Pakar Pertikai Dakwaan Igp Isu Dadah Bakal Setaraf Colombia


M Fakhrull Halim 
   
Dakwaan Ketua Polis Negara (IGP) bahawa penyalahgunaan dadah di negara ini kini pada tahap kritikal dan bakal menjadi setaraf negara Colombia dipertikaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Dr Rusdi Abd Rashid.

Kata Rusdi, setakat ini, tiada kajian berkaitan 'prevalen' dadah melibatkan seluruh negara sebagai rujukan untuk mengatakan wujud peningkatan atau penurunan terhadap penggunaan dadah.

'Prevalen' merujuk kepada bahagian daripada populasi masyarakat yang mempunyai satu karakteristik spesifik (dalam kes ini, menggunakan dadah) pada satu-satu masa.

“Saya sebenarnya tak pasti apa maksud IGP masalah dadah makin kritikal. Dari mana sumbernya?

Adakah mana-mana kajian prevalen telah dibuat oleh pihak polis?

“Atau hanya berpandukan jumlah tangkapan yang bergantung serbuan dadah? Lebih banyak operasi maka lebihlah tangkapannya. (Kalau begini) Ini tak bermakna lebih (meningkatnya) masalah dadah.

“[...] AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) hanya berpandukan jumlah tangkapan dan tiada data sahih tentang peningkatan penagih sebenarnya. IGP mungkin merujuk kepada AADK semata-mata,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Kata Rusdi, mengikut pengamatannya, prevalen dadah heroin telah menurun dengan ketara kerana kewujudan ubat metadon yang sangat berkesan mencegah relaps (jebakan-semula), manakala prevalen dadah stimulan pula semakin meningkat.

Dadah stimulan ialah dadah perangsang yang digunakan untuk merangsang aktiviti sistem saraf pusat seperti amfetamin, methamphetamine (syabu), kokain, dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA - seperti pil Ecstasy).
“Itu sebabnya banyak pusat serenti atau Puspen (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) sudah kurang penghuninya dan ada yang telah ditutup, cuma berlaku sedikit penambahan penagih stimulan yang kini baru diletakkan bawah Akta Dadah Berbahaya sejak beberapa tahun lalu,” katanya lagi.

Semalam, IGP, Abdul Hamid Bador turut menjelaskan Jabatan Narkotik Polis melakukan banyak serbuan selain bekerjasama dengan negara jiran bagi menangani gejala dadah, termasuk serbuan ke atas anggota polis sendiri.

Katanya, sejak Januari, 30 anggota polis ditahan kerana menagih metamfetamina.

Bagaimanapun, kata Hamid, serbuan sahaja tidak memadai, sebaliknya memerlukan memerlukan pendekatan holistik. Beliau turut berharap kerajaan memberi sesuatu yang “lebih tajam” kepada pihak polis dalam menangani isu tersebut.

Dekriminalisasi tak kurangkan masalah Akhir bulan lalu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kerajaan merancang untuk menjadikan isu pemilikan dan penggunaan dadah dalam kuantiti kecil sebagai bukan lagi kesalahan jenayah (dekriminalisasi).

Dekriminalisasi itu membuatkan penagih dadah bakal dianggap sebagai pesakit dan bukannya penjenayah, dan mereka akan dirawat melalalui kaedah sains dan perubatan sebelum menggunakan pendekatan menghukuman dan penahanan.

Dengan dekriminalisasi itu, hukuman jenayah kerana memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi akan dihapuskan. Bagaimanapun, pengedaran dadah kekal sebagai kesalahan jenayah.

Mengulas mengenai hal itu, pakar kriminologi dan psikologi Universiti Sains Malaysia (USM), PM Dr Geshina Ayu Mat Saat berpendapat dekriminalisasi dadah tidak akan dapat mengurangkan masalah penagihan dadah di negara ini.
“Memanglah akan mengurangkan statistik, kerana ia (pengambilan dadah secara kecil) bukan lagi menjadi satu jenayah. (Tapi) Implikasi yang lebih besar perlu diambil kira.

“ … Tiada kawalan keselamatan orang sekeliling kerana isu khayal (akibat) rawatan sendiri (menggunakan dadah) mungkin membahayakan orang lain seperti memandu atau membuat jenayah di bawah pengaruh dadah.

“Bunuh diri kerana terlebih dos juga bukan lagi isu kerana (terpulang) pada pemantauan sendiri, dan dadah menjadi pilihan utama sebagai jalan menyelesaikan masalah, stres, kesakitan, dan lain-lain,” katanya.

“Dekriminalisasi dadah mungkin dijadikan alasan untuk mendekriminalisasi aktiviti jenayah dan projenayah lain yang berkaitan dengan penggunaan dadah,” katanya lagi.

Biarpun menjelaskan pengambilan dadah adalah aktiviti menjahanamkan dan mensabotaj diri sendiri yang dilakukan dengan sengaja dan berniat, Geshina mengakui ia disebabkan proses yang begitu kompleks, seperti dalam kes pemangsaan jenayah.

Malangnya, kata Geshina, Malaysia masih kekurangan pakar yang mampu menangani isu-isu yang kompleks ini seperti dalam bidang pengurusan trauma, pemulihan, terapi kekeluargaan, dan victimology (kajian tentang pemangsaan).

Tak selesai jika terus dianggap sebagai penjenayah
Berbeza pandangan dengan Geshina, Rusdi yang menyokong dekriminalisasi dadah menganggap isu dadah tidak akan selesai sekiranya penagih terus dianggap sebagai penjenayah, namun ia boleh diselesaikan “ke tahap tertentu” jika mereka dianggap sebagai pesakit.

“Penagihan dadah adalah satu penyakit kronik, sama seperti penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis dah selesai ke? Tidak, dan tak akan selesai.

“Tap kita boleh cegah komplikasi. Boleh cegah buang pinggang rosak, cegah saraf rosak, cegah potong kaki. Bagaimana? Makan ubat, cucuk insulin, amalkan diet kurang gula, gaya hidup sihat,” katanya.

Ulasnya, penagihan dadah juga perlu melalui rawatan dan mencegah komplikasi lebih buruk tanpa perlu melalui pengasingan atau pemenjaraan.

“Kita buat penilaian untuk ubat metadon jika pengguna heroin yang teruk, pengguna metamfetamina kita bagi Naltrexone, Methylphenidate, antipsikotik, antidepresen, dan sebagainya.

“Bagi pengguna alkohol kita buat penyahtoksinan dengan benzodiazepine bertindak-jangka-panjang (long acting), dan beri mereka agen antiketagihan (anti craving), seterusnya kaunseling untuk mencegah relaps,” terangnya lagi.

“Semua ini kita buat secara pesakit luar dan mereka boleh sambung bekerja atau belajar. Tak perlu dipisahkan dari keluarga selama dua tahun … tak sampai sebulan balik ke sarang dadah dan akhirnya mencuri sebab tiada kerja.

“(Nak kerja) tak boleh dapat kerja sebab nama ada rekod jenayah,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pakar-pertikai-dakwaan-igp-isu-dadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sri Mulyani Bakal Gandeng Selebgram Dan Youtuber Tangkal Isu Hoaks

Sri Mulyani Bakal Gandeng Selebgram Dan Youtuber Tangkal Isu Hoaks

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 170 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menjelaskan pentingnya menyediakan informasi yang valid dan transparan kepada masyarakat di era teknologi yang semakin maju Dia juga akan mengajak influenser seperti youtuber dan selebgram untuk menyeb...
Dakwaan Ph Bakal Berpecah Tun M Sindir Ku Li

Dakwaan Ph Bakal Berpecah Tun M Sindir Ku Li

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 212 hits
SERDANG Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah susulan kenyataan beliau yang mendakwa Pakatan Harapan bakal berpecah daripada dalam Mengulas dakwaan tersebut Dr Mahathir berkata Ahli Parlime...
Tak Setuju Pelajar Praktikal Tak Dibayar Syed Saddiq Bakal Usul Isu Pay Internship Dalam Kabinet Khas

Tak Setuju Pelajar Praktikal Tak Dibayar Syed Saddiq Bakal Usul Isu Pay Internship Dalam Kabinet Khas

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 278 hits
Beberapa hari yang lalu Malaysia telah melakar sejarah baharu dengan meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berikutan penurunan had umur mengundi dan had umur calon pilihan raya seawal 18 tahun Keputusan yang mendapat lebih dua pertiga...
I Have A Big Dream Bakal Merealisasikan Impian Anak Anak Chewies

I Have A Big Dream Bakal Merealisasikan Impian Anak Anak Chewies

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 364 hits
Sesekali duduk dengan anak anak mesti terpacul beberapa soalan tentang masa depan yang merujuk kepada impian dan cita cita Kan Kakak sendiri tak terkecuali bermain dengan imaginasi anak anak sampai terkenang masa zaman kanak kanak yang seri...
Kerana Tidur Dengan Kipas Terpasang Anak Anda Bakal Hidap Penyakit Merbahaya Ini

Kerana Tidur Dengan Kipas Terpasang Anak Anda Bakal Hidap Penyakit Merbahaya Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 322 hits
Cuaca yang terlalu panas ini membuatkan kipas angin semakin popular digunakan Dalam setiap satu rumah paling kurang wajib ada satu kipas angin Ada juga individu yang tidak dapat tidur tanpa kipas angin yang dipasang Adakah anda termasuk sal...
Bei Sebut Pasar Saham Nasional Bakal Kehilangan 2 Broker Asing

Bei Sebut Pasar Saham Nasional Bakal Kehilangan 2 Broker Asing

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 233 hits
Direktur Utama Bursa Efek Indonesia Inarno Djajadi mengatakan pasar saham dalam negeri akan kehilangan dua broker asing yang bakal angkat kaki yakni PT Deutsche Sekuritas Indonesia dan PT Merrill Lynch Sekuritas Indonesia
Kemelut Anwar Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal Pm 8 Baharu

Kemelut Anwar Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal Pm 8 Baharu

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Tanpa kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih terus bertelingkah maka sewajarnya Tun Dr Mahathir Mohamad diberi ruang untuk terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri sehing...
Samsung Mengacah Galaxy Tab Baru Bakal Dilancarkan Esok

Samsung Mengacah Galaxy Tab Baru Bakal Dilancarkan Esok

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 290 hits
Samsung hari ini telah hadir dengan video acah baru yang memperlihatkan mereka bakal melancarkan dua peranti baru iaitu Galaxy Tab dan juga Galaxy Watch Melalui video berkenaan Samsung memperlihatkan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah