Pakar Iklim Beri Amaran Hujan Lebat Hingga Feb


Minderjeet KaurSeorang pakar klimatologi berkata, Malaysia berada dalam musim tengkujuh sehingga Feb dan terdapat kemungkinan berlakunya lebih banyak angin kencang dan hujan lebat.PETALING JAYA: Seorang pakar iklim memberi amaran lebih banyak bencana alam akan melanda negara ini berikutan perubahan iklim sekali gus menggesa sistem amaran awal dilaksanakan dengan segera.
Pakar klimatologi dan kajian lautan Fredolin Tangang berkata, kebiasaannya negeri Pantai Timur terjejas akibat banjir akibat hujan akhir tahun.
Kali ini bagaimanapun, sistem tekanan lekukan tropika di Laut China Selatan telah berpindah ke Semenanjung dan semakin kuat.
“Ini adalah kali pertama ia ‘menyeberang’ ke Lembah Klang dan kekal berada di Selat Melaka, menjejaskan Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur,” kata profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada FMT.
Fredolin Tangang.Lekukan tropika terbentuk oleh udara yang bergerak ke arah kawasan yang lebih rendah dan kemudiannya naik dan menghasilkan ribut petir dengan angin kencang.
Beliau berkata, walaupun lekukan telah keluar dari Semenanjung dan semakin lemah, negara masih berada dalam musim tengkujuh.
“Kita masih berada dalam musim monsoon sehingga Feb dan terdapat kemungkinan berlakunya angin kencang dan hujan lebat,” katanya.
Tangang berkata, Jabatan Alam Sekitar perlu memaklumkan kepada orang ramai tentang cuaca secara berkala bagi meminimumkan kesan cuaca buruk.
Beliau juga berkata, pihak berkuasa perlu melihat semula dan mengambil iktibar daripada bencana banjir yang melanda Lembah Klang pada hujung minggu lalu.
Sehingga petang Isnin, banjir menyebabkan lebih 40,000 orang kehilangan tempat tinggal di enam negeri. Kuala Lumpur dan Selangor antara yang terjejas teruk.
Bank perlu bantu pemilik kereta yang terjejas
Sementara itu, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak berkata, kerugian ekonomi akibat banjir akan mencecah berbilion-bilion ringgit dengan perniagaan kecil dan isi rumah paling terjejas.
Katanya, ada yang kehilangan hampir semua harta benda, barang berharga, barangan elektrik dan kereta.

Beliau turut mengingatkan bahawa beberapa syarikat insurans mungkin tidak melindungi kehilangan harta benda atau barang berharga semasa bencana alam dan ini akan menimbulkan lebih banyak kebimbangan dalam kalangan mereka yang baharu pulih daripada kesan sekatan wabak Covid-19.
Barjoyai berkata, industri perbankan mesti melangkah ke hadapan membantu mereka yang berdepan kerosakan atau kehilangan kereta akibat banjir.
“Mereka mesti membantu dengan moratorium ansuran pinjaman bulanan atau menambah kos baik pulih kenderaan ke dalam ansuran bulanan pemilik,” katanya.
“Jangan mengeksploitasi mereka kerana kereta mereka tidak akan mempunyai sebarang nilai terpakai.”
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) mempersoalkan keberkesanan sistem amaran awal yang diwujudkan selepas bencana tsunami 2004.
“Kerajaan juga pernah memperkatakan mengenai sistem amaran di kawasan pantai. Di atas kertas, kita mempunyai sistem amaran awal, tetapi kita memerlukan orang yang cekap untuk menjalankannya,” kata Presidennya Jacob George.
Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya menghabiskan wang untuk teknologi terkini setiap kali bencana kerana sistem sebelum ini mungkin tidak digunakan sepenuhnya.
George juga menggesa kerajaan mengambil peranan kepimpinan dengan menawarkan bantuan segera kepada mangsa banjir selain Putrajaya perlu menyediakan kertas putih mengenai bencana banjir bagi memastikan kesan masa depan dapat dikurangkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pakar-iklim-beri-amaran-hujan-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan Metmalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan Metmalaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 317 hits
BH ONLINE MetMalaysia KUALA LUMPUR Amaran hujan berterusan di Perlis Kedah Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan pagi tadi ditamatkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ia berikutan keadaan c...
Tiada Hujan Lebat Sepanjang Minggu Ini Jabatan Meteorologi

Tiada Hujan Lebat Sepanjang Minggu Ini Jabatan Meteorologi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh TIADA hujan lebat dijangkakan minggu ini Gambar hiasan JABATAN Meteorologi Malaysia menjangkakan tiada amaran hujan lebat yang berterusan sepanjang minggu ini di seluruh negara Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata amaran h...
Amaran Angin Kencang Laut Bergelora Hingga Jumaat

Amaran Angin Kencang Laut Bergelora Hingga Jumaat

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 277 hits
Amaran angin kencang laut bergelora hingga Jumaat Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan di kawasan perairan Tioman Bunguran Reef South Layang layang Lab...
Awani Ringkas Metmalaysia Amaran Hujan Di Sabah Dilanjutkan

Awani Ringkas Metmalaysia Amaran Hujan Di Sabah Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 602 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Amaran Hujan Berterusan Bahaya Bersiap Siaga Dengan Bug Out Bag

Amaran Hujan Berterusan Bahaya Bersiap Siaga Dengan Bug Out Bag

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 437 hits
Sehari dua ni hujan memanjang Berhenti seketika lepas tu sambung hujan Tak sempat cahaya matahari nak muncul Sejak semalam dah banyak kawasan dinaiki air sehinggakan darurat banjir Ramai terkandas disebabkan banjir Klang Kuala Langat Shah A...
Tujuh Negeri Diramal Ribut Petir Hujan Lebat

Tujuh Negeri Diramal Ribut Petir Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 310 hits
Oleh NOR AZIAH MAT NOH Gambar hiasan PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini MetMalaysia dalam kenyataannya berk...
Johor Sabah Sarawak Diminta Waspada Hujan Lebat Berterusan

Johor Sabah Sarawak Diminta Waspada Hujan Lebat Berterusan

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 309 hits
Johor Sabah Sarawak diminta waspada hujan lebat berterusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Sabah dan Sarawak diminta berwaspada susulan amaran hujan lebat berterusan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia serta mengambil tindaka...
Kawasan Pedalaman Ulu Tembeling Air Sedang Meningkat Dengan Pantas Hujan Makin Lebat Di Kebanyakkan Kawasan Di Pahang

Kawasan Pedalaman Ulu Tembeling Air Sedang Meningkat Dengan Pantas Hujan Makin Lebat Di Kebanyakkan Kawasan Di Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 370 hits
NORMAN RADZUANLangkah perlu diambil oleh kita sendiri dan YBJANGAN TUNGGU AIR SAMPAI INSURAN TAK COVERSemoga diberikan keselamatan buat mangsa banjir Rakan saya maklumkan sejarah hidupnya tak pernah berlaku banjir di Klang kali ini tiba2 ba...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan