Covid 19 Pemakaian Sarung Tangan Di Tempat Awam Kurang Digalakkan Pakar Perubatan


Pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID-19.
Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata memakai sarung tangan boleh menimbulkan sedikit bahaya kerana mampu memberikan ‘gambaran palsu’ kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.
“Contohnya, sekiranya kita menyentuh sesuatu permukaan yang berdebu atau berminyak, kita akan terus mencuci tangan tetapi apabila seseorang itu memakai sarung tangan dan tersentuh pada permukaan yang berdebu atau berminyak maka sentuhan sebenar tidak dapat dirasai.
“Ini akan memberi ‘gambaran palsu’ bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari,” katanya ketika menjadi panel ‘FB Live @ KKM Khas Kenali COVID-19’ melalui halaman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Dr Nor Izran Hanim berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pengguna Facebook (Zarina Rahman) yang ingin tahu adakah penggunaan sarung tangan digalakkan semasa membeli barangan di pasar raya.
Seorang lagi panel, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, Dr Izwan Effendy Ismail pula berkata sarung tangan perlu diberikan keutamaan kepada semua petugas hadapan khususnya anggota Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam menangani wabak penyakit itu.
“Saya rasa sarung tangan mungkin stok seakan sama seperti penutup hidung dan mulut pembedahan… mungkin (stok) agak kritikal maka (sarung tangan) lebih diperlukan kepada anggota kesihatan,” katanya.
Beliau berkata buat masa ini, orang ramai seharusnya mengikut saranan berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih menggariskan panduan mencuci tangan, kebersihan diri dan jarakan sosial.
“Akhirnya kita akan berbalik semula kepada membersihkan tangan sebab apa-apa pun kita perlu kerap mencuci tangan selepas memegang permukaan biasa seperti lif, susur tangan dan sebagainya,” katanya sambil menambah tiada bilangan tepat mengenai berapa kali seseorang itu perlu mencuci tangan.
Namun, beliau menasihati orang ramai agar mencuci tangan menggunakan sabun sekurang-kurangnya 20 saat kerana ia merupakan langkah efektif untuk menyingkir kuman atau menggunakan cecair pencuci kuman.
Sementara itu, ditanya pengguna Facebook (Muna Abdullah) mengenai adakah peluh dikategorikan sebagai titisan, Dr Izwan Effendy berkata: “Tidak. Titisan adalah melalui permukaan mukosa iaitu titisan hidung dan mulut sahaja…jadi, virus ini tidak keluar melalui peluh.”
Sumber: BERNAMA
The post Covid-19: Pemakaian Sarung Tangan Di Tempat Awam Kurang Digalakkan – Pakar Perubatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/27/covid-19-pemakaian-sarung-tangan-di-tempat-awam-kurang-digalakkan-pakar-perubatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mdhs Tingkat Kawalan Cegah Covid 19 Di Pasar Awam

Mdhs Tingkat Kawalan Cegah Covid 19 Di Pasar Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM 27 MAC Majlis Daerah Hulu Selangor meningkatkan langkah pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di setiap pasar awam mulai jam 8 hingga 11 pagi kata yang dipertuanya Shukri Mohamad Hamin memaklumkan pihaknya menerusi Jabatan ...
Warga Emas Didenda Rm2 000 Cuba Takutkan Awam Isu Covid 19

Warga Emas Didenda Rm2 000 Cuba Takutkan Awam Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
MELAKA 27 MAC Seorang lelaki warga emas didenda RM2 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat penyataan dalam aplikasi WhatsApp mengenai Covid 19 dengan niat menyebabkan ketakutan awam minggu lepas Majistret Muhammad Nazri...
Rusunawa Di Garut Akan Dijadikan Tempat Isolasi Pasien Covid 19

Rusunawa Di Garut Akan Dijadikan Tempat Isolasi Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 181 hits
Langkah perawatan diambil karena Pemerintah Kabupaten Garut tidak mau mengambil resiko terkait virus corona
Covid 19 71 Lokasi Pasar Awam Di Pulau Pinang Dikenal Pasti Untuk Operasi Disinfeksi Bomba

Covid 19 71 Lokasi Pasar Awam Di Pulau Pinang Dikenal Pasti Untuk Operasi Disinfeksi Bomba

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 334 hits
GEORGE TOWN 2 April Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang telah mengenal pasti 71 lagi lokasi terutama pasar awam di negeri ini bagi operasi disinfeksi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak COVID 19 daripada ...
Covid 19 Tedia Terperap Di Rumah Ronaldo Ajar Anak Anak Cara Cuci Tangan Dengan Betul

Covid 19 Tedia Terperap Di Rumah Ronaldo Ajar Anak Anak Cara Cuci Tangan Dengan Betul

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 352 hits
Covid 19 Terperap di rumah Ronaldo ajar anak anak cara cuci tangan dengan betul Antara aktiviti yang dikongsikan oleh Ronaldo bersama keluarga di rumah WABAK Covid 19 yang melanda memaksa ramai individu untuk duduk di rumah demi mengekang p...
Cegah Sebaran Corona Stasiun Krl Sediakan Tempat Cuci Tangan Dan Social Distancing

Cegah Sebaran Corona Stasiun Krl Sediakan Tempat Cuci Tangan Dan Social Distancing

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 379 hits
Ini suasana pas jam pulang kerja sore walau gak bisa WFH tapi tetep happy Terima kasih ya min CommuterLine dikutip dari Twitter sanknowa
Tangan Kecut Bermandi Peluh Netizen Dedah Realiti Petugas Perubatan Kendali Covid 19

Tangan Kecut Bermandi Peluh Netizen Dedah Realiti Petugas Perubatan Kendali Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 711 hits
WALAUPUN hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan namun masih terdapat segelintir orang awam yang degil tidak mematuhi arahan tersebut Di sebalik kekalutan ini pihak yang paling terkesan dengan kedegilan orang awam ter...
Sejarah Pasal Basuh Tangan Dalam Dunia Perubatan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir

Sejarah Pasal Basuh Tangan Dalam Dunia Perubatan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 398 hits
Jangan pandang remeh terhadap kepentingan basuh tangan untuk jaga kesihatan tubuh badan anda Peringatan di atas tu lebih mudah untuk difahami dalam suasana dunia dilanda wabak Covid 19 sekarang Tambah pulak Covid 19 ni satu penyakit baru un...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia