6 Ngo Palestin Rayu Malaysia Bantah Rancangan Israel Rampas Tebing Barat


Enam pertubuhan kerajaan (NGO) berkaitan Palestin hari ini merayu Kerajaan Malaysia menyuarakan bantahan terhadap rancangan rejim zionis Israel untuk mengilhakan (annex) sebahagian besar kawasan Tebing Barat.

Rayuan kepada Kerajaan Malaysia itu disuarakan melalui surat bertarikh hari ini yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat itu ditandatangani wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Yayasan Al-Quds Malaysia, BDS Malaysia dan Islamic Renaissance Front.

Surat itu berkata bersempena dengan peringatan ke-72 peristiwa Nakbah pada 15 Mei 1948, NGO terbabit ingin menarik perhatian Perdana Menteri terhadap kenyataan Israel berhubung rancangannya untuk mengilhakan Tebing Barat.



“Kami menulis surat ini kepada Tan Sri untuk merayu agar pihak Tan Sri mengeluarkan kenyataan mewakili Malaysia bagi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Kerjasama Islam (OIC) bertindak ke atas rancangan pengilhakan ini.

“Tindakan pengilhakan oleh rejim itu akan mencetuskan bantahan keras bukan sahaja daripada warga Palestin, malah daripada masyarakat sivil di seluruh dunia.

“Dalam situasi pandemik COVID-19, rejim Israel berusaha melengkapkan pendudukannya ke seluruh kawasan Tebing Barat. Ini adalah provokasi terang-terangan yang akan meningkatkan ketegangan dan tentunya disusuli kekejaman tentera Israel,” demikian kandungan surat terbabit yang turut dikongsikan dengan AlHijrah Online hari ini.

NGO terbabit berkata, adalah tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan itu merupakan rancangan rejim zionis untuk merampas seluruh kawasan Tebing Barat dan mereka lakukannya sejak 1967 untuk menduduki seluruh tanah Palestin.

“Kami percaya, jika masyarakat antarabangsa tidak memberi maklum balas keras dalam masa terdekat, Palestin akan lenyap sama sekali kerana Israel tidak akan berhenti selepas merampas beberapa kejiranan dalam wilayah dijajahnya.

“Rejim Israel menyasarkan untuk meneruskan agenda 1967 iaitu menduduki Jerusalem (Baitulmaqdis Timur) secara keseluruhan,” demikian antara kandungan surat itu merujuk kepada resolusi ‘kerajaan darurat’ di antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz mengilhakkan sebahagian besar Tebing Barat pada Julai depan.

Pembahagian wilayah Palestin itu melalui pengilhakan sebahagian besar Jerusalem (Baitulmaqdis Timur) dan Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan, akan menghapuskan setiap inci tanah rakyat Palestin yang masih berbaki selain Gaza.

Perluasan wilayah Israel itu merupakan sebahagian agenda “Perjanjian Abad Ini” yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Rancangan rejim zionis Israel itu juga pelanggaran secara langsung terhadap Konvensyen Geneva Keempat dan semua undang-undang antarabangsa.

Ini termasuklah Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB pada 1967 yang tidak mengiktiraf pengilhakan Timur Jerusalem pada 1980 dan Bukit Golan pada 1981.

“Jika tidak disekat, ketegangan akan meningkat dan berkemungkinan besar ianya meletus menjadi pertumpahan darah yang menyebabkan ramai warga Palestin terkorban,” kata wakil NGO terbabit.
Enam wakil NGO terbabit adalah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi MyCare, Dr Hafizi Mohd Nor; Pengerusi PCOM, Muslim Imran; Dr Sharif Abu Shammala (Yayasan Al Quds Malaysia); Prof Mohd Nazari Ismail (BDS Malaysia) dan Datuk Dr Ahmad Farouk Musa (Islamic Renaissance Front) – AlHijrah Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/6-ngo-palestin-rayu-malaysia-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M Sia Kutuk Rancangan Israel Untuk Ilhak Kawasan Palestin

M Sia Kutuk Rancangan Israel Untuk Ilhak Kawasan Palestin

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mengutuk dan membantah sekeras kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat Menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan undang undang serta unilateral Wisma Putra berka...
Nakbah Memperingati Kemusnahan Palestin Pelan The Greater Israel

Nakbah Memperingati Kemusnahan Palestin Pelan The Greater Israel

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 426 hits
TANGGAL 15 Mei 1948 peristiwa hitam buat rakyat Palestin yang pastinya terpahat jelas sehingga ke hari ini Bukan sahaja buat generasi rakyat Palestin ketika itu yang terpaksa berputih mata kerana kehilangan tanah air mereka yang dirampas zi...
Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel Dan Amerika

Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel Dan Amerika

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 500 hits
1 Kejutan besar berlaku beberapa jam lalu apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan untuk menamatkan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat 2 Keputusan mengejut ini menyaksikan sekurang kurangnya tiga perjanjian d...
Industri Barat Keluar Dari China Jangan Harap Ke Malaysia

Industri Barat Keluar Dari China Jangan Harap Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 389 hits
Kredit Zus Din Selepas selesai perbincangan dgn Larry Kudlow Pengerusi Kaunsel Ekonomi Rumah Putih diluluskan di peringkat kerajaan Amerika cadangan Pembiayaan utk Manufacturing Exodus yg dinamakan IMMEDIATE EXPENSING akan dibentangkan diba...
13 Tahun Tanpa Berita Lepas Berhijrah Ke Malaysia Anak Warga Indonesia Ini Rayu Kuasa Viral Kesan Ayah Kesayangan

13 Tahun Tanpa Berita Lepas Berhijrah Ke Malaysia Anak Warga Indonesia Ini Rayu Kuasa Viral Kesan Ayah Kesayangan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 586 hits
Platform media sosial seperti Twitter turut digunakan sebagai medium untuk mencari insan tersayang yang telah terpisah sekian lama Beberapa pertemuan semula di antara ibu dan anak adik beradik kandung atau rakan rakan lama membuktikan cara ...
Media Barat Mengutuk Tindakan Kerajaan Malaysia Terhadap Pelarian Rohingnya

Media Barat Mengutuk Tindakan Kerajaan Malaysia Terhadap Pelarian Rohingnya

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 570 hits
Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial Baru baru ini terdapat media barat yang mengecam tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya ke dalam Negara Malaysia Ke...
Covid19 Malaysia Sumbang Bantuan Perubatan Kepada Palestin

Covid19 Malaysia Sumbang Bantuan Perubatan Kepada Palestin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 361 hits
Malaysia menghantar pelbagai peralatan perubatan ke Palestin melalui Jordan menggunakan penerbangan khas pesawat Air Asia Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bantuan yang diterbangkan semalam itu diberi susulan perbinca...
Ngo Cadang Spr Rampas Kerusi Wakil Rakyat Melompat

Ngo Cadang Spr Rampas Kerusi Wakil Rakyat Melompat

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 280 hits
Lompat parti menyebabkan mandat rakyat dipermain mainkan dengan meruntuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan yang tidak berjanji apa apa sewaktu kempen pilihan raya Sebuah NGO Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia menyarankan aga...
Apa Yang Umno Dapat Tawarkan Kepada Rakyat Malaysia

Apa Yang Umno Dapat Tawarkan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 354 hits
May 10 2020KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cabaran utama parti kini adalah apakah yang UMNO ingin tawarkan kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia Ujarnya UMNO perlu menawarkan keunggulan dan kelain...
Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

Aeon Mall Di Penuhi Superman Cipta Rekod Terbaru

Terima Kasih Kerana Membuatku Tersenyum

My Brother Hasn T Been Confirmed Dead Yet So Take Down Those Postings

Mca Smart Parking System Should Not Harm But Protect Local Govt Authorities Malaysian Citizens

Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Resepi Acar Ikan Aya Tongkol Dari Terengganu

Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Masak Cuka Dan Takdir

Resepi Daging Masak Kicah Berempah

10 Teknik Belajar Paling Efektif Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Kesan Tidur Lewat Setiap Hari Lebih Serius Daripada Yang Anda Sangka

Luahan Hati

Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid