Timbal Balik Muhibah Kerajaan Dan Kakitangan Awam



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Kerajaan dan kakitangan awam umpama aur dengan tebingPERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi menasihatkan ahli politik supaya belajar bekerjasama dengan kakitangan awam dan bagi kakitangan awam setia kepada kerajaan.
Kali ini nasihat itu ditujukan kepada Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang termasuk beberapa orang menteri, menteri besar dan timbalan menteri, dalam dialog lebih dua jam di Putrajaya semalam.
Beliau memberi contoh bagaimana beliau menjalin kerjasama yang panjang dan produktif dengan pegawai-pegawai beliau selama menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir menasihati peserta dialog jangan terlalu cepat memindah atau membuang kakitangan awam kerana tindakan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Namun begitu Perdana Menteri bersetuju dengan pendapat bahawa bukan semua kakitangan awam menerima dan setia kepada kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).
Banyak yang masih “setia” kepada kerajaan lama dan mengamalkan cara lama, termasuk rasuah, atas kepercayaan yang kerajaan PH tidak akan kekal.
Ini adalah realiti yang mana-mana juga kerajaan baru terpaksa hadapi apatah lagi dalam konteks Malaysia di mana kerajaan lama (Barisan Nasional) berkuasa lebih 60 tahun.
Saya pun tahu perkara ini melalui pengalaman sendiri dan daripada cerita banyak orang bahawa ada kakitangan awam enggan bekerjasama dengan kerajaan atau masih mengamalkan cara lama, termasuklah melambat-lambatkan urusan dengan tujuan diberikan sogokan.
Malahan ada kakitangan kanan kerajaan datang mengadu dan meminta nasihat mengenai ketua dan rakan sekerja mereka yang secara tersurat dan tersirat menentang hasrat dan arahan kerajaan.
Hal seumpama ini kerap berlaku apabila kerajaan cuba melakukan reformasi dengan memansuh, meminda atau membuat undang-undang baru. 
Mereka menentang kerana takut hilang kuasa atau kesalahan mereka selama ini terbongkar.
Sungutan juga terdengar mengenai sesetengah pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lantikan kerajaan baru yang tidak berprestasi seperti yang diharapkan.
Ada yang mengambil sikap berkonfrontasi dengan kakitangan asal dan ada juga yang mengikut telunjuk kakitangan asal.
Sungutan juga dibangkitkan mengenai agensi dan jabatan yang tidak berubah barang sedikit pun daripada zaman kerajaan dahulu sama ada dari segi kakitangan atau orientasi politik.
Saya rasa menteri yang bertanggungjawab ke atas agensi dan jabatan seperti itu wajib melakukan tindakan “fast track” merombak dan mengorientasikannya agar selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan baru.
Dalam hubungan ini, nama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Penerangan disebut khusus.
Masalah ingkar arahan, salah guna kuasa dan rasuah boleh diatasi atau setidak-tidaknya pun dikurangkan melalui pemantauan dan tindakan tegas oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Sebaik-baiknya salam muhibah dan tawaran kerjasama Perdana Menteri ini hendaklah disambut secara ikhlas oleh kakitangan awam demi negara tanpa mengira orientasi politik dan ideologi mereka. Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/08/timbal-balik-muhibah-kerajaan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Tindakan Kakitangan Sabotaj Kerajaan Ph

Ambil Tindakan Kakitangan Sabotaj Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 200 hits
Ambil tindakan kakitangan sabotaj kerajaan PHPosted By on July 26 2019Selepas setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah isu sabotaj kakitangan awam terhadap sistem penyampaian tidak sewajarnya ditangani dengan cara berlembut kata Ahli Par...
Kakitangan Awam Nampak Lebih Punctual Menerusi Waktu Bekerja Fleksi

Kakitangan Awam Nampak Lebih Punctual Menerusi Waktu Bekerja Fleksi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1036 hits
Mulai bulan Ogos 2019 satu sistem waktu kerja baharu diperkenalkan dalam skim perkhidmatan awam Malaysia Ia menggantikan sistem waktu kerja lama yang dikenali sebagai Waktu Bekerja Berperingkat Waktu kerja baharu dikenali sebagai Waktu Beke...
Kerajaan Ph Wujudkan Usahawan Cipta Peluang Kerja

Kerajaan Ph Wujudkan Usahawan Cipta Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 249 hits
Kerajaan PH wujudkan usahawan cipta peluang kerjaOleh August 03 2019Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan usahawan menjadi pencipta kerja di samping memberikan bimbingan kepada mereka yang bekerja dalam bidang industri masing masing ka...
Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 541 hits
Tempoh kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dah menjangkau 15 bulan atau hampir mencecah 450 hari Ini bermakna kalau Pakatan Harapan mahu menghabiskan pemerintahan sepenggal penuh sebelum bubarkan parlimen untuk diadakan Pilihanray...
Berita Dan Inisiatif Menarik Kerajaan Ph Yang Penyokong Umno Pas Tak Hebahkan

Berita Dan Inisiatif Menarik Kerajaan Ph Yang Penyokong Umno Pas Tak Hebahkan

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 380 hits
Banyak berita dan inisiatif menarik yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan sepanjang Julai lalu yang mungkin anda terlepas pandang Justeru kami rangkumkan berita tersebut di sini 1 Tabung Haji semakin kukuh di bawah kerajaan PHPelan ras...
Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan situasi sebenar berhubung kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng Beliau berkata kerajaan tersepit berhubung isu Lynas k
Jumpa Pm Tiada Sebab Pihak Pembangkang Tidak Boleh Berjumpa Dengan Pemimpin Kerajaan Hishammuddin

Jumpa Pm Tiada Sebab Pihak Pembangkang Tidak Boleh Berjumpa Dengan Pemimpin Kerajaan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 264 hits
Kluang Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan perjumpaan beliau dan sekumpulan wakil rakyat pembangkang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini adalah perkara biasa dan bukan sesu...
Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 273 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa supaya tidak meluluskan tapak pelupusan bagi tujuan penyimpanan sisa pemprosesan nadir bumi yang dikendalikan oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung berk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti