Senarai Bantuan Pakej Prihatin Pks Tambahan


SENARAI BANTUAN PAKEJ PRIHATIN PKS TAMBAHAN

Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej rangsangan tambahan itu dijangka mampu meringankan beban usahawan PKS.
SENARAI BANTUAN PAKEJ PRIHATIN PKS TAMBAHAN

Pertama, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
− Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
− Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga
200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800
bagi setiap pekerja.
− Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
− Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan  PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
− Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
Kedua, mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Ketiga, Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.
 
Di samping meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan juga akan mengambil
beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada
semua bantuan yang telah diumumkan. Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah:
Pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%.Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini. Kedua, mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS.Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.
Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
Ketiga, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020.Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah. Saya juga faham kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian majikan untuk mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini. Dalam hal ini, Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.
Majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian. Sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini. Yang penting, hak dan kebajikan kedua-dua pihak mestilah sentiasa terbela.
Saya juga tahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak syarikat untuk mengemukakan dokumen berkanun bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh PKP ini. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.
Selain itu, tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan berkenaan
The post SENARAI BANTUAN PAKEJ PRIHATIN PKS TAMBAHAN appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/senarai-bantuan-pakej-prihatin-pks-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Prihatin Tambahan Bantu Daya Tahan Pks Mikro

Pakej Prihatin Tambahan Bantu Daya Tahan Pks Mikro

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA TERENGGANU 6 April Pakej Prihatin PKS bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mampu memberi kelangsungan kepada usahawan mikro yang mengalami kesukaran operasi sejak Perintah Kawalan Perge...
Prihatin Tambahan Bantuan Geran Khas Rm3k Untuk Pengusaha Pks Mikro

Prihatin Tambahan Bantuan Geran Khas Rm3k Untuk Pengusaha Pks Mikro

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 567 hits
PRIHATIN Tambahan Bantuan Geran Khas RM3K Untuk Pengusaha PKS Mikro Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tambahan pada 6 April lalu untuk meringkan beban
Program Subsidi Upah Perkeso Pakej Prihatin Pks

Program Subsidi Upah Perkeso Pakej Prihatin Pks

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 298 hits
Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yg diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS Program ini diperkenalkan sbg langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP Sebel...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 278 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 262 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan khas secara one off kepada pemandu e hailing yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid 19 Lebih Info akan
Pakej Rangsangan Ekonomi Ini Senarai Bantuan Dinikmati Rakyat Bermula April

Pakej Rangsangan Ekonomi Ini Senarai Bantuan Dinikmati Rakyat Bermula April

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 195 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakej Rangsangan Ekonomi ini tidak akan meminggirkan setiap lapisan masyarakat dalam mendepani kesukaran akibat wabak Covid 19 Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 1 April Bermula hari ini rak...
Senarai Bantuan Prihatin Nasional

Senarai Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 169 hits
SENARAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL iaitu pemberian tunai secara one off dengan peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40 Mereka ini termasuk pekerja swasta peneroka FELDA petani nelayan p...
Pakej Tambahan Pks Berjumlah Rm10 Bilion

Pakej Tambahan Pks Berjumlah Rm10 Bilion

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 126 hits
Kerajaan mengumumkan pakej tambahan berjumlah RM10 bilion yang diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan Perusahan Kecil dan Sederhana sekali gus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan...
Pakej Prihatin Pks Apa Yang Anda Mesti Tahu

Pakej Prihatin Pks Apa Yang Anda Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 260 hits
Baru tadi PM kita umumkam pakej ransangsan untul PKS yang saya rasa amat terjejas dengan PKP ini Sebab mereka adalah golongan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap Dengan pemgumuman oleh PM kita ini bolehlah PKS bernafas seketika ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Himpunan Resepi Ayam Masak Black Pepper Yang Simple Dan Sedap