Kerajaan Ph Perlu Bela Nasib Pekebun Kecil Jangan Jadikan Alasan Tutup Kelemahan




Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghentikan skim bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara adalah amat dikesalkan lebih-lebih lagi di kala pekebun kecil yang mencecah hampir 650,000 orang kini terpaksa berhadapan dengan harga minyak sawit global yang rendah, tegas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Katanya, alasan yang diberikan oleh YB Menteri Industri Utama Teresa Kok bahawa skim ini diberhentikan kerana ianya tidak adil bagi pekebun-pekebun kecil tersusun seperti peneroka FELDA dan peserta FELCRA adalah tidak tepat kerana sekiranya Kerajaan komited mahu membantu golongan ini, kesemuanya termasuklah pekebun kecil persendirian dan tersusun boleh menerima skim bantuan ini.
“Alasan yang diberikan oleh YB Menteri ini nampaknya cuba menutup kelemahan Kerajaan PH yang tidak mempunyai peruntukan yang cukup disebabkan kekurangan pendapatan selepas pemansuhan GST tahun lepas.
“Skim bantuan tanaman semula ini menjadi ‘mangsa’ seterusnya selepas banyak lagi bantuan-bantuan rakyat luar bandar seperti bantuan nelayan, pesawah, dan Bantuan Musim. Tengkujuh (BMT) yang dihentikan pada Belanjawan 2019!”
Sebagai contoh katanya, antara insentif Hari Peneroka FELDA peringkat Kebangsaan 2017, Perdana Menteri ketika itu, YB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Geran Tanam Semula MPOB yang selama ini diterima oleh pekebun kecil persendirian juga dipanjangkan kepada peneroka FELDA yang melalui fasa tanam semula pada tahun 2017-2020 dengan dana khas berjumlah RM166.60 juta dengan kadar RM7,500 sehektar untuk keluasan berjumlah 24,280 hektar.
“Pemuda UMNO amat kecewa kerana pekebun-pekebun kecil ini terpaksa berhutang di bawah 2 skim pinjaman baharu yang dirancang oleh Kerajaan PH.
“Sudahlah harga sawit rendah dan pekebun-pekebun kecil ini tidak boleh menyimpan banyak untuk tabung sara hidup mereka! Bagaimana pula nasib mereka yang terpaksa berhutang dan kekurangan dana sara hidup untuk menyara keluarga sementara menunggu hasil pokok matang?” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Justeru, katanya, Pemuda UMNO menyeru Kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan untuk meluluskan segera peruntukan khas bagi skim bantuan tanam semula dalam bentuk geran kepada semua pekebun kecil seluruh negara baik persendirian atau tersusun seperti di FELDA dan FELCRA untuk meringankan beban mereka yang sudah besar akibat harga minyak sawit dunia rendah. – UMNO Online
FacebookTwitterWhatsApp



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/06/kerajaan-ph-perlu-bela-nasib-pekebun-kecil-jangan-jadikan-alasan-tutup-kelemahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 294 hits
IPOH 7 Ogos Mungkinkah sistem pinjaman baharu yang menggantikan skim bantuan tanam semula untuk pekebun kecil merupakan satu muslihat supaya tanah pertanian orang kampung dipindah milik kepada bukan Melayu Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk ...
Mansuh Bantuan Pekebun Kecil Ph Sungguh Benci Dengan Orang Kampung Keadilan Buat Siapa

Mansuh Bantuan Pekebun Kecil Ph Sungguh Benci Dengan Orang Kampung Keadilan Buat Siapa

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 302 hits
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad kesal dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan kerana satu demi satu menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh masyarakat desa Bidasnya dalam satu lontaran di Facebook apa sahaja ...
Mohon Dua Skim Pinjaman Mudah Pekebun Kecil Sawit

Mohon Dua Skim Pinjaman Mudah Pekebun Kecil Sawit

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 323 hits
Mohon dua skim pinjaman mudah pekebun kecil sawitPekebun kecil persendirian yang mahu melaksanakan penanaman semula kelapa sawit boleh memohon dua skim pinjaman mudah mulai 15 Ogos ini dalam usaha membantu meringankan beban kewangan mereka ...
Henti Skim Bantuan Malapetaka Besar Buat Pekebun Kecil

Henti Skim Bantuan Malapetaka Besar Buat Pekebun Kecil

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 262 hits
Keputusan yang dibuat lambang sikap bodoh sombong menteri PHBANGI Menghentikan skim bantuan tanaman semula pekebun kecil getah amat mengejutkan dan sangat dikesali Ini malapetaka besar bagi 355 000 pekebun kecil getah di negara ini Pakatan ...
Suami Jangan Bagi Alasan Tak Pandai Cuba Dulu Confirm Isteri Bangga

Suami Jangan Bagi Alasan Tak Pandai Cuba Dulu Confirm Isteri Bangga

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 544 hits
Kebanyakan suami selalu bagi alasan tak pandai buat kerja rumah dan urus anak sebab tak biasa buat Mungkin alasan itu betul tapi jika tak cuba buat kita tak tahu kemampuan sebenar diri Hingga akhirnya isteri juga mengalah sedangkan suami se...
Kalau Kerajaan Gagal Tutup Lynas Satu Penghinaan Kepada Pejuang Pejuang Antinya

Kalau Kerajaan Gagal Tutup Lynas Satu Penghinaan Kepada Pejuang Pejuang Antinya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 291 hits
OLEH WAN FAUDZIN NSSemua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan unt...
Nasib 19 Penuntut Upnm Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Akan Ditentukan Hari Ini

Nasib 19 Penuntut Upnm Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Akan Ditentukan Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 474 hits
Nasib 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sama ada perlu membela diri atau dibebaskan akan diketahui hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah dijangka akan membuat keputusan itu selepas selesai menden...
Umno Sorok Duit Luar Negara Skrip Terbaru Mahathir Tutup Kelemahan Ph

Umno Sorok Duit Luar Negara Skrip Terbaru Mahathir Tutup Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 355 hits
Tuduhan sorok duit alasan tutup kelemahan PH Tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan terdahulu menyimpan duit di luar negara bagi menggangu PH memulihkan ekonomi adalah skrip terbaru beliau bagi menutup kelemahan urus tadbir ekon...
Pemansuhan Gst Punca Pekebun Kecil Sawit Jadi Mangsa

Pemansuhan Gst Punca Pekebun Kecil Sawit Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 215 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Teresa Kok didakwa cuba menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan dengan menggunakan alasan tidak adil kepada pekebun pekebun lain untuk memberhentikan skim bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil kelap...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia