Pakar Lambakan Info Berkait Covid 19 Undang Masalah Mental




Pakar perunding psikiatri memberi amaran “lambakan maklumat ” mengenai wabak Covid-19 yang menyaksikan perintah kawalan pergerakan yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini dilanjutkan 2 minggu lagi boleh mengakibatkan tekanan mental dalam kalangan sesetengah individu, terutama mereka yang mungkin mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.
Daripada mesej WhatsApp ke tajuk utama akhbar, portal dalam talian dan di media sosial, berita mengenai virus itu yang setakat ini mengorbankan 20 nyawa di Malaysia muncul di mana-mana.
Philip George, yang mengetuai Jabatan Psikiatri di International Medical University (IMU) berkata, individu yang mengalami tekanan akibat masalah keluarga, pekerjaan atau kewangan lebih cenderung dipengaruhi berita yang tersebar.
“Risiko masalah kesihatan mental meningkat dengan gabungan faktor-faktor ini,” katanya, sambil menambah pendedahan lebih banyak kepada kandungan berita mengenai Covid-19 tidak semestinya membawa kepada masalah kesihatan mental.
“Ia bergantung pada tahap kelemahan individu berkait masalah kesihatan mental dan filem yang mereka tonton… sama ada ia memberikan pendedahan lebih banyak (kepada Covid-19) atau merupakan pelepasan diri (daripadanya).”
Untuk mengurangkan risiko itu George berkata, adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Beliau memuji pelbagai platform media sosial Kementerian Kesihatan yang berkredibiliti dan kerap dikemas kini, sekali gus menyarankan supaya orang ramai mengehadkan maklumat yang diterima mengenai virus itu.
“Kita perlu mendapatkan maklumat yang tidak menimbulkan salah faham, selain tidak tidak merosakkan.
“Orang ramai harus mengehadkan maklumat berkaitan Covid-19 yang mereka terima, mungkin sehari sekali, terutama mereka yang cenderung untuk panik dan ada masalah kesihatan mental lain,” katanya.
Penasihat Persatuan Malaysian Healthy Ageing, Nathan Vytialingam turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesan terlalu banyak menonton televisyen dengan berkata, laporan berita negatif memberi kesan buruk kepada golongan warga emas.
“Saya fikir jika anda menonton CNN dan BBC setiap hari dan ia adalah cerita yang sama mengenai Covid-19, dan jika terdapat banyak unsur negatif daripada laporan berita seperti jumlah kematian, maka ia akan memberi tekanan kepada anda.
“Beberapa laporan berita, seperti jumlah kematian di Itali, boleh memberi tekanan, terutama untuk golongan yang lebih berusia,” kata Vytialingam, yang merupakan seorang ahli terapi pekerjaan.
Peter Voo, seorang profesor madya di Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah berkata, menjadi perkara biasa orang ramai merasakan perlu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19.
Walaupun tidak ada salahnya orang ramai kerap berada dalam talian untuk mendapatkan maklumat terkini katanya, namun ada kemungkinan kandungannya menjadi “tepu”.
Pada ketika itu beliau berkata, ia bergantung kepada individu untuk menangani keadaan itu.
Voo juga memberi amaran bahawa warga tua atau mereka yang tinggal bersendirian lebih terdedah kepada tekanan perasaan.
Beliau berkata, ini menjadikan peranan pekerja sosial lebih penting berikutan perintah kawalan pergerakan yang menghalang segelintir pihak mendapatkan sokongan secara bersemuka daripada keluarga, kawan dan komuniti yang lebih luas.
Vytialingam mengakui kekangan perintah kawalan, tetapi mencadangkan supaya orang ramai berusaha mewujudkan struktur baru setiap hari yang akan membantu mereka tidak berfikir mengenai Covid-19.
“Lakukanlah sesuatu yang membuat anda berasa gembira, seperti bersenam atau berkebun,” katanya.
“Ini semua adalah mengenai cara bagaimana kita menggunakan masa melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda akan terkejut bagaimana cepatnya masa berlalu.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/26/pakar-lambakan-info-berkait-covid-19-undang-masalah-mental/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakar-lambakan-info-berkait-covid-19-undang-masalah-mental

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Doktor Pakar Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19 Undang Sebak

Foto Doktor Pakar Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19 Undang Sebak

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 431 hits
Di Perak seorang doktor pakar bersama isteri dan anak anaknya telah dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid 19 Kisah ini telah dikongsikan oleh isteri beliau di laman Facebooknya Gold A...
Dakwaan Daun Semambu Penawar Covid 19 Pakar Penyakit Berjangkit Pun Anggap Ia Pelik

Dakwaan Daun Semambu Penawar Covid 19 Pakar Penyakit Berjangkit Pun Anggap Ia Pelik

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 509 hits
DAKWAAN mengatakan daun semambu mampu merawat jangkitan virus Covid 19 adalah tidak benar kata Fellow Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud Menganggap ia per...
Tiada Bukti Saintifik Daun Mambu Boleh Rawat Covid 19 Pakar

Tiada Bukti Saintifik Daun Mambu Boleh Rawat Covid 19 Pakar

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 356 hits
Tiada bukti perubatan dan kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan sejenis herba dikenali sebagai daun mambu atau neem dapat merawat COVID 19 seperti yang tersebar dalam media sosial menurut pakar Pakar imunologi dan virologi Prof Dr ...
40 Juta Korban Covid 19 Tahun Ini Jika Tiada Langkah Wajar Pakar Sains

40 Juta Korban Covid 19 Tahun Ini Jika Tiada Langkah Wajar Pakar Sains

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 517 hits
GLOBAL Dunia sedang menghadapi keadaan darurat yang parah dan genting berikutan wabak Covid 19 yang melanda dunia kata suatu kajian akademik 40 juta korban Covid 19 tahun ini jika tiada langkah wajar Pakar Sekumpulan pakar sains terkemuka d...
Covid 19 Pemakaian Sarung Tangan Di Tempat Awam Kurang Digalakkan Pakar Perubatan

Covid 19 Pemakaian Sarung Tangan Di Tempat Awam Kurang Digalakkan Pakar Perubatan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 355 hits
Pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID 19 Pakar Perubatan Keluarga Klinik...
Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 491 hits
IBRAHIM MAT ISAPenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini pastinya menjejaskan sumber pendapatan serta memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat terutama golongan B40 Rakyat sedang mendepani pelbagai kesulitan dalam...
Daun Semambu Penawar Covid 19 Ini Penjelasan Pakar Dan Yb Kj Buat Ramai Setuju

Daun Semambu Penawar Covid 19 Ini Penjelasan Pakar Dan Yb Kj Buat Ramai Setuju

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 326 hits
Dakwaan mengatakan daun semambu mampu merawat jangkitan virus Covid 19 adalah tidak benar kata Fellow Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud Daun Semambu Pena...
Begini Cara Jaga Kesehatan Mental Tetap Prima Di Tengah Gempuran Covid 19

Begini Cara Jaga Kesehatan Mental Tetap Prima Di Tengah Gempuran Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 334 hits
Menurut Psikolog Intan Erlita M Psi kecemasaan sebenarnya seuatu yang alami atau normal yang dirasakan seseorang Dengan penanganan yang tepat kecemasan justu menjadi penanda bagi tubuh untuk melakukan hal yang disarankan seperti dalam keada...
Fokus Penanganan Covid 19 Gerindra Tidak Masalah Pilkada 2020 Ditunda

Fokus Penanganan Covid 19 Gerindra Tidak Masalah Pilkada 2020 Ditunda

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 290 hits
Pimpinan Gerindra juga sudah menginstruksikan kepada seluruh DPD DPC DPR RI DPRD Kota Kabupaten Provinsi benar benar melayani dan membantu masyarakat menghadapi wabah corona
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York