Pakej Tambahan Pks Berjumlah Rm10 Bilion


(Malaysia Gazette) – Kerajaan mengumumkan pakej tambahan berjumlah RM10 bilion yang diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), sekali gus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah-langkah tambahan yang diambil melibatkan peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion
Jelas beliau, di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah bergantung jumlah pekerja
“Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja
“Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja
“Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan
“Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini
“Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu,” katanya
Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan) yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen di sini hari ini
Muhyiddin menambah, kerajaan turut mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan
Katanya, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara
Jelas beliau, PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini
Kerajaan tambah beliau, akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
“Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, seperti mana yang telah diberikan oleh pihak bank
“Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka,” ujarnya
Muhyiddin berkata, di samping meringankan beban kewangan PKS, kerajaan juga akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan sektor mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan yang telah diumumkan
Antara jelas beliau, penambahbaikan yang akan dilaksanakan dengan memansuhkan kadar faedah 2 peratus kepada 0 peratus untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional
Katanya, skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro itu juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%
“Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini
“Selain itu, pengecualian bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan
“Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS,” jelasnya
Muhyiddin turut menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiga bulan selepas tempoh ituberakhir atas prinsip perkongsian bebanan
Jelas beliau, pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April hingga Jun ini
“Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut
“Selain itu, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25 peratuske pada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember ini
“Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/pakej-tambahan-pks-sme-berjumlah-rm10.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ts Muhyiddin Yassin Umum Peruntukan Tambahan Rm10 Bilion Bantu Pks

Pm Ts Muhyiddin Yassin Umum Peruntukan Tambahan Rm10 Bilion Bantu Pks

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 393 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan pakej perihatin tambahan sebanyak RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana Dana tambahan itu dibuat bagi membantu kesukaran yang dialami oleh industri tersebut pada masa ini sus...
Subsidi Upah Hampir Seganda Pm Bakal Umum Bantuan Rm10 Bilion Untuk Pks

Subsidi Upah Hampir Seganda Pm Bakal Umum Bantuan Rm10 Bilion Untuk Pks

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 247 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini akan mengumumkan bantuan RM10 bilion bagi membantu pekerja di perusahaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan penutupan perniagaan bawah perintah kawalan pergerakan Perkembangan ini tambahan kep...
Pakej Prihatin Tambahan Bantu Daya Tahan Pks Mikro

Pakej Prihatin Tambahan Bantu Daya Tahan Pks Mikro

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA TERENGGANU 6 April Pakej Prihatin PKS bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mampu memberi kelangsungan kepada usahawan mikro yang mengalami kesukaran operasi sejak Perintah Kawalan Perge...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 380 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion Pakej ini melibatkan semua ...
Pakej Rangsangan Tambahan Prihatinrakyat Suntikan Langsung Kerajaan Meningkat Kepada Rm35 Bilion

Pakej Rangsangan Tambahan Prihatinrakyat Suntikan Langsung Kerajaan Meningkat Kepada Rm35 Bilion

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 160 hits
Suntikan fiskal langsung kerajaan bagi merangsang ekonomi negara kini meningkat kepada RM35 bilion susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Tambahan bernilai RM10 bilion oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini Ment...
Senarai Bantuan Pakej Prihatin Pks Tambahan

Senarai Bantuan Pakej Prihatin Pks Tambahan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 276 hits
SENARAI BANTUAN PAKEJ PRIHATIN PKS TAMBAHAN Kerajaan mengumumkan PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pakej rangsangan tambahan itu dijangka mampu me...
Rm10 Billion Untuk Pks

Rm10 Billion Untuk Pks

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini akan mengumumkan bantuan RM10 bilion bagi membantu pekerja di perusahaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan penutupan perniagaan bawah perintah kawalan pergerakan Perkembangan ini tambahan kep...
Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 249 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid 19 Jumlah itu termasuk suntikan fiskal seba...
Covid 19 Geran Khas Prihatin Rm2 1 Bilion Bantu Perusahaan Pks Mikro

Covid 19 Geran Khas Prihatin Rm2 1 Bilion Bantu Perusahaan Pks Mikro

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 428 hits
Foto Ehsan Malay MailPUTRAJAYA 6 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2 1 bilion akan diwujudkan khusus untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana mikro menangani impak kewan...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions