Panas Najib Tempelak Menteri Umno Reka Pelbagai Alasan Nak Terus Kekal Sebagai Menteri
April 1, 2021 Keputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM, Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan masa tarik diri sokong PN.
Sebab itu, tiada keperluan untuk menteri-menteri UMNO letak jawatan selagi MKT UMNO belum putuskan tarik diri secara rasmi dan arahkan pemimpin UMNO untuk letak jawatan dalam kerajaan.
Ini terpulang kepada presiden dan MKT. Saya bukan lagi presiden atau ahli MKT.\
Namun, jika keputusan menteri UMNO untuk tidak letak jawatan adalah untuk bertanggung jawab kepada Rakyat agar imej UMNO tidak tercalar maka ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan Rakyat.
Antaranya termasuk:
1. Parlimen tidak bersidang sepanjang darurat dengan alasan bahawa terlalu ramai orang tua dalam dewan walaupun YDPA titah parlimen boleh bersidang dalam masa darurat.
Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan perlembagaan dan parlimen dengan alasan untuk membendung Covid.
2. Menangguhkan Undi18 ke Sept 2022 (iaitu 3 tahun 2 bulan selepas diluluskan sebulat suara dalam parlimen) dengan alasan SPR di bawah kerajaan perlu mendapat kerjasama dari JPN di bawah kerajaan.
(Bab ini, saya berpuas hati apabila membaca hasrat menteri KBS Reezal Merican dengan sokongon menteri sains Khairy akan membawa isu ini ke kabinet untuk asingkan proses Undi18 dengan pendaftaran automatik. Ini bermakna pengundi umur 18 tahun sekurang-kurangnya boleh mendaftar secara kendiri sebagai pengundi sebagaimana pemilih-pemilih lain walaupun pendaftaran belum lagi automatik.)
3. Ordinan darurat mengejut semalam yang mengetepikan kelulusan parlimen dan memberi kuasa untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dalam tempoh darurat.
Mana wujudnya negara demokrasi dalam dunia di mana kerajaan tidak perlu bertanggung jawab pada parlimen dalam hal perbelanjaan kerajaan?
4. Membawa usul ke parlimen untuk naikkan sekali lagi had hutang kerajaan apabila nisbah hutang sebanyak 62.2% pada akhir tahun 2020 sudah cecah paras 60% (yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN dalam parlimen pada bulan Ogos lalu) agar kerajaan tidak melanggar undang-undang sendiri.
5. Membatalkan projek HSR KL-Singapura dan menggantinya dengan projek HSR KL-JB yang kosnya agak sama. Akibatnya, kerajaan telah membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dan menjejaskan keuntungan projek buat selamanya.
6. Menjual syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 Syarikat-China dalam masa darurat dan pada ketika industri semikonduktor dunia sedang berkembang pesat dengan harga RM273 juta. Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura.
Jangan beri alasan nak bertanggung jawab pada Rakyat dan tidak mahu mencalar imej UMNO jika masih membisu tentang perkara-perkara di atas yang jelas salah.
Najib Razak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/04/panas-najib-tempelak-menteri-umno-reka.html