Pakej Bajet Percutian Ke Langkawi 2019
Assalammualaikum Dunia… Hati ni dah lama sangat teringin nak pergi bercuti… Niat dari lepas kahwin lagi… Masa tu tahun 2017 Faiq tak wujud lagi sampai lani tahun 2019 Faiq dah nak masuk 9 bulan pun… lama tak lama dah dekat 2 tahun jugaklah… hahahaha… Memandangkan 2ndAnniversary kitorang bulan April ni so plan naklah tunaikan hasrat berhoneymoon bersama Faiq…hihihihi… Ada satu tempat ni yang MD teringin sangat nak pergi.. dalam Malaysia je… nak keluar Negara, tabung holiday tak penuh-penuh… hohohoho… Rasa macam nak ajak Pak Faiq pergi survey dekat Matta FairKL 15 – 17 Mac 2019 nilah… Jom korang…hehehehe… PAKEJ BAJET PERCUTIAN KE LANGKAWI 2019
MATTA FAIR 2019
Korang pun tahukan Matta Fair ni event yang diadakan setiap tahun bagi memudahkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk merancang percutian dengan tawaran-tawaran menarik dan harga yang berpatutan… Pernahlah dengar Usu bercerita experience dia pergi Matta Fair… Memang banyak Matta Fair Promo yang ditawarkan… Kita jelah sebagai pelanggan kena pandai memilih dan membuat keputusan yang tepat dalam membandingkan harga dan pakej-pakej percutian yang ditawarkan antara satu travel agensi dengan travel agensi lain … Tapikan kot kot lah nanti macam tak berapa rajin nak pergi Matta Fair 2019 ni, (almaklumlahkan ada anak kecik ni nak pergi tempat gitu agak berchenta sikit)… so MD rasa google jelah penyelesaiannya… hihihihi…
Dah kalau google, website travel yang MD familiar ialah Traveloka… Traveloka merupakan online platform yang menawarkan harga tiket dan rate hotel yang murah hanya dihujung jari saja… Dengarnya, Traveloka ada nak buat kempen Traveloka Saleabration dalam masa beberapa hari lagi… Macam menarikkan… tak sabar nak tunggu kempen tu nanti… Haih,bila dah nama kempenkan haruslah harga ditawarkan tu dah tolak diskaunkan… Agak-agak berapa % diskaun yang ditawarkan kan…?.. Makin tak sabar rasanya nak tunggu Traveloka Saleabration ni… hihihi…
Traveloka Saleabration
Bukan apa, MD teringin sangat nak pergi Langkawi...adududu... 33 tahun hidup tak pernah jejak langsung Langkawi...sob sob... Sementara nak tunggu survey dekat Matta Fair 2019 15 Mac2019 ni (kalau rajinlah), kite survey dulu dekat Traveloka Saleabration ... Tentu ada pakej menarik dan promosi harga kalau book Top Packages Destination... Even sebelum Saleabration berlangsung pun yang MD dah survey untuk Top Packages Destination 3 hari 2 malam 2 dewasa 1 bayi termasuk hotel dan tiket kapal terbang (saje try business class) paling murah RM 300++ je kot… harga pakej masih dalam bajet tu…Hencik Suami ON tak ON?... Hehehehe
Harga hotel dan flight ke Langkawi
Seronoknya kalau kite pilih Top Packages Destination ni, pihak Traveloka ada sediakan sekali cadangan tentatif idea aktiviti kite sepanjang bercuti tau contoh macam kalau MD pilih Langkawi Tour Packages untuk 3 hari tu dah ada aktiviti apa yang perlu dibuat… So kite tak perlu nak pening-pening, terbangak-bangak mana tempat nak tuju…tambah-tambah kalau pertama kali datang…Antara idea aktiviti yang dicadangkan oleh Pihak Traveloka jika ke Langkawi
Hari pertama
1 1. Tiba di Langkawi International Airport dan kereta sewa sedang menanti. Drive ke hotel, check in dan rehat.2 2. Tempat pertama yang perlu dilawati, Kereta Kabel dan Sky Bridge. Jangan lupa ambil banyak gambar bila berada di Bukit Cinchang.3. Makan malam di restoren seafood di Pantai Cenang. 4. Balik hotel dan rehat
Hari kedua1. Selepas breakfast di Hotel, pergi Eagle Square untuk Langkawi trip photo.Jangan lupa bergambar dengan burung Helang Besar. 2. Di Eagle Square ada banyak stalls dan jangan lupa try laksa disitu.3. Seterusnya pergi ke Makam Mahsuri and beli cenderahati disitu.4. Balik ke hotel.
Hari Ketiga1. Lawati Pulau Payar untuk mandi manda dan snorkeling disitu seharian.2. Balik hotel dan rehat.
Selain daripada tu, kelebihan lain yang ada dekat Traveloka ni bestnya sebab :-KENAPA TRAVELOKA MENJADI PILIHAN? 1. Tiada caj tersembunyi- Harga yang tertera di website termasuk semua cukai yang dikenakan, surcharges dan payment fees. Maksudnya tiada cas tersembunyi yang dikenakan kepada pelanggan.
2. Perbandingan harga yang rendah ditawarkan dengan Traveloka App.- Download Traveloka App untuk mendapatkan harga bilik yang terbaik dan promosi menarik.
Traveloka ada menyediakan Best Price Guarantee kepada para pelanggannya… “Kalau kita sebagai pelanggan dah booking di Traveloka then dapati ada website lain yang menawarkan harga lebih rendah berbanding mereka, kita boleh claim kerugian kita…”
3. Real Guest Reviews- Mendapat lebih kurang 2,000,000 review dari para pelanggan. Ni boleh membantu kita dalam membuat keputusan yang bijak.
4. Jaminan penginapan- Ni pun salah satu kenapa MD pilih Traveloka. In case dalam masa kite booking bilik hotel then tetibe ada masalah dengan booking tu, pihak Traveloka akan mencadangkan hotel yang lebih kurang sama tanpa caj bayaran dikenakan atau jaminan wang dikembalikan.
5. Pelbagai pilihan bayaran- Bagi transaksi pembayaran pula, boleh membuat bayaran melalui credit card,debit card, online internet banking atau di 7eleven tanpa servis caj.
6. Diskaun Istimewa- Diskaun istimewa hotel rates ditawarkan kepada flight customers, newsletter subscriber dan Traveloka members.
Masa nilah MD sebagai pelanggan kena bijak dalam membuat perbandingan harga… tapi dalam nak mencari yang murah jangan sampai terpedaya dengan mana-mana travel agensi yang tidak diiktiraf yer… eh ni pesan kat diri sendiri tau…hehehehe…Nak lebih selamat kalau rajin nak berjalan bolehlah ke Matta Fair 2019… Kalau macam agak-agak tak berapa rajin nak berjalan kite tunggu je Traveloka Saleabration ni online dekat telefon…Harap-harap sempatlah nak grab promosi Traveloka Saleabration nanti... hehehehe…
Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.masturadin.com/2019/03/pakej-bajet-percutian-ke-langkawi-2019.html