Pak Zain Ke Dusun Pinang Wellness
Assalamu’alaikum..
Apa Dusun Pinang Wellness ni? Pak Zain nak camping ke apa? Tempat ni menjadi viral kerana ramai yang dapat rawatan terapi Ion
Dusun Pinang Wellness terletak di Ulu Sepri, Rembau dimana terdapat telaga ION buatan teknologi manusia. Disini disediakan tempat mandian terapi perigi Ion untuk mereka -mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah saraf dan macam-macam lagi. Kalau kat Tik Tok ( korang search Dusun Pinang Wellness) ramai yanga mengalami masalah kesihatan alhamdulillah dapat sembuh dengan izin allah.
Sebab tu SA dan suami syorkan pada Pak Zain. Rupanya Pak Zain dah tau pasal Dusun Pinang ni dan dia memang simpan impian nak pergi. Mana tau sakit saraf dia pulih kan..melalui mandian terapi Ion ni..kesian SA tengok dia asyik menung sakit dan asyik stress aje..SA dh cakap kat Pak Zain..bukan la dengan sekali terapi boleh elok..tpi kena pergi banyak kali baru pulih rasanya..so hari ni Pak Zain ditemani suami SA pergi ke Dusun Pinang Wellness..sebelum ni SA dah survey dengan suami...4 keping gambar tu yg SA amik masa survey..selebihnya kiriman suami pagi tadi..
Air kinetic untuk terapi mandian juga dijual..SA x pasti harga sebotol air
Disini telaga tempat mandian terapi tu...kalau x salah ada 2 telaga, satu untuk pesakit lelaki dan satu lagi untuk pesakit perempuan
Kaedahnya : 40 orang untuk 1 sesi mandian terapi..bagaimana keadaan didalam tu SA x pasti sebab x boleh masuk..hanya pesakit berdaftar sahaja
Bayaran : RM50
Kat bawah ni gambar pagi tadi...Pak Zain terkejut bila tengok penuh kereta dan orang kat sini..tanpa lengah, Pak Zain beratur dulu sementara suami cari tempat parking..jauh parking katanya..SA risau Pak Zain penat aje..sebab ramai tu kan..beratur pun panjang...suami cakap dia tak yakin boleh cepat selesai...takpe la...tengok takat mana Pak Zain mampu bertahan..tapi dia sangat bersemangat pagi ni..
Nampak Pak Zain nak pi beratur tu?
Dah masuk barisan beratur
Pukul berapa la agaknya diorang ni datang..bukan dari Seremban aje ye..ni luar NS pun ramai ni...siap ada yg sewa homestay berdekatan
Nasib baik disediakan kerusi..Pak Zain dah dapat kawan dh tu..elok la dia berkawan dan bertukar-tukar cerita dari stress aje duduk kat rumah..bagi dia bergaul skit
Pak Zain dan kawan baru
Ramai kan? Tempat dh viral memang mendapat sambutan..ramai yang sakit saraf rupanya.
Kesian tengok sebab panas kan.
Pak Zain sabar menanti..semangat kuat..ajak balik pergi lain hari pun x nak...nak buat jugak hari ni.
Bawah khemah tu tunggu turn..tengah mandi batch pertama
Beratur nak bayar aje ni.
Yeay dh bayar
Dapat aje dia kawan ye.
Pak Zain nyer turn batch 3..ntah pukul berapa dapat mandi.
Harap-harap Pak Zain terus bertahan sampai dapat mandi terapi.Kita ikhtiar untuk sembuh kan..sedangkan yang x boleh berjalan dah boleh berjalan, yang sakit pinggang dah elok lepas mandi terapi...macam SA cakap bukan sekali mandi..nasib-nasib siapa yang sekali datang terus elok tu..maybe masalah kesihatan dia tak kronik...baru-baru ni Mus May pun ada datang mandi terapi Ion ni..feedback dia pun bagus..
Kita tunggu la kesudahan kisah Pak Zain dapatkan rawatan alternative dengan mandi terapi Ion ni..terima kasih suami sebab sudi temankan Pak Zain..SA dah xde cuti sebenarnya..kalau ada cuti lama dh SA cuti dan temankan kedua2 buah hati SA tu..
Doakan semoga Pak Zain berjaya lalui terapi mandi Ion ni ye..kita ikhtiar..selebihnya biar allah permudahkan urusan kesembuhan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/10/pak-zain-ke-dusun-pinang-wellness.html