Panas Ahli Parlimen Dap Dakwa Dihubungi Nazri Untuk Lompat Parti Sokong Pn


 


August 10 , 2021 Isu ‘tawaran’ lompat parti semakin ‘panas’ apabila terkini Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Cha Kee Chin turut mendakwa menerima kiriman pesanan di aplikasi WhatsApp seolah-olah untuk tujuan sama.
Walaupun tiada sebarang ‘tawaran’ yang diberikan, tindakan individu yang menghubunginya menerusi pesanan di WhatsApp itu menyamar sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendatangkan kecurigaan.
Kee Chin menjelaskan, dia pada mulanya menerima pesanan di WhatsApp daripada seorang individu pada 4 Ogos lalu yang pada mulanya beliau percaya sebagai Mohamed Nazri berdasarkan gambar dan nama di profil WhatsApp yang digunakan individu terbabit.
“Saya tidaklah rapat dengan Mohamed Nazri malah tidak mempunyai nombor telefon beliau tetapi selalu berjumpa di Parlimen. Kemudian apabila saya menerima pesanan WhatsApp yang saya percaya daripada beliau dan bertanyakan pula tentang keadaan keluarga dan situasi di Parlimen Rasah, saya tidak mengesyaki apa-apa.
“Bagaimanapun, apabila individu tersebut memaklumkan ingin bertemu dan berbincang mengenai Parlimen Rasah selain turut memberitahu Perdana Menteri turut menyampaikan salam, saya sudah mulai curiga. Saya membalas mesej berkenaan dan bertanyakan sama ada ia mempunyai maksud tersirat, individu itu memaklumkan “ada dan tiada cuma hanya untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabatnya dekat sini hari ini.
Kee Chin berkata, beliau kemudian memberitahu perkara itu kepada pimpinan tertinggi DAP dan kemudian dimaklumkan bahawa nombor telefon itu bukanlah milik Mohamed Nazri.Beliau kemudian telah menyekat nombor telefon individu terbabit dan selepas itu tiada lagi perbualan di WhatsApp di antara mereka berdua.
“Apa yang menimbulkan kecurigaan saya ialah apabila individu terbabit menyebut Perdana Menteri mengirimkan salam, jika dia hanya mengakui sebagai Mohamed Nazri mungkin saya tidak mengesyaki apa-apa kerana adalah normal untuk ahli Parlimen saling menghubungi dan bertanya khabar walaupun berlainan parti.
“Jika benar ia merupakan Mohamed Nazri saya tidak akan menyekatnya malah jika ia individu yang mengakui mewakili mana-mana pemimpin sekali pun tidak mengapa kerana saya boleh menyatakan pendirian saya. Tetapi apabila mengetahui individu terbabit hanyalah penyamar, saya menyekatnya dan tiada makna untuk saya terus berkomunikasi dengannya” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut, Kee Chin memaklumkan tidak mahu memanjangkan isu terbabit dan fokusnya adalah untuk terus membantu rakyat yang kini terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Saya tidak membuat laporan polis kerana di dalam mesej itu saya tidak ditawarkan apa-apa pun seperti rakan-rakan yang lain malah Mohamed Nazri juga saya difahamkan telah menafikan penglibatan beliau dalam perkara ini.
“Perkara sebegini adalah pertama kali saya lalui sejak menjadi wakil rakyat 13 tahun lalu bagaimanapun bagi saya dalam suasana politik semasa isu sebegini bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” katanya lagi.
Kelmarin beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari DAP dilaporkan menerima tawaran supaya melompat parti antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Utara, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong selain beberapa ahli Parlimen dari PKR.
Sumber | UTUS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/panas-ahli-parlimen-dap-dakwa-dihubungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Dap Dakwa Ditawar Rm30 Juta Dan Jawatan Menteri

Ahli Parlimen Dap Dakwa Ditawar Rm30 Juta Dan Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 242 hits
August 7 2021 Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong Perikatan Nasional dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta sert...
Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 438 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional hari ini seorang lagi membuat penafian yang sama Kali ini Ahli Parlimen Parit Datuk Nizar Zak...
Bagus Tak Jadi Hamba Ppbm Nazri Dedah Hanya 2 Ahli Parlimen Bn Tak Sokong Pn

Bagus Tak Jadi Hamba Ppbm Nazri Dedah Hanya 2 Ahli Parlimen Bn Tak Sokong Pn

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 232 hits
August 1 2021 Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Moh...
31 Ahli Parlimen Bn Kekal Sokong Pn Zahid Mesti Panas

31 Ahli Parlimen Bn Kekal Sokong Pn Zahid Mesti Panas

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 316 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 5 Ogos memberitahu parti itu telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis Portal Suara TV melaporkan surat yang dihantar oleh Setiau...
Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 322 hits
MARAN UMNO Bahagian Maran kecewa terhadap kenyataan Ahli Parlimen Maran Dato Sri Dr Haji Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional Ketua UMNO...
Ahli Parlimen Umno Belakangi Parti Berdepan Risiko Digantung Dipecat

Ahli Parlimen Umno Belakangi Parti Berdepan Risiko Digantung Dipecat

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 263 hits
Ahli Parlimen Umno Idris Jusoh dan Ismail Abd Muttalib mengisytiharkan mereka akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno yang membelakangi parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasio...
30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 417 hits
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan pada Ahad malam ...
Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 287 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu Ismail Sa...
Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 266 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal mendapat sokongan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebanyak 40 orang Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Najib Razak masih setia kekal menyokong kerajaan Perik...
Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Ibu Selamat Lahirkan Bayi Hampir Lemas Dalam Kandungan Terkandas Tanah Runtuh

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Pokok Buah Tin Yang Dah Semakin Tinggi

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S