Ramai Pemimpin Ph Yang Tak Boleh Tidur Lena Semalam Disebabkan Isu Ini
Foto-Harian Metro
Seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza semalam.
Berikut adalah kronologinya:
9 pagi - 1 tengah hariPemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, menghadiri mesyuarat itu diiringi Presiden Bersatu, yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dilihat berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya
1 tengah hari - 4 petangAhli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya Baru Bian juga dilihat berada di Hotel Sheraton
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan mesyuarat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur
Dr Mahathir meninggalkan bangunan Menara Yayasan Selangor
Pemimpin-pemimpin utama Bersatu termasuk Dr Mahathir mengunci mulut apabila ditemui media selepas mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tiba untuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Media mula berkumpul di pintu masuk Istana Negara
4 petang - 7 malamKetua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah hadir di Hotel Sheraton dan memberitahu media ia hanya “mesyuarat kawan-kawan."
Naib Presiden PKR Tian Chua tiba di Hotel Sheraton
Lebih 20 kereta yang membawa ahli politik memasuki Istana Negara.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Ritz-Carlton
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tamat
Majlis zikir, selawat, bacaan yasin dan solat hajat di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut
Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Hotel Sheraton
7 malam - 9 malamAhli Parlimen Jeli dari Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Annuar Musa tiba di Hotel Sheraton
Ahli Parlimen Sembrong dari UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Hotel Sheraton
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Sheraton
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Sheraton
9 malam - 12 malamPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Hotel Sheraton
Laungan 'reformasi’ kedengaran dari pekarangan kediaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Sheraton
Beberapa pemimpin PKR tiba di kediaman Anwar, antaranya, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali
Azmin memberi ulasan ringkas kepada pemberita ketika meninggalkan pekarangan hotel
Sumber:Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://naimnikmat.blogspot.com/2020/02/ramai-pemimpin-ph-yang-tak-boleh-tidur.html