Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Pkp Diseluruh Negara


 



MEMANG BETUL PUN. BUKAN SEMUA TEMPAT TERJEJAS SAMPAI PERLU TUTUP MASJID DI SELURUH NEGARA, HADKAN AKTIVITI EKONOMI DI HAMPIR SELURUH NEGARA KECUALI 3 NEGERI?

INI AKAN MENYEBABKAN EKONOMI RAKYAT LUMPUH. TAPI SETIAP HARI KES TETAP BERIBU JUGA. DI MANA KEWAJARANNYA? DI MANA SILAPNYA KAEDAH PENGAWALAN PANDEMIC COVID-19 INI/KERAMITA MCM "CLUELESS" DAN SEDANG MENCUBA ITU INI YG EKSTRIM DAN DRASTIK? Wallahualam.

- Zus Din

08 November 2020

+++++++++++++++++++++++++

Dari FB wall Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman

Profesor Kesihatan Awam, IMUKL

Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017



Saya tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).

Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.

Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu. Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.

Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan? Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP? Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tampa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai? Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk? Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum. Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan. Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.

Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah? Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi. Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya? Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini. Saya dengan ini menyuara pandangan sayabdan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.

Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

- LHS08112020.





 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/pakar-kesihatan-ragui-kenapa-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Perlunya Pkpb Seluruh Negara

Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Perlunya Pkpb Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 292 hits
SAYA tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil Kecuali Sabah dan Labuan saya tak nampak sebarang perubahan ketara...
Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 281 hits
Menangani covid9 secepat mungkin dan membolehkan PRU15 di pertengahan 2021
Kewangan Negara Dalam Darurat Yidin Nak Isytihar Darurat Kesihatan

Kewangan Negara Dalam Darurat Yidin Nak Isytihar Darurat Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 254 hits
Ipohmali Rupanya PM Tebuk atap Masih tidak putus asa Masih mengharapkan Dharurat dilaksanakan kononnya dengan cara itu PRK Batu sapi dan PRN Sarawak dapat ditangguhkan Sebenarnya Dharurat ini penting bagi depa bukan soal Politik Sangat Tapi...
Dakwaan Sistem Kesihatan Negara Serba Kekurangan Tak Benar

Dakwaan Sistem Kesihatan Negara Serba Kekurangan Tak Benar

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 250 hits
Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai serba kekurangan adalah pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor...
Negara Dalam Kecemasan Buat Keputusan Seperti Dalam Peperangan Pakar Ekonomi

Negara Dalam Kecemasan Buat Keputusan Seperti Dalam Peperangan Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 253 hits
Ramon Navaratnam KUALA LUMPUR Malaysia kini dalam situasi kecemasan kerana dalam peperangan oleh itu tidak wujud istilah sukar dalam membuat keputusan dalam pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kehidupan rakyat sama ada golong...
Belanjawan 2021 Peningkatan 4 3 Peratus Bagi Perbelanjaan Kesihatan Tidak Cukup Pakar

Belanjawan 2021 Peningkatan 4 3 Peratus Bagi Perbelanjaan Kesihatan Tidak Cukup Pakar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 265 hits
Peningkatan 4 3 peratus untuk perbelanjaan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dilihat tidak mencukupi tatkala negara memerangi pandemik COVID 19 Pakar Dasar Kesihatan Awam Dr Khor Swee Kheng berkata peruntukan RM31 9 bilion kepada Kementerian ...
Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 230 hits
BON KELANANG Mohd Mukhlis Mohd Sharif Tiada benda yang ajaib dengan ekonomi duit itu mesti datang dari sumber yang sahih Akhirnya lepas berbulan bagi dana ikut perutusan TV baru kita tahu yang sumber dana yang mereka boros belanja dahulu ru...
Hasil Negara Meningkat 13 5 Di Era Pakatan Harapan

Hasil Negara Meningkat 13 5 Di Era Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 217 hits
Dalam pada itu pengauditan terhadap penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir Disember 2019 mendapati kesemua 13 penyata kewangan kerajaan negeri telah diberi Pendapat Tanpa Teguran Jabatan Audit Negara telah melaksanakan 28 peng...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Gugur Air Mata Tracie Sinidol Cerita Kepayahan Jadi Anak Perantau Berita Kehilangan Nenek Paling Menyakitkan

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang