Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel Dan Amerika


1. Kejutan besar berlaku beberapa jam lalu apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan untuk menamatkan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat.
2. Keputusan mengejut ini menyaksikan sekurang-kurangnya tiga perjanjian damai antara Palestin dengan Israel dan Amerika terbatal iaitu Oslo Accords (1993), Hebron Agreement (1997) dan Wye River Agreement (1998).
3. Palestin bertegas untuk mencapai kemerdekaan serta haknya melalui siri ‘Arab Peace Initiative’ serta resolusi legitimasi antarabangsa, khususnya Resolusi Majlis Keselamatan 1515, Resolusi 2334 tentang Baitulmaqdis dan petempatan, Resolusi 194 PBB tentang pelarian, serta Resolusi Perhimpunan Agung PBB 19/67 tentang keanggotaan negara Palestin.
4. Sebagai ganti terhapusnya perjanjian Palestin-Israel dan Amerika ini, Mahmoud Abbas menyeru penglibatan kuasa-kuasa lain dalam Kuartet yang dianggotai Rusia, PBB, dan Kesatuan Eropah untuk bersama-sama mengimbangi hegemoni Amerika Syarikat dalam rundingan damai berterusan demi Palestin. Palestin turut menegaskan keyakinan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
5. Keputusan ini diisytiharkan Mahmoud Abbas susulan terbentuknya kerajaan gabungan Israel antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz yang bersepakat untuk merasmikan perampasan wilayah (atau pengilhakan; annexation) Tebing Barat Palestin yang sekarang dijajah secara haram oleh Zionis Israel pada 1 Julai 2020 ini dengan restu Amerika Syarikat.
6. Keputusan Zionis Israel dan sekutu Amerikanya ini merupakan penghinaan tambahan ke atas umat Islam selepas pengumuman peta ‘Deal of the Century’ tajaan Donald Trump pada penghujung Januari lalu. Terbaru, Zionis tambah bersemangat dengan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo baru-baru ini.
7. Kerajaan Palestin juga mengumumkan bahawa mereka berpegang teguh dengan kesepakatan perundangan antarabangsa yang jelas menetapkan sempadan Palestin seperti mana peta 4 Jun 1967 iaitu sebelum Perang 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat.
8. Presiden Mahmoud Abbas menyeru kerajaan di seluruh dunia supaya mengecam pelan ‘Deal of the Century’ serta perasmian penjajahan (pengilhakan) Tebing Barat yang dirancang Zionis dan Amerika ini; ia jelas merupakan jenayah terancang ke atas kedaulatan Palestin.
9. Presiden Mahmoud Abbas menutup ucapan beliau dengan sumpah berikut: “Kami bersumpah demi para pejuang kami yang telah mati syahid serta wira kami yang ditahan di penjara serta yang tercedera, bahawa kami akan kekal setia dengan sumpah setia kami hingga kemenangan, kebebasan, dan kemerdekaan, bersama-sama menaikkan panji Palestin di atas Masjid Al-Aqsa dan Gereja Suci Sepulcher di Baitulmaqdis, yang selama-lamanya merupakan ibu kota negara Palestin kita”.
Sama-sama kita umat Islam di Malaysia mendoakan yang terbaik buat perjuangan saudara kita di bumi Palestin di penghujung Ramadan ini. Sesungguhnya segala yang terjadi di bumi Palestin kini membenarkan janji Allah menjelang akhir Zaman.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
The post Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel dan Amerika appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/palestin-hapuskan-semua-perjanjian-dengan-israel-dan-amerika/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nakbah Memperingati Kemusnahan Palestin Pelan The Greater Israel

Nakbah Memperingati Kemusnahan Palestin Pelan The Greater Israel

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 357 hits
TANGGAL 15 Mei 1948 peristiwa hitam buat rakyat Palestin yang pastinya terpahat jelas sehingga ke hari ini Bukan sahaja buat generasi rakyat Palestin ketika itu yang terpaksa berputih mata kerana kehilangan tanah air mereka yang dirampas zi...
6 Ngo Palestin Rayu Malaysia Bantah Rancangan Israel Rampas Tebing Barat

6 Ngo Palestin Rayu Malaysia Bantah Rancangan Israel Rampas Tebing Barat

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 309 hits
Enam pertubuhan kerajaan berkaitan Palestin hari ini merayu Kerajaan Malaysia menyuarakan bantahan terhadap rancangan rejim zionis Israel untuk mengilhakan sebahagian besar kawasan Tebing Barat Rayuan kepada Kerajaan Malaysia itu disuarakan...
M Sia Kutuk Rancangan Israel Untuk Ilhak Kawasan Palestin

M Sia Kutuk Rancangan Israel Untuk Ilhak Kawasan Palestin

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mengutuk dan membantah sekeras kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat Menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan undang undang serta unilateral Wisma Putra berka...
Polis Selangor Adakan Sekatan Di Semua Laluan Antara Sempadan Negeri

Polis Selangor Adakan Sekatan Di Semua Laluan Antara Sempadan Negeri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Polis Selangor akan mengadakan sembilan sekatan jalan raya di sekitar negeri itu bertujuan memeriksa kenderaan terbabit perjalanan rentas negeri bermula tengah malam ini hingga 10 Mei ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Ja...
Tka China Meninggal Dunia Pemerintah Harus Rapid Tes Semua Pekerja Asing

Tka China Meninggal Dunia Pemerintah Harus Rapid Tes Semua Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 275 hits
TKA asal Tiongkok ditemukan meninggal di mess di Morowali Sulawesi Tengah Jumat Meninggalnya seorang tenaga kerja asing asal China di Kabupaten Morowali Sulteng harus jadi perhatian penting TKA tersebut diketahui bekerja di perusahaan baja ...
Semua Penjawat Awam Digalakkan Memuat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Mysejahtera Dan Mytrace

Semua Penjawat Awam Digalakkan Memuat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Mysejahtera Dan Mytrace

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 544 hits
Ketua Setiausaha Negara hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua penjawab awam hendaklah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia MySejahtera dan MyTrace dalam usaha negara untuk membendung penularan Covid 19 Seperti ramai sedia m...
Perjanjian Dengan Riza Merugikan Tiada Jumlah Baharu Tommy

Perjanjian Dengan Riza Merugikan Tiada Jumlah Baharu Tommy

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 201 hits
Perjanjian antara pihak pendakwaan dan Riza Aziz yang dicapai baru baru ini amat merugikan negara kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas Menurut Tommy Riza tidak menawarkan pembayaran jumlah wang baharu dalam perjanjiannya dengan pihak penda...
Pemerintah Izinkan Semua Moda Transportasi Beroperasi Besok Dengan Batasan Kriteria Penumpang

Pemerintah Izinkan Semua Moda Transportasi Beroperasi Besok Dengan Batasan Kriteria Penumpang

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 257 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan semua moda transportasi direncanakan kembali beroperasi mulai Kamis besok namun dengan pembatasan kriteria penumpang Menurut Budi Kementerian Perhubungan ditugaskan untuk menjabarkan Permenhu...
Erdogan Cabut Larangan Cargo Israel Sementara Kecam Tindakannya Ke Palestina

Erdogan Cabut Larangan Cargo Israel Sementara Kecam Tindakannya Ke Palestina

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 273 hits
ANKARA Presiden Turki menegaskan dukungan negaranya untuk Palestina ketika dunia Muslim merayakan Idul Fitri Kami tidak akan membiarkan tanah Palestina ditawarkan kepada siapa pun kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pesan video di Twit...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin