Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Perlunya Pkpb Seluruh Negara


 
SAYA tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).
Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.
Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu.


Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.
Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan?
Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP?
Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tanpa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.
Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai?
Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk?
Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum.
Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan.
Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.
Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah?
Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi.
Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya?
Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini.
Saya dengan ini menyuara pandangan saya dan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.
Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.
Kredit – Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, Profesor Kesihatan Awam, IMUKL, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/pakar-kesihatan-ragui-kenapa-perlunya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Pkp Diseluruh Negara

Pakar Kesihatan Ragui Kenapa Pkp Diseluruh Negara

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 238 hits
MEMANG BETUL PUN BUKAN SEMUA TEMPAT TERJEJAS SAMPAI PERLU TUTUP MASJID DI SELURUH NEGARA HADKAN AKTIVITI EKONOMI DI HAMPIR SELURUH NEGARA KECUALI 3 NEGERI INI AKAN MENYEBABKAN EKONOMI RAKYAT LUMPUH TAPI SETIAP HARI KES TETAP BERIBU JUGA DI ...
Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

Pkp Hampir Seluruh Negara Menepati Darurat Kesihatan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 308 hits
Menangani covid9 secepat mungkin dan membolehkan PRU15 di pertengahan 2021
Pkpb Seluruh Negara Membebankan Rakyat

Pkpb Seluruh Negara Membebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 262 hits
GERAK98 mengutuk sekeras kerasnya keputusan kerajaan laksana PKPB di hampir semua negeri di Malaysia mulai esok 2 Ianya jelas satu keputusan tidak bertanggungjawab Tidak langsung ambil kira kesan buruk langkah ini kepada ekonomi rakyat 3 Ti...
Pkpb Di Seluruh Terengganu

Pkpb Di Seluruh Terengganu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 416 hits
Baharom BakarKuala Terengganu Rakyat seluruh Terengganu digesa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negeri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat gesaan itu susulan Perintah Kawalan Pe...
Pkpb Seluruh Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

Pkpb Seluruh Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 719 hits
Perintah kawalan pergerakan bersyarat akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini Keputusan ini dibuat selepas mendapat penilaian risik...
Kewangan Negara Dalam Darurat Yidin Nak Isytihar Darurat Kesihatan

Kewangan Negara Dalam Darurat Yidin Nak Isytihar Darurat Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 285 hits
Ipohmali Rupanya PM Tebuk atap Masih tidak putus asa Masih mengharapkan Dharurat dilaksanakan kononnya dengan cara itu PRK Batu sapi dan PRN Sarawak dapat ditangguhkan Sebenarnya Dharurat ini penting bagi depa bukan soal Politik Sangat Tapi...
Pkpb Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

Pkpb Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 469 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov 6 Disember 2020 PKPB di Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Sabah dan Labuan secara...
Sekolah Kolej Vokasional Seluruh Negara Tutup Hingga Hujung Tahun

Sekolah Kolej Vokasional Seluruh Negara Tutup Hingga Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 464 hits
Fareez AzmanNovember 8 2020 Jelas Mohd Radzi tarikh pembukaan semula sekolah dan kolej vokasional di bawah KPM adalah pada 20 Januari 2021 PUTRAJAYA Kesemua sekolah dan kolej vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan ditutup ...
Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 337 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata semua tahanan baru perlu mempunyai keputusan ujian saringan Covid 19 sebelum dimasukkan ke penjara sebagai mencegah penularan wabak itu KUALA LUMPUR Sejumlah 43 lebihan banduan iaitu 20 3...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina