Amaran Hujan Berterusan Bahaya Bersiap Siaga Dengan Bug Out Bag
Sehari dua ni hujan memanjang. Berhenti seketika lepas tu sambung hujan. Tak sempat cahaya matahari nak muncul. Sejak semalam dah banyak kawasan dinaiki air sehinggakan darurat banjir. Ramai terkandas disebabkan banjir
Klang, Kuala Langat, Shah Alam, Sepang, Bukit Jelutong, Subang, Setia Alam semua dah banjir teruk. Pahang, Melaka, Kelantan, Johor pun banjir.
Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Kita doakan semoga semuanya selamat dan bantuan cepat sampai. Risau tengok ada yang warga emas yang sakit terbaring hampir tenggelam.
Ada yang terkandas dengan anak kecik tanpa makanan dan perlindungan. Dengan hujan lebat lagi. Air empangan pun terpaksa dilepaskan sebab tak paras bahaya. Allahuakbar. Berat betul ujian banjir kali ni
Awal pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia dah keluarkan amaran hujan berterusan bahaya seluruh semenanjung Malaysia
sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
_ BAHAYA : Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan) Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat)WP Kuala Lumpur
_ BURUK: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)Pulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selamadan Kuala Kangsar)Kelantan (Gua Musang)Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan)Selangor (Sepang)WP PutrajayaNegeri Sembilan (Jelebu)
_ WASPADA : Hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021PerlisKedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling)Perak (Hulu Perak)Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tana Merah, Bachok,Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)TerengganuPahang (Bera dan Rompin)Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin)MelakaJohor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat)Masih ingatkah lagi beberapa bulan lepas ada kempen siapsiaga hadapi ancaman? Ketika dunia sedang sakit dengan ancaman virus, bencana alam dan sebagainya. Kita kena bersiap sedia dari segi fizikal, mental, emosi dan rohaniah.
Kesiapsiagaan sangatlah penting. Setiap orang pastikan ada Bug Out Bag (BOB) sebagai persediaan jika berlaku sebarang ancaman/bencana
sumber : met.gov.my
Apa itu BOB – Bug Out Bag/GoBag ?Bug out Bag atau BOB adalah bag yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika evacuation darr pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Kenapa perlu ada BOB?• Sebagai persediaan awal jika terpaksa keluar dari rumah dlm keadaan tergesa2
• Hanya GRAB & GO tanpa perlu mengambil masa utk berfikir dan mengemas apa yg perlu dibawa
• Menjauhkan diri dari tempat bencana secepat mungkin
• Kit lengkap dengan pelbagai peralatan yg diperlukan utk survived diluar selama 3 hari
• Memudahkan serta menpercepatkan proses evacuation/perpindahan
Antara peralatan yang diperlukan untuk BOBFive Cs of Survivability1. Cutting Tools
• Alat untuk memotong.
• Contoh : Pisau, parang, kapak, multitools dll.
2. Cover Elements
• Membantu mengawal suhu badan, berlindung dari hujan dan panas.
Antara Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk tempat perlindungan
• Ringan
• Mudah dibawa
• Cth: shelter, thermal blanket, sleeping bag
• Khemah/tent
• Fly & Ground Sheet
• Hammock
3. Combustion devices (Kit Api/Fire Kit)
• Alatan yg diperlukan utk menghasilkan api. Sama ada utk memasak atau memanaskan badan.
• Ferro Rod
• Flint & steel
• Mancis api/waterproof matches
• Lighter/pemetik api
• Tinder untuk memudahkan pembakaran
Fat woodCotton with VaselineCharclothTiub basikal/tiub moto
4. Containers
• Bekas utk membawa air, melindungi bahan makanan yg dibawa atau utk memasak
• Paling Basic: tempat masak & cerek + kawan2 dia
5. Cordage
• For binding & lashing. Utk ikatan.
• Cth: paracord, duct tape, cabel tied
Kit Air/Water Kit
• Botol air
• Penapis air personal – mini sawyer, lifestraw
• Aqua tabs
• Chlorine Purifier Tablet
• Bekas untuk memasak air
Kit Makanan/Food Kit
• MRE – Meals Ready To Eat / RTE – Ready To Eat
• Dehydrate Food
First Aid Kit (yang basic)
• Triangle bandage
• Cotton
• Gauze (different type)
• Self adhesive plaster
• Jelonet
• Burn cream
• Antiseptic
• Dettol
• Cotton buds
• Bandage (few sizes)
• Safety pin
• Small pieces of wood at least 2
• Cpr mask
• Alcohol swab
• Gloves
• Gamat oil
• Smelling salt (kalau ada)
• Burn dressing
• Israeli bandage (if know how to use)
• Tweezer
• Scissors
• Antiseptic cleaning wipes
• Tourniquet (if know how to use)
(its all depend on your competency, certification, authorities allow procedure and skills)
Kit Kebersihan/hygiene kit
• Penjagan gigi(berus dan ubat gg, siwak dll)
• Paper Soap/sabun mini
• MC – menstrual cup
• Cloth pad
Kit Pakaian
• Baju serap peluh(microfiber)
• Seluar tahan lasak (cargo pants, seluar hiking)
• Pakaian dalam (termasuk thermal inner & legging)
• Sarung tangan
• Stokin
• Jaket/windbreaker
Kit Pandu Arah/Navigation Kit
• Peta (satellite atau hibrib)
• Kompas
• GPS
Tool Kit
• Headlight with Battery
• Flashlight/torchlight
• Silky Saw
• Multitool
• Powerbank
• Solar Panel
Communication Kit
• Dual Band + FM Radio Walkie
• iPhone / Android
• Signal Mirror
Others Kit/Miscellanous
• Family Photo (hard & soft copy)
• Copy Insurance Policy
• Copy of Identification Card / Passport
• List of Emergency Contact / Help
• Money / Gold Coins
• Extra Keys (House / Car / Office)
• Clothing• Important documents
Boleh tambah keperluan lain jika perlu.
#daruratbanjir - bantu mereka yang memerlukan bantuan.
sumber BOB : Muallij Ahmad
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/12/amaran-hujan-berterusan-bahaya-bersiap.html