Kehebatan Seorang Isteri

Situasi Bayi Lemas Jadi Cemas Graf Ctg Macam Kawah Caesar Atau Normal Bukan Kayu Ukur Kehebatan Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 313 hits
Situasi cemas semasa kelahiran sering kali menjadi sebuah episod mendebarkan bagi seorang suami Tatkala si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat caesar atau normal bukan kayu ukur kehebatannya lagi Pengalaman Dr melalui proses kelahiran ...
Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 549 hits
Menangis adalah cara bayi memberitahu apa yang diperlukannya atau ketidakselesaan 5 jenis tangisan perlu diketahui ibu bapa supaya mudah supaya setiap keperluan si kecil dipenuhi Benar bahawa bayi menangis adalah normal Menangis ialah salah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord