Pemerintah Singapura Bimbang Singapura Bakal Tenggelam 8751



Akibat air laut semakin naik, Singapura bakal menjadi negara kota yang tenggelam. 

Sayugia diingatkan nukilan ini tanpa prajudis. Terima kasih.

Xperlu bazirkan duit biaya bina pintu buka tutup laut atau keperluan resevor. Kembalikan Azan di lain-lain Masjid di Singapura, berkumandang sebagaimana Masjid Sultan, Singapura. LKY pun now ingin keluar dan izinkan Azan berkumandang semula. Pastinya dia ingin anut Islam tapi to late - hidayah untuk dia telah tertutup.

2. Beri kuasa Majlis Agama Islam Singapura melindungi iman Umat Islam Singapura seperti adakan Mahkamah Syariah yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah konvensional. Barulah yang jadi pengunjung (Orang Islam) jalan merah boleh didakwa, begitu juga yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan boleh ditangkap dan didakwa. Lagi bagus jika pemerintah Singapura laksanakan Hukum Hudud sebagai garis panduan Umat Islam Singapura dan Umat Islam yang datang berkunjung ke Singapura.

3. Jenamakan semula Singapura bukan Singapore. Selari dengan Lagu Kebangsaan Berbahasa Melayu - Majulah Singapura bukan Majulah Singapore.

4. Lagi pun Singapura masih tanah jajahan takluk Sultan Johor. Itu sebab Sultan Johor dan kerabatnya tidak perlu cop paspot untuk ke Singapura. Bendera pun bulan dan bintang petanda Singapura sebagai sebahagian Wilayah Nusantara yang berteraskan Islam.

Langkah-langkah di atas dapat menutup mulut longkang Melayu yang contohkan Singapura kononnya itu ini. Walhal Umno lah yang telah mengkafirkan Singapura dan Pulau Batu Putih. Nauzubillahminzalik.

Cukuplah 4 syarat di atas bagi melindungi Singapura dari tenggelam sebagaimana olahan pemikiran pakar yang hanya bergantung kepada celek akal bertaraf manusia sahaja. Mereka tidak akan dapat mengatasi Kehendak, Ketentuan dan Takdir Allah Subhanahu Wa Ta'alla.

Dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'alla ...berita dibawah xperlu diviralkan dan hanya langkah membazir dalam menyekat kehendak Allah .. Siapalah manusia jika dibanding dengan Kerajaan Allah. Sebuk sekat air laut naik melimpah, Allah takdirkan bumi Singapura terbelah? Allahu Akbar.
SINGAPURA – Dengan paras air laut di peringkat global dijangka semakin meningkat, Public Utility Board (PUB) terpaksa buka tender bagi mengenal pasti cara-cara melindungi struktur pantai Singapura daripada tenggelam
Demikian diumumkan sendiri oleh agensi air negara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi media yang dikeluarkan pada 27 Januari dan turut disiarkan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia
PUB dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengarahkan agar satu kajian kejuruteraan dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah melindungi struktur-struktur yang melindungi tanah daratan utama Singapura
Ini termasuk empangan, pintu pasang surut, daik dan alur limpahan air di 11 takungan bagi menangani isu air laut yang semakin meningkat pada masa akan datang dan dijangka menenggelamkan republik itu jika kurang bersedia
Tender dikeluarkan PUB tersebut bakal menyemak kembali rekaan struktur sedia ada dan menilai sama ada ia mencukupi untuk bertahan daripada ancaman paras air laut yang dijangka semakin meningkat pada masa depan
Ini juga meliputi langkah-langkah memastikan kesempurnaan struktur di takungan itu sebagai persediaan berdasarkan Tinjauan Perubahan Iklim Nasional kedua yang dijalankan oleh Pusat Kajian Iklim Singapura
Sebahagian daripada penyesuaian yang mungkin dilakukan termasuk meninggikan pintu pasang surut, memasang tiang penimbal dan menaik taraf struktur pintu pasang surut, menurut kenyataan badan berkanun itu lagi
Ketua Pegawai Kemampanan PUB, Tan Nguan Sen berkata bahawa langkah pencegahan awal ini perlu demi mempertingkat perancangan penyesuaian bagi menangani kesan perubahan iklim dan melindungi prasarana air
“Meskipun struktur takungan cukup menangani paras air laut sekarang, tender ini membolehkan kita buat persediaan bagi paras laut semakin tinggi dan langkah awal lindungi takungan hingga tahun 2100,” jelas Tan
Bagi menampung kenaikan paras air laut masa akan datang, paras tambakan minimum di Singapura pernah dinaikkan setinggi satu meter pada 2011 iaitu dua meter melepasi paras air laut tertinggi yang pernah dicatatkan
– Agensi/Mynewshub.cc/HAABaca: Tarif Bil Air Singapura Bakal Naik Lebih RM6 Elak BazirSingapura Buka Tender Projek Lindungi Negara Itu Tenggelam – MYNEWSHUB
https://www.mynewshub.tv/hangat/singapura-buka-tender-projek-lindungi-negara-itu-tenggelam/

HALANG… Hasrat Firefly Sdn. Bhd., anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) pindah operasi pendaratan dan perlepasan di Singapura disekat Penguasa Penerbangaan Awam Malaysia (CAAM).Ini mengakibatkan syarikat ditubuhkan sejak 2007 itu gagal dapat kebenaran CAAM untuk beroperasi di Lapangan Terbang Seletar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, menurut laporan media Singapura hari ini
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dilaporkan keluar kenyataan itu sebagai jawab pertanyaan media ekoran Firefly mengesahkan awal minggu ini bahawa penerbangannya ke Singapura digantung mulai 1 Disember
Syarikat tersebut menyatakan bahawa ia perlu selesaikan dengan pihak CAAM terlebih dahulu mengenai “hal-hal berkaitan rancangan CAAS untuk memindahkan operasi pesawat kipas turbo dari terminal di Changi ke Seletar”
Untuk rekod, terminal penumpang komersial yang baharu di Seletar, kira-kira 16 kilometer dari Changi; mula beroperasi minggu lalu dengan penerbangan pesawat kipas turbo dijadual beroperasi mulai awal bulan depan
Changi Airport Group (CAG), sebuah agensi milik pemerintah republik itu menyatakan bahawa pemindahan “operasi pesawat lebih kecil dan perlahan” ke Seletar akan membolehkan penggunaan optimum sumber di Changi
Mendedahkan urutan masa berhubung hal tersebut, CAAS menyatakan pada 2014, pihaknya sudah memaklumkan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Firefly tentang pemindahan operasi penerbangan pesawat kipas turbo
Pada dasarnya, Firefly sudah setuju dengan pemindahan itu dan menurut CAAS “sebagaimana setiap pemindahan operasi penerbangan lain, CAG kemudian berunding pula dengan Firefly tentang tempoh masa pemindahan.”Pada Julai 2018, CAG secara formal memaklumkan Firefly bahawa operasi penerbangannya akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Seletar mulai 1 Disember 2018 dan menurut CAAS, perkara ini dipersetujui oleh Firefly
Namun pada 14 November lalu, Firefly maklum CAG bahawa ia tidak dapat izin rasmi CAAM untuk beroperasi di Seletar. CAAS menyatakan pihaknya sudah minta CAAM untuk kongsi sebarang isu pengawalseliaan pemindahan
Malah CAAS menambah bahawa pihak berkuasa Singapura sudah pun membuat “semua persiapan dan meluluskan semua permohonan” oleh Firefly yang memiliki 13 buah pesawat model ATR 72 untuk beroperasi di Seletar
Menurut CAAS lagi, lapangan terbang itu juga memenuhi keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa berhubung reka bentuk dan operasi terminal yang asalnya merupakan Pangkalan Tentera Udara Singapura
Pihak Singapura ketika ini masih lagi menantikan penjelasan rasmi daripada kerajaan Malaysia tentang keprihatinan ini supaya kedua-dua negara boleh mengadakan dialog secara membina, menurut CAAS
“Singapura sudah sampaikan kepada Malaysia bahawa kami sedia bekerjasama dengan mereka berkaitan isu ruang udara bagi kepentingan penerbangan awam antarabangsa dan dua hala,” tambahnya lagi. – Agensi/Mynewshub.TVMalaysia Sekat Firefly Pindah Dari Changi Ke Seletar – MYNEWSHUB
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/malaysia-sekat-firefly-pindah-dari-changi-ke-seletar/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/11/pemerintah-singapura-bimbang-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah As Bakal Naikkan Tarif Impor Iphone Dari Tiongkok

Pemerintah As Bakal Naikkan Tarif Impor Iphone Dari Tiongkok

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 219 hits
Sejauh ini iPhone telah berhasil menghindar dampak perang dagang antara Tiongkok dengan Amerika Serikat Namun baru baru ini presiden AS Donald Trump menyebut beberapa produk penting dari Apple bisa saja terkena tarif impor
Pemerintah Bakal Bangun 300 Jembatan Gantung Hingga 2019

Pemerintah Bakal Bangun 300 Jembatan Gantung Hingga 2019

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 259 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono mengatakan pihaknya berencana membangun 300 jembatan gantung di berbagai daerah seluruh Indonesia pada 2018 2019 Menurutnya kehadiran jembatan gantung disambut baik oleh masyara...
Mahdzir Bakal Didakwa Sprm

Mahdzir Bakal Didakwa Sprm

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 421 hits
Wartawan Sinar HarianMahdzir Khalid PUTRAJAYA Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Memetik laporan The Star sumber mendedahkan kes Mahdzir berkaitan dengan projek p...
21 Perusahaan Diduga Mafia Pangan Bakal Dimasukkan Daftar Hitam

21 Perusahaan Diduga Mafia Pangan Bakal Dimasukkan Daftar Hitam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 219 hits
Kementerian Pertanian mengaku sudah melakukan tindakan tegas kepada para mafia pangan yang merugikan pedagang yakni dengan memasukkan beberapa perusahaan dalam daftar hitam Menurutnya selama ini para mafia bermain di berbagai sektor pangan ...
10 Tipe Unggahan Yang Otomatis Bakal Dihujat Tapi Kocaknya Nggak Ada Obat Ngaco Banget Sih D

10 Tipe Unggahan Yang Otomatis Bakal Dihujat Tapi Kocaknya Nggak Ada Obat Ngaco Banget Sih D

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 251 hits
Nggak ada yang lebih mengesalkan dari membaca guyonan receh yang mengundang geregetan Yang sabar saudara saudara
Idris Ahmad Said Disebut Bakal Kembali Terajui Umno T Ganu

Idris Ahmad Said Disebut Bakal Kembali Terajui Umno T Ganu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 269 hits
Sebaik saja Mahdzir Khalid menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Umno Terengganu dua pemimpin negeri itu terus disebut sebut bakal mengambil alih jawatan itu Menurut sumber dalaman Umno dua pemimpin itu ialah Ahmad Sa...
Samsung Galaxy S10 Muncul Di Antutu Bakal Jadi Gadget Ngebut

Samsung Galaxy S10 Muncul Di Antutu Bakal Jadi Gadget Ngebut

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 210 hits
Samsung Galaxy S10 Muncul di AnTuTu Bakal Jadi gadget Ngebut Setelah banyak sekali bocoran kemunculan Samsung Galaxy S10 yang diprediksi muncul pad Februari 2019 mendatang nampaknya makin diantisipasi
Oneplus Bakal Memperkenalkan Oneplus 6t Edisi Mclaren Tidak Lama Lagi

Oneplus Bakal Memperkenalkan Oneplus 6t Edisi Mclaren Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 232 hits
Pelbagai syarikat pengeluar telah hadir dengan telefon edisi khas hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan Terkini OnePlus dilihat memilih McLaren sebagai rakan kerjasama mereka dan bakal hadir dengan sebuah telefon pintar OnePlu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah