Cara Mudah Menjadi Ejen Pemasaran Pakej Percutian
Peluang untuk buat duit dalam bidang pelancongan sekarang ini terbuka luas. Kalau sebelum ini, anda belum pernah lagi ceburkan diri dalam bidang ini, apa kata selepas ini anda fikir-fikirkan tentang potensi pendapatan yang boleh dihasilkan dan selepas itu ambil tindakan yang sewajarnya.
Walaupun ramai individu di sekeliling kita yang mengeluh disebabkan kos sara hidup yang tinggi, harga barang harian semakin mahal, harga petrol yang tak turun-turun, namun ini tidak menghalang mereka untuk pergi bercuti.
Sebaliknya cabaran-cabaran seumpama ini, dapat menjadikan seseorang itu jadi lebih kreatif dan bijak membuat pemilihan, pakej percutian yang bagaimana yang mereka inginkan. Bila sebut tentang pergi bercuti, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.
Bagi mereka yang lebih kepada outdoor person, lazimnya mereka akan pilih destinasi percutian yang sarat dengan pelbagai aktiviti. Individu seperti ini biasanya tak begitu berkira tentang tempat penginapan. Kalau tak dapat hotel lima bintang pun tak ada masalah, sebabnya masa mereka akan banyak diluangkan diluar.
Apa yang penting, tempat penginapan untuk mereka pilih ini selesa, selamat dan tidak begitu jauh dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong.
Pernah tak anda terfikir untuk mulakan bisnes yang menawarkan pakej percutian?
Saya pernah. Mujurlah saya ada kenal beberapa orang kenalan, yang turut menjalankan bisnes dalam bidang pelancongan. Sedikit sebanyak, saya boleh belajar dari pengalaman mereka uruskan perniagaan yang mereka jalankan.
Kenali produk dalam bisnes pelancongan
Kalau nak buat duit dalam bidang ini, kita mulakan dengan berkenalan dengan apa produk yang kita boleh jual untuk hasilkan pendapatan.
Ini antara produk yang berkaitan dengan bisnes dalam bidang pelancongan
(1) Tiket
Termasuk tiket kapal terbang, tiket bas, tiket feri dan lain-lain pengangkutan. Selain itu anda boleh juga menjual tiket masuk ke mana-mana tempat menarik yang memerlukan anda membeli tiket.
Untuk beli tiket bas, anda boleh dapatkan secara online sama ada menerusi laman web BusOnlineTicket atau CatchThatBus
Tiket kapal terbang juga boleh dibeli secara online sahaja. Malahan anda boleh gunakan laman web Online Travel Agent (OTA) bagi tujuan mencari harga tiket kapal terbang paling murah yang terdapat dipasaran.
Baca disini: Tips membeli tiket kapal terbang dengan harga paling murah
Tahukah anda, menerusi laman web Lazada, kita juga boleh beli macam-macam tiket masuk ke mana-mana Theme Park dengan harga yang berkali ganda lagi murah berbanding harga di kaunter masuk? Lihat buktinya di halaman ini.
(2) Tempat penginapan atau tempat bermalam
Antara jenis tempat penginapan yang popular di negara kita adalah seperti hotel, motel, hostel, homestay, chalet dan sebagainya.
Ada pelbagai pilihan dan jenis tempat penginapan yang boleh dipilih oleh para pengunjung, dan yang menariknya, jika anda memilih untuk menjadi ejen pakej penginapan, anda tak perlu susah payah nak membina hotel atau homestay sebelum anda boleh mula mempromosikannya.
Sekiranya anda memang mahir dalam bab-bab pemasaran, anda ada peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding pemilik bisnes homestay. Semua ini anda boleh lakukan hanya sebagai ejen sahaja.
Kalau sebagai pemilik hotel atau homestay, pendapatan yang boleh dihasilkan adalah terhad kepada berapa banyak unit homestay yang dimiliki. Tapi sebagai ejen, anda boleh promosikan sebanyak mana hotel, homestay mahupun resort yang anda mahukan.
(3) Bisnes Tour Guide
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik tentang sesuatu tempat, seperti anda tahu tentang sejarah, tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi, tempat menarik untuk bergambar, tempat sesuai untuk buat aktiviti, anda boleh tambahkan tour guide dalam pakej pelancongan yang anda tawarkan.
Anda juga boleh menggunakan laman web Airbnb sebagai platform untuk iklankan bisnes tour guide yang anda jalankan.
Oleh kerana laman web Airbnb ini adalah laman web antarabangsa, maka ada kebarangkalian anda akan dapat pelanggan dari luar negara. Kalau sebelum ini anda hanya tahu fungsi laman web Airbnb sebagai platform untuk iklankan homestay dan tempat penginapan sahaja, sekarang ini anda patut tahu yang anda boleh iklankan servis tour guide melalui Airbnb juga.
(4) Bisnes kereta sewa pandu sendiri
Tadi saya ada sebut tentang kenalan saya yang menjalankan bisnes dalam sektor pelancongan. Mereka yang saya maksudkan menjalankan bisnes kereta sewa pandu sendiri.
Kalau anda minat nak tahu bisnes kereta sewa yang mereka jalankan, boleh baca posting saya sebelum ini.
(i) Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
(ii) Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
(iii) Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
(5) Bisnes tempat makan
Biasalah kalau pergi bercuti, kita mesti nak rasa apa hidangan istimewa yang terdapat ditempat tersebut. Dalam situasi ini, anda boleh deal dengan kedai makan untuk tawarkan harga yang istimewa untuk pakej hidangan kepada para pelanggan.
Kalau beli dari anda, dapat diskaun tapi kalau beli terus di kedai, kena bayar harga biasa.
(6) Pakej Internet dan data
Kalau bercuti diluar negara, anda perlu fikirkan tentang sambungan internet untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang. Ada macam-macam pakej internet dan data yang anda boleh langgan. Tapi saya nak cadangkan anda lihat dulu pakej internet yang ditawarkan oleh syarikat Visondata ini.
(7) Gadget dan barangan keperluan semasa travel
Ada beberapa item yang terlintas difikiran saya, misalnya beg bagasi, pakaian musim sejuk, kamera dan sebagainya. Lain destinasi percutian, maka lainlah keperluan yang perlu disediakan oleh pengunjung.
(8) Cenderahati dan t-shirt
Sebagai kenang-kenangan dan buah tangan untuk dibawa balik apabila tamat percutian.
Macam mana nak buat duit dalam sektor pelancongan?
Sekarang ini kita dah tahu, apa produk-produk yang berkaitan dengan industri pelancongan. Persoalan seterusnya ialah, macam mana nak buat duit dalam sektor ini?
Tak kira apa jenis produk yang anda ingin fokus, sama ada pelbagai jenis tiket, tempat penginapan mahupun perkhidmatan kereta sewa, semua ini memerlukan anda membuat jualan dan mendapatkan pelanggan.
Kerja yang paling susah, bukannya untuk dapatkan persetujuan dari pemilik resort, pemilik syarikat bas mahupun pemilik syarikat kapal terbang untuk terima kita sebagai ejen, sebaliknya bahagian yang mencabar adalah mendapatkan pelanggan.
Ya, kena tahu macam mana nak buat jualan!
Kalau bidang jualan, bukanlah satu bidang yang menakutkan untuk anda, saya boleh katakan bisnes ini sangat bagus untuk diceburi.
Cuba lihat kalender anda. Kalau pada bulan-bulan tertentu, ada banyak hari cuti, pendapatan anda juga akan meningkat beberapa kali ganda.
Daftar PERCUMA sebagai ejen yang mempromosikan produk pelancongan
Terdapat sebuah laman web yang menawarkan program affiliate, yang anda boleh sertai dan mula mempromosikan produk-produk dalam sektor pelancongan.
Jumlah produk dan perkhidmatan yang anda boleh promosikan ada sangat banyak, dan saya percaya apabila anda sertai program ini nanti, anda tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan.
Program yang saya maksudkan adalah program affiliate Involve Asia.
Melalui progam affiliate ini, kita boleh mula menjadi ejen kepada banyak syarikat yang memang bergiat aktif dalam sektor pelancongan. Syarikat yang saya maksudkan adalah seperti Agoda, Airbnb, Trivago dan banyak lagi.
Dibawah ini hanya sebahagian daripada syarikat yang kita boleh promosikan.
Setelah anda mendaftar dalam program affiliate ini, anda akan mendapat akses kepada lebih banyak syarikat yang berkaitan dengan industri pelancongan, yang anda boleh promosikan.
Anda mempromosikan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh jenama-jenama besar dalam industri pelancongan, seperti yang ditawarkan oleh syarikat Trivago, Agoda, Airbnb dan sebagainya.
Bakal pelanggan anda pasti akan rasa lebih yakin untuk buat tempahan, kalau dibandingkan dengan anda mempromosikan pakej pelancongan dari syarikat yang tak dikenali.
Untuk memudahkan anda mendapat jualan, saya cadangkan anda gunakan laman web berkonsepkan blog dan mula menulis topik yang berkaitan dengan percutian. Apabila laman blog anda mula mendapat perhatian oleh pengguna internet dan sudah mula memperolehi trafik yang konsisten, pada masa itu anda akan dapat lihat pendapatan anda daripada industri pelancongan mula menampakkan hasilnya.
Bukankah cara ini lagi mudah untuk buat duit dalam industri pelancongan? Kita fokus sahaja dalam bab pemasaran.
The post Cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian appeared first on Blog Sabree Hussin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sabreehussin.com/cara-menjadi-ejen-pakej-percutian/