I Have A Big Dream Bakal Merealisasikan Impian Anak Anak Chewies
Sesekali duduk dengan anak-anak mesti terpacul beberapa soalan tentang masa depan yang merujuk kepada impian dan cita-cita. Kan
Kakak sendiri tak terkecuali bermain dengan imaginasi anak-anak sampai terkenang masa zaman kanak-kanak yang sering bertukar cita-cita. Hahahaha~ Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi pramugari, kejap nanti nak jadi polis pulak. Haish—Segan je bila cerita semula kat anak-anak
Setiap anak perlu dilihat sebagai insan yang memiliki tubuh badan, mempunyai idea, perasaan, hubungan sosial dan kesemuanya berkembang serta berfungsi dengan baik dalam waktu yang sama. Contohnya, apabila si anak dikenalpasti mempunyai bakat, kebolehan dan minat dalam pergerakan kinestatik iaitu bermain bola sepak – sudah tentu bakat tersebut harus digilap supaya tahap kecerdasan konsisten dan menjadiakan mereka pemain bola sepak yang hebat
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
Itu kalau contohnya adalah pemain bola sepak tapi kalau ada minat yang lain pun tak salah je nak sokong dan bagi bimbingan khusus untuk mereka
Pada pendapat kakak sendiri sebagai ibu yang sangat komited membesarkan anak-anak dengan imaginasi dan pembelajaran di luar sekolah secara konsisten, perbualan dua hala yang melibatkan kakak dan Nur Aiman atau Nur Aina dapat membina bonding dan sokongan supaya anak-anak membesar dengan keyakinan diri. Ya !! Kakak juga menyahut cabaran mengurangkan penggunaan gadget kepada anak-anak. Hee~
Disebabkan itu juga kakak menggalakkan Nur Aiman dan Nur Aina menyertai pertandingan I HAVE A BIG DREAM yang dianjurkan oleh Chewies dengan kerjasama Watsons yang akan berakhir pada 04hb September 2019 nanti. Maksudnya, ada lebih kurang sebulan lebih lagi untuk Nur Aiman dan Nur Aina bersedia dengan penulisan terbaik untuk menang pertandingan
Alang-alang dah sertai pertandingan sudah tentunya nak menang !
Pertandingan I HAVE A BIG DREAM merupakan kerjasama antara Watsons dan juga AJ Research & Pharma yang juga merupakan kempen tahunana CSR ( Corporate Social Responsibility ) Chewies 2019 yang bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencipta dan mencapai impian tersebut. Uniknya, pada kali ini pihak Chewies membuat pengumuman bahawa – RM 1.00 dari hasil jualan setiap unit vitamin Chewies akan diserahkan kepada sekolah-sekolah para pemenang
Nah !
Maksudnya, pertandingan ini bukan sekadar dorongan dari ibu bapa di rumah sahaja sebaliknya penglibatan dari pihak sekolah sangat dialu-alukan. Al maklumlah. Anak yang baru darjah satu pun kini dah pandai berimaginasi dan juga menulis karangan. Apa salahnya kembangkan bakat dan kebolehan mereka untuk sertai pertandingan sebegini
CHEWIES MALAYSIA
Cuba menyumbang sedikit sokongan kepada ibu dan ayah di Malaysia untuk memberi makanan tambahan terbaik kepada kanak-kanak yang sedang membesar, setiap produk jenama Chewies telah melalui ujian klinikal yang ketat bagi memastikan keberkesanan vitamin kepada anak-anak. Antara produk yang telah berada di pasaran adalah Multivitamins, Lysine, Vitamin C, Taurine dan Immunolicious – yang bertujuan menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut usia
Apa yang menariknya, Wellmune yang terkandung dalam Immunolicious telah dipatenkan dari USA berupaya menguatkan sistem iun badan untuk melawan patogen yang merbahaya, mengurangkan simptom batuk dan selesema serta mengurangkan peratus hari sakit kanak-kanak. Immunolicious mengandungi tiga perisa sedap iaitu strawberi, oren dan mangga dan dibekalkan dalam tiga saiz iaitu 10 biji ( travel pack ), 30 biji dan juga 60 biji yang boleh didapati di rangkaian Watsons
Nur Aiman dan Nur Aina sendiri mencabar diri untuk sertai “I Have A Big Dream” dengan menghantar hasil penulisan mereka ke
[email protected] untuk memenangi hadiah utama iaitu IMPIAN AKAN DITUNAIKAN !! Wah !! Siapa yang tak nak kan ? Hee~
Kalau anak-anak korang berminat, mungkin boleh sertai sama dan caranya pun sangat mudah !
TAJUKI Have A Big Dream
KATEGORI 4 – 6 tahun ; Melukis 7 – 12 tahun ; Menulis karangan tidak lebih dari 100 patah perkataan ( bahasa bebas !! )
SYARAT-SYARAT Semua penyertaan handaklah dihantar dalam bentuk gambar ke
[email protected] Semua penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 04hb September 2019 jam 11.59 malam Penilaian akan dibuat berdasarkan beberapa faktor seperti : Kualiti gambar yang dihantar ( jelas dan terang ) Kreativiti Keaslian Kesesuaian tema
HADIAH
Hadiah Utama Impian 3 Pemenang Akan Ditunaikan + 3 x RM 150.00 hamper Chewies untuk setiap kategori Saguhati 5 x RM 150.00 hamper Chewies untuk setiap kategori Tambahan Jika ibu bapa pemenang merupakan pemegang kad Watsons, 1000 point akan dikreditkan terus ke akaun ibu bapa mereka
Ya !
Kakak jadikan platform I HAVE A BIG DREAM untuk memberi galakan bahawa impian yang baik-baik perlu ditunaikan dan tak salah rasanya kalau korang juga bina keyakinan diri untuk anak-anak menyertai pertandingan di luar sekolah. Hee~ Mana lah tahuuuuuuuuuuuuuu--
Hee~ Berulang kali kakak tengok video yang kakak rekod sendiri dan edit sendiri. Kira bangga juga lah dapat merealisasikan impian Nur Aina nak jadi model. Walaupun sekadar model kepada ibu dia je. Hahahahaha~
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, mungkin korang boleh terus klik link yang kakak serta kan di bawah
FACEBOOK : https://www.facebook.com/chewiesmyINSTAGRAM : https://www.facebook.com/watsonsmalaysia
Ntah !!
Sampai ke harini kakak masih menganggap #parentingisfun !!
Tak gitu
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/07/i-have-big-dream-bakal-merealisasikan.html