Paku Karat Boleh Lumpuhkan Badan




Kecederaan akibat terpijak paku atau apa sahaja objek tajam yang berkarat tidak boleh dipandang ringan. Tanpa rawatan yang sesuai, ia bukan sahaja membawa kemudaratan serius tetapi juga boleh membawa maut.

Sekalipun paku atau objek tajam yang dipijak itu bersih dan tidak berkarat, tetapi kesannya tetap membahayakan. Paku itu mungkin terdedah kepada tanah, habuk atau najis yang boleh memudaratkan kesihatan

Jika pengubatan diabaikan, kecederaan akibat terpijak paku boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang mengancam nyawa. Ia membawa risiko diserang penyakit tetanus dan juga infeksi di bahagian kaki termasuk gangrene yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong

Menurut Dr. Hyzan Mohd Yusuf, pensyarah dan pakar bedah ortopedik dan Traumatologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kecederaan akibat terpijak paku berkarat mendedahkan seseorang itu kepada sejenis organisme berbahaya yang dikenali sebagai clostridium tetani yang membawa tetanus

Penyakit itu biasanya menyerang dalam temph 14 hari dan menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan saraf dan kekejangan otot, bermula di bahagian muka sebelum merebak ke leher, badan, tangan dan kaki

Clostridium tetani, yang juga terdapat pada serpihan besi pada serpihan besi, Jarum dan objek-objek lain yang berkarat atau terdedah pada tanah, debu atau najis, masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka-luka kecil. Ia mengeluarkan sejenis toksin dikenali sebagai exotin tetanospasmin dan exotoxin tetanolysin yang menyerang saraf dan mengakibatkan kekejangan otot.

Menurut Dr Hyzan, mereka yang diserang tetanus biasanya dalam keadaan gelisah, sukar mengunyah makanan, rahang terkunci atau apa yang biasa disebut terkancing gigi dan mengalami kontraksi otot-otot muka menyebabkan mulut berkeadaan  herot dikenali sebagai risus sardonicus.

Di samping itu pesakit tetanus juga menghadapi risiko diserang sawan dan sakit-sakit otot. Jika pengubatan terus diabaikan atau kaedah rawatan tidak sempurna, gangguan pernafasan akan berlaku berpunca daripada kekejangan otot di bahagian pernafasan  dan akhirnya membawa maut.

Selain daripada tetanus, mereka yang terpijak paku berkarat juga terdedah pada infeksi di bahagian kaki. Kecederaan seumpama itu boleh menyebabkan tapak kaki bernanah.

Tanpa rawatan yang sesuai, penanahan boleh merebak ke bahagian tulang dikenali sebagai osteomyelitis, satu komplikasi yang biasanya berlaku dalam jangka masa panjang dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk diubati.

Tanda-tanda awalnya ialah bahagian yang luka terasa sakit, bengkak dan bernanah hingga menyebabkan seseorang itu demam. Rawatan segera melibatkan pembedahan memotong tulang yang rosak merupakan satu-satunya cara mengubatinya.

Kesan akibat terpijak paku berkarat adalah lebih teruk jika pesakit menghidap penyakit diabetis kerana komplikasi akibat terlebih gula dalam darah menyebabkan pesakit tidak berasa sakit walaupun kakinya luka teruk.

Keadaan itu boleh membawa kepada gangrene, iaitu kematian di bahagian kaki. Infeksi di tapak kaki menyebabkan luka cepat bernanah dan melarat ke bahagian atas hingga mengganggu fungsi-fungsi saluran darah. Kurang daya tahan tubuh badan akibat diabetes juga menyebabkan luka cepat merebak tetapi tidak terasa sakit kerana kesemua tisu di bahagian kaki mati.

Kaki akhirnya ,enjadi hitam dan terpaksa  dipotong demi menyelamatkan nyawa. Ia dipotong sama ada di bahagian bawah atau di atas lutut bagi mengelakkan infeksi merebak ke organ-organ penting lain seperti hati, pundi ginjal, buah pinggang dan jantung.

Satu lagi komplikasi berbahaya berbahaya akibat kecederaan terpijak paku berkarat ialah gas gangrene, iaitu sejenis jangkitan yang kerapnya berlaku di kalangan pesakit-pesakit diabetes berpunca daripada sejenis organisme dipanggil clotridium welchii.

Jangkitan di tapak kaki cepat merebak ke paha dalam masa satu atau dua hari sahaja dan menjadi punca penanahan otot dikenali sebagai myonercrosis. Pesakit yang diserang gas gangrene biasanya demam panas dan tidak sedarkan diri. Mereka juga mengalami dehidrasi serta ketidak-seimbangan elektrolit atau garam dalam tubuh badan.

Satu-satunya cara untuk mengubati penyakit itu ialah dengan melakukan pembedahan dan memberi antibiotik. Bagi kes-kes yang ekstrem, pesakit terpaksa menjalani rawatan rapi di wad rawatan intensif. Tanpa rawatan yang sesuai, komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku seperti koma dan pesakit akhirnya meninggal dunia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/paku-karat-boleh-lumpuhkan-badan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 176 hits
Soalan saya kenapa baby boleh besar dalam kandungan Bahaya ke baby besar Ibu dari Moms To Be Club Jawapan daripada Dr Izzat Doktor O G Macrosomia bayi terjadi disebakan si ibu ada kencing manis atau nama lain Gestational diabetes mellitus y...
Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh Suka Hentak Kepala Sekarang Hebat Mengira Baca Abc

Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh Suka Hentak Kepala Sekarang Hebat Mengira Baca Abc

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 394 hits
atau Eisya sudah mempunyai tiga orang anak sebelum Muhammad Aqil Rizqy Jadi ibu ini sudah mempunyai pengalaman melihat perkembangan anak anak di depan mata Jadi apabila dia melihat perlakuan Aqil yang berbeza sedikit dia tahu ada sesuatu ya...
Mungkin Boleh Adakan E Bazar Ramadan Makanan Dihantar Ke Rumah Dr Noor Hisham

Mungkin Boleh Adakan E Bazar Ramadan Makanan Dihantar Ke Rumah Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 207 hits
Kemungkinan konsep E Bazar Ramadan boleh diwujudkan bagi menggantikan bazar Ramadan sedia ada yang bakal menjelang kurang dua bulan dari sekarang menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ini berikutan amalan perhimpuna...
Siri Oneplus 8 Menggunakan Teknologi Memc Pada Skrin Video 24 30 Fps Boleh Dimainkan Pada 60 120 Fps

Siri Oneplus 8 Menggunakan Teknologi Memc Pada Skrin Video 24 30 Fps Boleh Dimainkan Pada 60 120 Fps

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 192 hits
Berdasarkan spesifikasi yang tertiris 120Hz adalah terhad kepada OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 akan menggunakan 90Hz sahaja 13 Januari lalu Siri OnePlus 8 turut akan menggunakan teknologi Motion Estimation Motion Compensation untuk skrin mere...
Selain Guna Nescafe Boleh Cuba 8 Resipi Dalgona Guna Milo Coklat Mocha Horlick

Selain Guna Nescafe Boleh Cuba 8 Resipi Dalgona Guna Milo Coklat Mocha Horlick

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 1043 hits
Mesti bosan kan kat rumah tu haa apa kata jom cuba buat DALGONA viral ni ada 8 resepi yang kami dapat kongsikan bersama anda Jom cuba sendiri 1 Dalgona CoklatBahan Bahan2 sudu serbuk Coklat2 sudu krim2 sudu gula pasir2 sudu air panassusu se...
Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 295 hits
Memandangkan sekarang musim PKP jaranglah kita keluar Jika perlu pun hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah Jadi kereta yang ada tersadai lama tidak digerakkan Macam mana car...
Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 227 hits
IBU bapa dan penjaga kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang ditangkap kerana engkar Perintah Kawalan Pergerakan juga boleh dikenakan tindakan undang undang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ibu bapa dan penjaga terbabi...
Kini Boleh Dibuat Secara Online Ini Cara Untuk Anda Daftar I Akaun Kwsp Melalui E Mel

Kini Boleh Dibuat Secara Online Ini Cara Untuk Anda Daftar I Akaun Kwsp Melalui E Mel

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 477 hits
small Cover image via permohonan my small Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan wang dari ...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas

Doa Rasulullah Setiap Pagi