Mula Sesi Persekolahan Hanya Selepas Krisis Covid 19 Tamat Persatuan Beritahu Kpm




Adam Abu Bakar -April 10, 2020 6:57 AM
Setiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata, pelajar perlu memahami dan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah.PETALING JAYA: Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya hanya memulakan semula sesi persekolahan apabila keadaan membabitkan penularan wabak Covid-19 benar-benar selamat
Setiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang pekeliling daripada KPM tentang bagaimanakah sesi persekolahan di seluruh negara akan dijalankan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat
“Kebersihan tahap tertinggi perlu dipelihara di sekolah. Operasi sanitasi awam perlu dilakukan seminggu sekali pada alat-alat yang sering disentuh pelajar semasa sesi persekolahan bermula
“Bahkan, pelajar yang demam, kurang sihat serta mempunyai simptom wabak ini perlu mengambil cuti sakit
“Pastikan juga pelajar benar-benar memahami dan mematuhi SOP yang dikuatkuasakan seperti penjarakan sosial dalam radius 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah,” katanya kepada FMT
Tunku Munawirah PutraTunku Munawirah turut mencadangkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah diubah secara berperingkat mengikut jadual, seperti mengadakan kelas secara berselang-seli bagi tahap-tahap tertentu supaya amalan penjarakan sosial di sekolah lebih mudah untuk dikawal
“Pastikan tidak ada perhimpunan dan salat secara berjemaah di lakukan di sekolah, sementara ibu bapa juga perlu dibenarkan mengambil inisiatif menolong pihak sekolah membersihkan kelas
“Ini memang pernah dijalankan semasa wabak H1N1 melanda negara dahulu,” katanya
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya masih belum bertemu dengan KPM bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tatacara sesi persekolahan pasca PKP
Cuti sekolah pertengahan penggal pertama tahun ini bermula pada 22 Mac dan berakhir pada 30 Mac. Semua sekolah dan institusi pendidikan kini ditutup berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac dan dijadualkan berakhir pada 14 April ini
Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 2 korban terbaru wabak Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa akibat wabak ini seramai 67 orang
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan 109 kes jangkitan baru, berbanding 156 hari sebelumnya
Dalam pada itu, seramai 121 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan keseluruhan pesakit pulih 1,608 orang sehingga kini
Noor Hisham dijangka bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan pandangan dan taklimat terkini jangkitan Covid-19
Perkembangan tersebut akan menjadi penentu kepada tempoh PKP sama ada akan dilanjutkan atau tamat pada 14 April ini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/mula-sesi-persekolahan-hanya-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesi Persekolahan Dicadang Dipinda Untuk Elakkan Gelombang Baharu Covid 19

Sesi Persekolahan Dicadang Dipinda Untuk Elakkan Gelombang Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan disaran hanya membenarkan sesi persekolahan diteruskan semula selepas penularan COVID 19 pulih sepenuhnya bagi mengelak gelombang baharu wabak itu Ia bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan murid ...
Upkk 2020 Batal Sesi Persekolahan Kafa Ikut Ketetapan Kpm

Upkk 2020 Batal Sesi Persekolahan Kafa Ikut Ketetapan Kpm

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 273 hits
Dalam satu perutusan khas yang dibuat oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2020 Dalam ucapan beliau keputusan membuka semula se...
Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 255 hits
Semua sesi persekolahan kemungkinan akan ditangguhkan sehingga kerajaan benar benar yakin keadaan penularan wabak COVID 19 di negara ini telah kembali pulih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ramai ibu bapa sendiri yang mahuka...
Penduduk Wuhan Sambut Gembira Perintah Berkurung Akibat Covid 19 Tamat Selepas 76 Hari

Penduduk Wuhan Sambut Gembira Perintah Berkurung Akibat Covid 19 Tamat Selepas 76 Hari

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 246 hits
Setelah 11 minggu dalam perintah berkurung untuk memerangi gejala wabak pandemik Covid 19 akhirnya Wuhan kembali hidup semula Tepat pukul 12 tengah malam pada hari Rabu pintu masuk dan keluar bandar itu akan dibuka Seramai hampir 11 juta pe...
Upsr Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas Pkp Belum Diputuskan

Upsr Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas Pkp Belum Diputuskan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 704 hits
UPSR PT3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan Adakah anda mempunyai anak yang sedang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana tahun 2020 ini sepatutnya akan menduduki Ujian Penilaian Sekola...
Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 294 hits
Meningkatnya kekerasan dalam rumah tangga terhadap perempuan menjadi tren global selama krisis pandemi virus corona baru Sekretaris Jenderal PBB Antonio Guterres telah memperingatkan tentang lonjakan global yang mengerikan ini dan mendesak ...
Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 276 hits
MANGSA COVID 19 DI JAKARTA DR HADIO ALI HANYA BERDIRI DI LUAR PAGAR MELIHAT ANAK ANAK DAN ISTERINYA BUAT KALI TERAKHIRIni gambar terakhir Dr Hadio Ali yang meninggal dunia baru baru ini selepas berjuang merawat pesakit pesakit jangkitan wab...
Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 254 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata jangkitan Covid 19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospit...
Dk Pbb Sidang Bahas Krisis Pandemi Covid 19

Dk Pbb Sidang Bahas Krisis Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 193 hits
NEW YORK Setelah beberapa pekan tidak ada kesepakatan terutama antara Amerika Serikat dan China Dewan Keamanan PBB bersidang hari Kamis untuk pertama kalinya membahas pandemi virus corona baru Sidang dipimpin oleh Jerman dan sembilan dari 1...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai