Pakej Murah Sehari Ke Singapura


Pakej Murah Sehari Ke Singapura | Bulan lepas aku ingatkan dapat ke negeri Pasir Dua Butir tapi sehingga hampir penghujung bulan senyap je jadi aku nakkkk juga ambil "me time" barang sehari dua. Orang lain yang bekerja dapat cuti lapan hari dalam sebulan kot? Bukan sebab penat menguruskan keluarga tapi sebab memang nak keluar melihat dunia. Sementara masih sihat ni berjalanlah, kalau ditakdirkan sakit nanti belum tentu ada orang nak bawa ke sana sini. Kang jadi beban kat orang pula.
Aku ada jugalah survey Singapore day trip package yang lalu lalang di facebook. Kebetulan, RAINI Travel tanya siapa nak ikut ke Singapura kerana masih ada kekosongan... so aku pun on je lah. Since aku pun takde plan nak berjimba di Universal Studio Singapore, pakej begini memang memudahkan untuk melawat banyak tempat dalam sehari dengan kos yang murah, RM135 seorang dari Kuala Lumpur dan RM99 dari Johor Bahru. Murah bangat! Aku dah check tambang sehala dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Singapura rata-rata RM60. Kalau dari Seremban RM55, tu belum termasuk lagi tambang MRT atau Grab nak jenjalan di sana. Tu belum kira lagi masa yang terbuang sebab tersadai masa hujan lebat macam aku pergi dulu huhuu...(boleh baca di sini). So I think day trip package is the best for short vacation

So how was it? Ini macam 👍👍
Okaylah, aku brief sikit tentang negara tetangga yang maju ni ya. 

Singapura Sepintas LaluSingapura atau nama lamanya Temasek dahulunya sebahagian dari Negeri-negeri Selat dibawah pemerintahan British. Ia diserahkan oleh British bersama-sama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia tetapi telah keluar dari Malaysia pada 3 Ogos 1965 kerana ketidaksefahaman dengan pemerintah Malaysia waktu itu

Ekonomi Singapura berkembang dengan pesat. Sistem perbankan yang baik dan berintegriti meyakinkan masyarakat antarabangsa menjadikannya sumber pendapatan utama Singapura diikuti bisnes perkapalan, pelancongan dan pembuatan. Singapore banking system known as "Swiss of the east". No kawtim kawtim di Singapura. Peristiwa yang baru panas di Malaysia sekarang tahun 2016 lagi dah diambil tindakan oleh kerajaan Singapura so jangan nak try 'cuci duit' di sana. Disebabkan kes besar tersebut bank berusia lebih seratus tahun diarahkan tutup, ada bank yang terus disiasat dan dua pegawai bank dipenjara. 
Singapura terus ke depan menjadi negara paling maju dia rantau Asia Tenggara. Dengan jumlah penduduk seramai empat juta orang dan pendatang kira-kira dua juta, Singapura berjaya membawa masuk seramai 10 juta pelancong asing tahun lalu. Walaupun keluasan negara Singapura lebih kecil daripada Danau Toba, ia mampu menawarkan pelbagai produk pelancongan untuk memenuhi bermacam jenis pelawat. Jika berminat tentang sejarah, ada... boleh pergi ke War Memorial Bukit Chandu di Kent Ridge. Suka shopping, ada banyak high end shopping malls. Yang suka jenis adrenaline pumping, juga ada tempatnya. Walau bagaimanapun Malaysia mengatasi Singapura menjadi teratas dalam medical tourism di Asia Tenggara.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa perniagaan manakala Bahasa Melayu ialah bahasa nasional malah lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Melayu. Menariknya bila dengar tour guide kami tu bercakap Melayu bunyinya macam bahasa pelakon dalam filem P. Ramlee tu. Klasik.

Fyi di Singapura masih banyak jalan dan nama tempat yang dikekalkan dengan nama Melayu seperti Kallang, Kranji, Bugis Street, Tanjong Pagar, Kampong Eunos dan sebagainya. That makes it unique


Trip Sehari Bersama RAINI TravelKami bertolak dari KL Sentral jam 10.30 malam dan tiba di RnR Gelang Patah, Johor, 4 pagi. Rehat, mandi, solat dan sarapan di sini. Bukan kami saja nak ke Singapura waktu tu tapi ada banyak lagi bas yang turut menuju ke sana. Bilik ayaq yang sepatutnya sejuk terasa bahang bila dipenuhi Cik Kiah. Kalau rasa tak tahan nak 'membuang' eloklah pergi ke stesen minyak Shell, Petronas atau Petron. Toilet di Petron baru dan banyak. Disebabkan aku sejak pagi Jumaat tu dah berada di KL maka aku pun mandilah juga. Kalau aku bertolak malam dari rumah, main calit calit terus wangi je lah heheheh...

Bila tiba di kompleks imigresen Malaysia kita kena turun dengan hanya membawa dokumen terpenting, passport. Naik bas semula dan kita akan turun dengan SEMUA barangan di imigresen Singapura. Nak masuk negara orang kan.... macam naik kapal terbang jugalah, kastam scan semua barang sebelum beratur sampai lenguh kaki di imigresen tu. Giler dow... sejam setengah berdiri. Kena denda dalam kelas dulu pun tak lama camni 😡

Selesai semua tu kami terus ke the state of the fun, Sentosa Island! Sampai juga akak ke sini, dik.

Bas berhenti di Singapore Cruise Centre. Kalau kita nak ke Batam lebih baik naik feri dari sini kerana lebih cepat dari jeti Johor di Stulang Laut. Dari Jeti Stulang Laut 90 minit tapi dari Singapura hanya 45 minit. Dalam SCC ni ada memacam kedai, walaupun perut masing kenyang tapi bau pastri tu kan...telan air liur jap. Terngiang-ngiang di telinga, "jangan makan ikut nafsu!" hahah... Ada satu bunga besar di pintu masuk tu cantik untuk bergambar. Jarang aku tengok orang pos di medsos bergambar di situ.



Ambil mood dulu... entah bila akan sampai di Korea

Foto wajib di glob Universal Studio Singapore. Yeayyy ai dah sampai di USS

Dari sini kita akan mula berjalan untuk ke Resort World Sentosa di Sentosa Island. 1.1km uols nak sampai ke Universal Studio Singapore. Sajalah kami dibawa berjalan untuk melihat sekeliling tapi kalau rasa tak larat boleh je naik monorel dari Vivo City, USD5 seorang. If you're from other parts of Singapore, boleh je naik MRT North East Line atau Circle Line dan turun di MRT di Harbourfront yang connected dengan Vivo City tu. Kedua-dua MRT akan terminate di situ then sambung naik monorel kalau nak cepat atau naik cable car pun boleh, ikut Exit B menghala ke Harbourfront Centre

 Sentosa Island ialah sebuah pulau buatan yang diatasnya dibina Resorts World Sentosa dan hotel lima bintang. Di pulau kecil ini ada 44 tarikan pelancongan seperti KidsZania, Skyline Luge & Skyride Sentosa, Mega Adventure Park, iFly Singapore dan berbagai lagi tetapi yang selalu orang update hanyalah Universal Studio Singapore. Tipah pun tertipu... ingatkan tu je ada.

Sambil berjalan ke Pulau Sentosa tu kejap kejap berhenti nak ambil gambar hehe...jenuh tour guide kami, Jo, panggil. Biasalah kan kalau first time sampai memana semua sudut nak selfie. Pagi Sabtu tu ramai orang dengan peralatan melukis memasing duduk sambil melukis pemandangan. Wow hobi yang bagus! Bila dah sampai ke seberang sana... owh dah ramai orang. Tak dapatlah clean background bila bergambar di USS globe tu.




Malaysian Food Street di Sentosa Island. 
Dari satu tempat ke satu tempat kami gunakan monorel. Bila dah sampai Sentosa Island kita boleh naik monorel dengan percuma, yang bayar USD5 tu jika naik dari Vivo City di seberang sana. Kami jalan lagi hingga ke patung Merlion kemudian naik ke Madame Tussauds. Sempatlah kita bergambar dengan Van Diesel, Lady Gaga dan Tom Cruise hehee... Di sini juga kita boleh try race VR car dengan kadar SGD20 seorang. Alaa yang letak apa ntah lat muka tu...hmm entahlah nak... dia bagi dua pilihan nak race kat jalan raya atau circuit


Terjumpa Tom Cruise terus lupa laki sendiri hahahah... taklah tinggi sangat dia ni

Dari sini kami ke Kampung Glam yang menempatkan Malay Heritage Centre yang dahulunya istana dan Masjid Sultan. Sebenarnya dahulu kala kawasan ini kampung Melayu yang diketuai oleh Sultan Hussain dari Riau. Aku ada baca satu kenyataan almarhum Sultan Azlan yang penghujungnya bermaksud "akhirnya raja mungkin hanya boleh dilihat di muzium". Betullah. Jaga-jagalah yang masih berkuasa tu... hidup ini bagai roda. Banyak bukti depan mata, semalam jadi manusia paling power esok mungin pakai baju warna jingga. Itu contoh...

Di sinilah juga kami lunch. Aku tak makan murtabak di Restoran Zam Zam sebab dah pernah try tapi di restoran berdekatan tapi portion masih sama, besar, boleh makan dua orang. Intinya pun mewah. Murtabak SGD8 + teh tarik SGD1.40. Habis separuh je separuh lagi tapaw. Giler nak buang 24 hengget tu 😭😭. Aku sambung makan di RnR Machap hahah...sayang rezeki oii.

Sejarah Melayu dan Singapura boleh dilihat di Malay Heritage Centre

Masjid Sultan dari Arab Street



Kemudian kami berhenti sekejap di The Esplanade untuk bergambar. Rasanya memana rombongan pun akan berhenti di business districts ini. Puaslah hati ai dapat bergambar kat semua Singapre's landmarks.


Di belakang ai tu Esplanade "the big durian", lokasi pementasan teater dan kesenian

Selepas tu kami dibawa ke Bugis Street pula...ohmaiii...tempat shopping dengan harga patut uolsss... tapi sayangnya kami hanya diberikan masa 30 minit sahaja di sini sebab time dah banyak lari. Kena punctual lah kalau ikut group trip camni... Kan dah rugi tak dapat menjelajah Bugis Village tu.. punyalah banyak kedai nak ditabur duit haishhh...


Then we headed to Gardens by the Bay yang ada pokok besar tu. Di sini pun kami explore kawasan luar tu saja, tidak dibenarkan naik jambatan di Supertree Groove disebabkan hujan. Kami juga tak masuk ke Flower Dome sebab tak cukup masa...tapi okay jugalah tak masuk, terkejar-kejar tak best. Takpelah insyaAllah next time boleh pergi lagi and spend more time di lokasi tertentu. Untuk enjoy Gardens by the Bay kita kena datang siang dan malam untuk pengalaman berbeza, dan pemandangan malamnya sangat indah. Ada 12 attractions di dalam ni saja...banyak kan? According to Tripadvisor Gardens by the Bay is rated top three things to do in Singapore. Jangan terlepas okeh!

Supertree Groove di Gardens by The Bay

Sumber https://www.veltra.com/en/asia/singapore/a/137190
Kemuncaknya trip ni kami dibawa menonton Spectra, water and light show depan Sand Expo & Convention Centre. Ini pertunjukan gabungan muzik simfoni, cahaya dan air menggunakan teknologi lazer terkini, air pancut dan projektor. Ia dikatakan pertunjukan yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Pertunjukan ini free aje selama 15 minit dan spot paling ngam di tengah platform (bukan di bawah). TG Joe kata di Suntec City pun ada show gini.

Waktu pertunjukan:
Ahad-Khamis: 8 dan 9 malam
Jumaat-Sabtu: 8, 9, 10 malam


Begitulah ceritanya trip bajet kami sehari di Singapura. Aku rasa berbaloilah sebab dapat melawat banyak tempat. Ahh...penat tu dah balik nanti baru cerita. Kalau nak stay sehari lagi di Singapura rasanya boleh je bincang dengan RAINI Travel, balik sendiri naik bas. Senang je.

Tiap-tiap bulan RAINI Travel buat day trip ke Singapura so please contact them for more infos at 016-774 4594 . Next trip will be on 30th November










© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2018/10/pakej-murah-sehari-ke-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Murah Flight Dan Hotel Di Traveloka

Pakej Murah Flight Dan Hotel Di Traveloka

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 429 hits
Akhir tahun ramai kawan kawan dan saudara mara pergi bercuti Wall socmedia di penuhi dengan kisah kisah travel mereka Seronok Tak kisahlah bercuti di dalam negara mahupun di luar negara Pastinya ia satu pengalaman baru yang menyeronokkan bu...
Sutopo Dianugerahi Penghargaan Tingkat Asia Oleh Koran Singapura

Sutopo Dianugerahi Penghargaan Tingkat Asia Oleh Koran Singapura

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 190 hits
Pengumuman itu disampaikan pada Rabu 28 November di tengah pelaksanaan Global Outlook Forum 2019 yang diadakan oleh surat kabar The Straits Times di Singapura
Anak Usaha Telkom Gandeng Singapura Luncurkan Satelit Maritim

Anak Usaha Telkom Gandeng Singapura Luncurkan Satelit Maritim

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 205 hits
Layanan ini menggunakan dua satelit Ku band regional yang dapat menjangkau perairan Indonesia Malaysia Singapura Filipina Vietnam bahkan sampai ke wilayah Laut Cina Selatan yang strategis Layanan ini menargetkan untuk kapal kapal kecil baik...
Tips Baju Menikah Favorit Bisa Bikin Kamu Seperti Raja Dan Ratu Sehari

Tips Baju Menikah Favorit Bisa Bikin Kamu Seperti Raja Dan Ratu Sehari

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 268 hits
Tips Baju Menikah Favorit Bisa Bikin Kamu Seperti Raja Dan Ratu Sehari Tips Baju Menikah Favorit Bisa Bikin Kamu Seperti Raja Dan Ratu Sehari Tak mau kelihatan kaku saat pesta pernikahan nanti anda harus cobain deh beberapa inspirasi baju m...
Pemerintah Singapura Bimbang Singapura Bakal Tenggelam 8751

Pemerintah Singapura Bimbang Singapura Bakal Tenggelam 8751

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 409 hits
Akibat air laut semakin naik Singapura bakal menjadi negara kota yang tenggelam Sayugia diingatkan nukilan ini tanpa prajudis Terima kasih Xperlu bazirkan duit biaya bina pintu buka tutup laut atau keperluan resevor Kembalikan Azan di lain ...
Kata Permohonan Ahli 1000 Sehari Tapi Amanah Terengganu Sasar 100 Aje Sebulan

Kata Permohonan Ahli 1000 Sehari Tapi Amanah Terengganu Sasar 100 Aje Sebulan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 317 hits
Minda RakyatKUALA TERENGGANU Amanah setiap kawasan perlu menambah sekurang kurangnya 100 ahli baharu setiap bulan bagi memastikan parti itu mencapai sasaran seramai 20 000 ahli pada 2019 Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahma...
Baru Sehari Di Maldives Sariyanti Dah Mula Rindu Anak Anak Follower Kata Sindrom Mak Mak Memang Gini

Baru Sehari Di Maldives Sariyanti Dah Mula Rindu Anak Anak Follower Kata Sindrom Mak Mak Memang Gini

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 579 hits
Baru sehari bercuti ke Maldives Sariyanti mula rasa rindu kepada anak anaknya Beginilah ibu ibu kerinduan saat berpisah dengan anak anak memang tidak dapat disangkal lagi walau pun suami tercinta ada sisinya Sariyanti bersama suami Jep Sepa...
Kubu Jokowi Prihatin Prabowo Rendahkan Rakyat Indonesia Di Singapura

Kubu Jokowi Prihatin Prabowo Rendahkan Rakyat Indonesia Di Singapura

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 188 hits
Misbakhun menilai dalam pidato Prabowo justru melecehkan rakyat Indonesia karena menyatakan rakyat Indonesia mudah disuap hanya dengan beberapa karung nasi untuk memilih calon tertentu dalam kontestasi politik
Singapura Tak Lama Lagi Akan Memperkenalkan Hybrid Bas Pada Bulan Disember Depan

Singapura Tak Lama Lagi Akan Memperkenalkan Hybrid Bas Pada Bulan Disember Depan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 403 hits
SINGAPURA 10 buah bas hibrid diesel elektrik pertama dalam 50 armada akan berada di jalan dari bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha nasional untuk menjadikan armada bas awam di sini lebih mesra alam Mereka akan dikendalikan oleh pe...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia