Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan Kerajaan



Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan Kerajaan | Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob

Dalam satu kenyataan, PH berkata memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu

"Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan

"Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita," katanya.
Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan KerajaanKenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
PH berkata pertemuan turut diadakan semalam di antara wakil PH dan wakil perdana menteri.
Wakil Perdana Menteri terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Manakala wakil PH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
 "Pertemuan semalam telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19.
"Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan," katanya.
Suntikan fiskal tambahan RM45b
Majlis Presiden PH juga menyatakan pendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dilakukan kepada dana Covid-19 untuk menangani pandemik ini.
Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan KerajaanSelain itu, gabungan itu turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan di dalam memorandum dengan pihak kerajaan.
Semalam, Ismail mengumumkan mesyuarat kabinet bersetuju untuk melaksanakan tujuh pembaharuan parlimen dan pentadbiran.
Tujuh pembaharuan tersebut adalah:
Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan KerajaanAhli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/09/pakatan-harapan-akan-setuju-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Salah Kerajaan Pakatan Harapan

Apa Salah Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 261 hits
DIMANA JUGA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEMUANYA BAIK DAN BETUL RAKYAT TIDAK PERLU BIMBANG ISU GAGALNYA MENTERI PAKATAN HARAPAN YANG MEMERINTAH NEGERI SELANGOR UNTUK MEMBATALKAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA BUKAN ISU BESAR KER...
Pakatan Harapan Should Focus On Winning Ge15

Pakatan Harapan Should Focus On Winning Ge15

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 270 hits
From Murray HunterIsmail Sabri Yaakob who formed Malaysia s new government without benefit of election as his predecessor did may have a honeymoon period with an exhausted electorate hoping for political peace but how long that will last is...
What Will Pakatan Harapan Do If It Wins Ge15

What Will Pakatan Harapan Do If It Wins Ge15

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 215 hits
Now there are many issues that have been a hindrance or obstacle to progress democracy civil liberties human rights justice separation of powers race relations religious harmony good governance accountability transparency and much more Anwa...
Ph Setuju Meterai Mou Reformasi Dengan Kerajaan

Ph Setuju Meterai Mou Reformasi Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 193 hits
September 11 2021 Majlis Presiden Pakatan Harapan secara dasarnya bersetuju dengan memorandum persefahaman itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat PETALING JAYA Pakatan Harapan bersetuju memeterai memorandum persefahaman deng...
Without Pakatan Harapan Ismail Sabri Cannot Be Pm Says Kit Siang

Without Pakatan Harapan Ismail Sabri Cannot Be Pm Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 337 hits
DAP supremo Lim Kit Siang has claimed that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob remains as Prime Minister today due to Pakatan Harapan s support In a statement released on Wednesday the 80 year old Iskandar Puteri Member of Parliament said that I...
Ph Setuju Memorandum Kerjasama Pembangkang Kerajaan

Ph Setuju Memorandum Kerjasama Pembangkang Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 233 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk diadakan satu memorandum persefahaman antara pihak kerajaan dan pembangkang demi menjaga kebajikan rakyat ketika pandemik Covid 19 belum berakhir dan ekonomi negara semakin melemah Menurut ken...
Umno Made The Same Mistake As Pakatan Harapan

Umno Made The Same Mistake As Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 176 hits
You will be measured by your KPI And the KPI will be based on what you promised Pakatan Harapan found out the hard way they are a victim of their own lies Will Umno suffer the same The clock is ticking People are expecting a land of milk an...
Pakatan Harapan Lantik Pimpinan Baharu

Pakatan Harapan Lantik Pimpinan Baharu

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 535 hits
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan pelantikan baharu beberapa jawatan penting parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Pelantikan baharu itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden PH membabitkan Presiden PKR Da...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye

Kinder Schoko Bons Crispy

Klp48 Nfc Album Keychain

7 Barang Travel Wajib Ada Untuk Wanita Praktikal Murah Mesra Beg

Telur Pindang Johor