Kata Permohonan Ahli 1000 Sehari Tapi Amanah Terengganu Sasar 100 Aje Sebulan
Minda Rakyat

KUALA TERENGGANU - Amanah setiap kawasan perlu menambah  sekurang-kurangnya 100 ahli baharu setiap bulan bagi memastikan parti  itu mencapai sasaran seramai 20,000 ahli pada 2019. 
  Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sasaran  itu menjadi indeks pencapaian utama (KPI) bagi kepimpinan di setiap  kawasan. 
 "Seluruh ahli parti perlu menggerakkan kekuatan  menambah ahli baharu bagi memastikan 1,047 kampung atau cawangan mesti  ada sekurang-kurangnya 20 ahli yang aktif.
 "Ini bagi memastikan kita mencapai sasaran 20,000 ahli dalam tempoh  setahun bagi 2019," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan  Amanah di Wisma Peladang di sini, hari ini. 
 Konvensyen yang  bertemakan Memperkukuh Muafakat Mencipta Gelombang hari ini dihadiri  kira-kira 300 ahli Amanah dari seluruh Terengganu (300 daripada 10,000 betul ke?). 
 Dalam perkembangan sama, Raja Bahrin berkata, mana-mana kawasan yang  gagal mencapai minimum 100 ahli baharu sebulan akan diberi surat tunjuk  sebab dan perlu menjawab dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) negeri.  
 "Jangan beri alasan, masa depan parti di tangan kita. Jika kita sambil lewa, Amanah akan ketinggalan," katanya. 
 Dalam pada itu, Raja Bahrin berkata, Amanah Terengganu diminta membuka  ruang seluas-luasnya kepada bekas ahli Umno untuk menyertai parti itu  sebagai langkah merekrut seramai mungkin ahli baharu. 
 "Saya  sedih dengan sesetengah kawasan yang pertambahan ahli baharu begitu  perlahan. Ada yang beri alasan tidak mahu sokong permohonan dalam  kalangan bekas Umno. 
 "Saya pelik sebab sebahagian besar yang  berhijrah dalam parti ini adalah bekas Umno. Jadi, jangan terlalu takut  untuk terima ahli baru dari bekas Umno sebab apabila menjadi ahli parti  mereka tertakluk dengan peraturan dan perlembagaan parti," katanya.
MR :  Mengikut data tepat ahli AMANAH  Terengganu hanya 500 orang aje. 2 bulan lagi ahlinya capai 20,000. Parti  Islam Liberal ni tahu ke bohong tu berdosa 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/kata-permohonan-ahli-1000-sehari-tapi.html