Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid 19 Selesai



Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat dari sikap rakus dan tamakkan kuasa pemimpin-pemimpin utama mereka, kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin menghadapi tugas yang amat berat untuk menangani wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai wabak epidemik dan pendemik dunia.


Sikap sambil lewa Kerajaan Pakatan Harapan telah membuka pintu penularan Covid-19.

Walau pun pemimpin Pakatan Harapan cuba sedaya upaya menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut pada kerajaan baharu, namun rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Menyedari situasi itu, pemimpin Pakatan Harapan cuba pula untuk menghasut rakyat dengan menggelar kerajaan baharu adalah kerajaan pintu belakang yang tidak sah.

Namun dakwaan Pakatan Harapan disambut sinis oleh rakyat.


Hasutan Pakatan Harapan terhenti bila DYMM Sultan Selangor bertitah bahawa kerajaan baharu yang ditubuhkan adalah kerajaan yabg sah mengikut Perlembagaan Malaysia dan baginda mahu segala tohmahan mengenai wujudnya kerajaan pintu belakang dihentikan segera.

Tidak pasti sama ada Pakatan Harapan memang tidak pandai berpolitik atau kewarasan mereka telah dibutakan dengan dendam kejatuhan mereka.

Di saat rakyat mula resah dan bimbang dengan penularan Covid-19, Pakatan Harapan tetap sibuk bermain politik sehingga rakyat menjadi semakin mual dengan cara Pakatan Harapan.

Gagal menghasut rakyat mengenai kewujudan kerajaan pintu belakang, Pakatan Harapan menumpukan pula serangan mereka pada setiap usaha yang kerajaan baharu lakukan untuk membantu rakyat dalam menghadapi Covid-19.


Fana RM250 bilion yang kerajaan umumkan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Khas Covid-19 dikritik hebat.

Pakatan Harapan mendesak supaya sidang parlimen khas diadakan untuk membentangkan dana RM250 bilion itu supaya tidak berlaku ketirisan kononnya.

Sebenarnya bukan dana RM250 bilion yang mahu dibahaskan oleh Pakatan Harapan tetapi sedaya upaya mereka mahu kembali berkuasa dengan cuba membuat undi tidak percaya di parlimen (BACA DI SINI).


Namun ketirisan yang kononnya dikhuatiri akan berlaku oleh Pakatan Harapan dijawab oleh Allah SWT dengan terbongkarnya kehilangan duit tunai RM250,000 Syed Saddiq mantan Menteri Belia dan Sukan di era Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Pakatan Harapan sedar, semakin lama kerajaan baharu memerintah, maka harapan mereka untuk kembali ke Putrajaya akan menjadi semakin sukar malah tidak keterlaluan kalau dikatakan hanya akan menjadi angan-angan.

Dalam usia kerajaan baharu yang baru menjangkau sebulan setengah, barisan menteri kabinet yang dilantik telah menunjukkan prestasi kerja yang mengkagumkan.

Baik dari segi kerja berpasukan di dalam menangani Covid-19 hinggalah kepada menyelesaikan masaalah rakyat.

Walau pun beberapa pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan cuba mengkritik setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan baharu dalam menghadapi Covid-19 dengan mendakwa kerajaan baharu lambat bertindak, gerak kerja tidak tersusun, namun melalui perbandingan data-data yang berkaitan dengan Covid-19, rakyat malah dunia dapat menyaksikan Malaysia adalah antara negara terbaik di dunia dalam menangani krisis Covid-19.


Malah mantan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkifli yang dikatakan kononnya lebih berkebolehan dari Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba, untuk menangani Covid-19, beliau dan pasukan yang beliau ketuai telah gagal mengawal penularan Covid-19 di Selangor dan telah menjadikan Selangor menjadi negeri yang paling parah dijangkiti Covid-19!!!


Lebih mengujakan lagi, bila Menteri Wilayah Persekutuan, TS Annuar Musa membuat perancangan yang akan dapat menyelesaikan masaalah gelandangan di ibukota pasca Covid-19 bila mengumumkan, golongan gelandangan tidak lagi akan terbiar bila kementerian beliau akan berkerjasama dengan beberapa pihak terutamanya DBKL untuk menyediakan tempat tinggal dan perkerjaan untuk golongan gelandangan (BACA DI SINI).

Kita ternanti-nanti apa respon Khalid Samad mengenai pengumuman ini antara jasa Khalid Samad semasa menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan ialah menyalahgunakan penguatkuasa DBKL sebagai 'out rider' beliau dan yang tersohor ialah mahu menjual Kg. Baru.


Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Fuziah Lynas, pula sekarang terjerat dengan fitnah kekecohan yang berlaku di Tambak Johor bila pihak PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) telah membuka kertas siasatan terhadap beliau di bawah Akta Hasutan dan telah merampas talipon serta Simkad beliau.

Admin hairan, bagaimana seorang Ahli Parlimen boleh membuat fitnah sebegitu di saat Malaysia dan Singapura sedang berbincang untuk menyelesaikan masaalah nasib 300,000 perkerja Malaysia di Singapura!!!

Bukankah itu akan memburukkan keadaan!!!

Tapi itulah sikap sebenar Pakatan Harapan, apa pun sanggup mereka lakukan demi untuk mendapat kredit politik supaya dapat dilihat sebagai hero.

Patutlah dahulu sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka bersungguh-sungguh mahu menghapuskan Akta Anti Berita Palsu dan mereka berjaya melakukannya.

Namun, sekiranya Fuziah Lynas disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan, berkemungkinan besar beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen.

Serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap usaha kerajaan baharu yang berganding bahu dengan rakyat dalam menangani Covid-19 dilihat menemui kegagalan.

Ini amat membimbangkan Pakatan Harapan kerana mereka sedar, dari sudut prestasi kerja, mereka tidak akan dapat menandingi barisan kabinet kerajaan baharu yang sebahagiannya adalah menteri dari UMNO yang berpengalaman.


Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin sendiri dilentur budaya kerja beliau oleh UMNO sebab itu beliau tidak merasa kekok untuk berkerja dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Pilihan yang ada pada Pakatan Harapan ialah menghilangkan fokus kabinet kerajaan baharu dari masaalah Covid-19 supaya keadaan menjadi tidak terkawal dan rakyat akan marah.

Namun, keadaan dan masa tidak menyebelahi mereka, kerana rakyat dilihat semakin yakin dengan kerajaan baharu

Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan kerana mereka sedar, semakin lama keadaan ini dibiarkan, maka impian untuk kembali ke Putrajaya akan terkubur, malah tidak mustahil Pakatan Harapan akan terkubur sekali sebagaimana yang berlaku pada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Pelakon dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat adalah pelakon yang sama berada dalam Pakatan Harapan sekarang dan sudah pasti skrip serta kesudahan ceritanya adalah sama, In Sya Allah dan Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/04/pakatan-harapan-akan-menghadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 293 hits
Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid 19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas nbsp Eugene Thompson 46 dari Brookhaven meningga...
Beli Hartanah Selepas Pasca Covid 19 Jika Mampu

Beli Hartanah Selepas Pasca Covid 19 Jika Mampu

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR 14 APRIL Kalangan pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri disaran membeli hartanah pada tempoh pasca Covid 19 berikutan jangkaan bahawa harga aset itu akan susut Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia...
Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 306 hits
Seorang bayi perempuan enam bulan yang baru selesai menjalani pembedahan jantung disahkan positif Covid 19 Eric Bates yang dilahirkan dengan berat 2 3 kilogram bertarung nyawa sejak lahir akibat komplikasi jantung sehingga mengalami kesukar...
30 Hari Tanpa Anak Anak Isteri Gugur Air Mata Dato Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri

30 Hari Tanpa Anak Anak Isteri Gugur Air Mata Dato Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 335 hits
Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu kuarantinkan diri mereka selama 14 hari sebelum bertemu dengan ahli keluarga Itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob selepas pulang dari Singapura selepas b...
Jennifer Lopez Tetap Teruskan Perkahwinan Selepas Covid 19 Berakhir

Jennifer Lopez Tetap Teruskan Perkahwinan Selepas Covid 19 Berakhir

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 198 hits
Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin pada tahun ini majlis terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid 19 Ohmedia faham ramai diantara korang rasa tak sabar untuk berumahtangga sama seperti Jennifer Lopez tau Dia pun terpak...
Mula Sesi Persekolahan Hanya Selepas Krisis Covid 19 Tamat Persatuan Beritahu Kpm

Mula Sesi Persekolahan Hanya Selepas Krisis Covid 19 Tamat Persatuan Beritahu Kpm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 287 hits
April 10 2020 6 57 AMSetiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata pelajar perlu memahami dan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah PETALING JAYA Persatuan Kumpulan...
Ibu Disahkan Positif Covid 19 Selepas Anaknya Pulang Dari Luar Negara Enggan Kuarantin Diri

Ibu Disahkan Positif Covid 19 Selepas Anaknya Pulang Dari Luar Negara Enggan Kuarantin Diri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 344 hits
Bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara mahu pulang ke tanahair adalah diwajibkan kuarantin diri selama 14 hari sebelum pulang ke rumah keluarga Ini adalah langkah berjaga jaga bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang juga dilak...
Disangka Meninggal Sakit Jantung Orang Kampung Terkejut Jenazah Positif Covid 19 Selepas Adakan Tahlil 7 Hari

Disangka Meninggal Sakit Jantung Orang Kampung Terkejut Jenazah Positif Covid 19 Selepas Adakan Tahlil 7 Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 355 hits
Penduduk di Kampung Malang Indonesia terkejut apabila mengetahui jenazah seorang lelaki yang telah diuruskan merupakan pesakit positif Covid 19 Hal ini disebabkan keputusan saringan virus itu hanya diketahui selepas pemakaman selesai Menuru...
Kkm Buat Saringan Besar Besaran Pekerja Asing Di Lokasi Panas Covid 19

Kkm Buat Saringan Besar Besaran Pekerja Asing Di Lokasi Panas Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 356 hits
Kementerian Kesihatan berkata pihaknya akan menjalankan ujian saringan secara beramai ramai ke atas pekerja asing di beberapa lokasi panas jangkitan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu bagaimanapun ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025